May
04
    
Posted (admin) in utusan malaysia online, Career on May-4-2008

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Siti Nurhaliza bersama Faizal Tahir memegang anugerah yang diperoleh semasa Majlis Penganugerahan AIM 15, di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Meiῖ Faizal Tahir malam ini merangkul empat anugerah utama pada Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Anugerah yang digondol beliau adalah Album Terbaik, Album Rock Terbaik, Artis Terbaik Lelaki dan Persembahan Vokal Terbaik melalui album Aku.Muzik.Kamu.

Penerbit yang terlibat dalam menghasilkan album itu ialah Ahmad Izham Omar, Faizal Tahir, Aubrey Suwito, Audi Mok dan Kunci Demak.

Album tersebut dipilih dari empat album lain yang bertanding dalam kategori itu iaitu Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza), Melodi Ahlaan (Waheeda), Maulana (Rabbani) dan Eclecticism (Melissa Indot).

Sementara itu, Persembahan Vokal Terbaik Wanita pula menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merampas kembali gelaran itu setelah tewas pada tahun lalu.

Dengan kemenangan itu juga, Siti Nurhaliza berjaya mencipta sejarah apabila berjaya memenangi gelaran tersebut buat kali kesembilan sekali gus menghampakan empat calon lain iaitu Elyana (Jadi Diriku), Atilia (Sangkar), Dayang Nurfaizah (Dayang 2007) dan Karen Kong (Mulakan).

Bukan itu sahaja, penyanyi tersohor itu juga memenangi Album Pop Terbaik menerusi album Hadiah Daripada Hati.

Acara anugerah muzik berprestij itu juga memilih lagu Izinku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan Sulu Sarawak yang dinyanyikan oleh Kaer Azami sebagai Lagu Terbaik dengan menewaskan empat buah lagu lain iaitu Menanti Pasti, Mahakarya Cinta, Itu Kamu dan Sekian Lama.

sumber: utusan malaysia online


 
May
04
    
Posted (admin) in the star online, Career on May-4-2008

Top winners: Siti and Faizal showing their awards at the AIM awards ceremony in Kuala Lumpur Saturday night.

KUALA LUMPUR: Singer Faizal Tahir, who caused a controversy when he took off his shirt during a concert early this year, was the big winner at last night’s 15th Anugerah Industri Muzik (AIM) awards held at the Putra World Trade Centre.

Faizal beat Datuk Siti Nurhaliza by grabbing four awards, including the Prestigious Album of The Year award for his debut album Aku.Muzik.Kamu.

He also won the Best Vocal Performance in an Album (Male), Best Rock Album and Best New Artiste.

“It is still hard for me to believe I have won. I never expected to win especially since I was competing with Datuk Siti,” he added.

Siti finished a close second, winning three awards: Best Vocal Performance in an Album (Female), Best Pop Album and Best Musical Arrangement in a Song (Bahasa Malaysia).

source: the star online


 
May
03
    
Posted (admin) in calmille.free.fr, Career on May-3-2008

Photobucket

  1. Siti Nurhaliza telah memenangi satu anugerah buat masa ini, kategori Susunan Muzik Terbaik buat lagu Cintamu. Penganugerahan berlangsung malam tadi di AIM Art & Creative Awards. Tahniah!
  2. Siti dilaporkan bakal membuat persembahan bersama Dayang Nurfaezah dan Atilia untuk segmen khas, dan khabarnya, Siti akan membawakan sebuah lagu dari M.Nasir.
  3. Siti ketika ditemuramah oleh Awal, berbaju merah jambu dan berselendang coklat. Siti tampil kemas, bersemangat dan tenang menjawab soalan2 awal. u go girl!
  4. Siti diusik oleh Faizal Tahir ketika beliau menerima anugerah dengan mengatakan bahawa berkat duduk bersebalahan dengan Siti Nurhaliza.
  5. Siti menampilkan lagu Suatu Masa dan Siti berbaju merah-hitam dan tampil segak dan mantap menyanyikan medley tersebut. Tahniah!
  6. Siti merangkul kembali anugerah Vokal Terbaik(Wanita) di dalam album untuk Hadiah Daripada Hati. Tahniah Siti!!
  7. Siti meneruskan tradisi apabila meneruskan dominasi beliau di dalam anugerah Album Pop Terbaik untuk lagu Hadiah Daripada Hati. Siti menjemput komposer untuk tampil ke atas pentas. Tahniah sekali lagi siti!


 
May
03
    
Posted (admin) in harian metro online, Career on May-3-2008

Oleh Abie Abdullah

Rap
BANYAK yang boleh diperkatakan mengenai Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008 yang memasuki tahun ke-15 penganjurannya. Satu tempoh yang matang untuk mem pertimbangkan baik dan buruknya sesebuah penganjuran itu.

Sebelum ini pun, saya mencuit AIM 2008 sebab saya sayang satu-satunya majlis yang saya anggap paling berprestij untuk industri muzik tanah air.

Bimbang juga menyelit, bimbang hilangnya taraf prestij yang dibina selama ini hanya kerana yang boleh dipertikaikan. Paling merisaukan kalau hilangnya kepercayaan pemerhati seni terhadapnya dan harapnya ia tidak berlaku.

Malam ini, AIM kembali bersiaran secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ramai sudah mula meneka, siapa yang layak atau karya mana yang perlu diangkat sebagai pilihan utama.

Apapun perkiraan dan penilaian yang dibuat berdasarkan cita rasa latar belakang kita. Terlalu subjektif kalau untuk mengira produk seni.

Sebanyak 21 trofi disediakan termasuk Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama untuk malam ini. Tidak banyak beza dengan tahun sebelumnya, tetapi bukan jumlah yang cuba dibangkitkan di sini, sebaliknya kesan daripada pe nganjuran itu.

Pada masa sama, saya tidak melihat AIM sebagai satu pertandingan, tetapi lebih kepada pengiktirafan untuk kar yawan muzik tanah air.

Sejak 1994 penganjurannya, kita dapat melihat evolusi dalam penghasilan album yang semakin baik.

Mungkin sesetengah kita melihatnya sebagai perlumbaan, tetapi persaingan itu cukup sihat kerana masing-masing berlumba untuk memberi yang terbaik. Kesannya bukan kepada pengkarya itu saja malah industri keseluruhannya.

Bagaimanapun, dalam evolusi ini, usah diambil kira dengan peranan lanun cetak rompak. Itu kerja haram mereka yang tidak berkesudahan. Mereka pun hanya merompak yang terbaik.

Saya setuju dengan kata-kata Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thom pson yang menyifatkan AIM berbeza dengan acara anugerah lain yang diadakan di Malaysia.

Bukan berdasarkan populariti kosong sebaliknya mencari terbaik daripada kalangan terbaik.

Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang begitu serius dan komited dalam menghasilkan album yang berkualiti. Jadi inilah kesan daripada AIM, seperti yang saya katakan tadi, semuanya berlumba untuk menghasil yang lebih baik. Ber beza dengan industri filem yang berlumba untuk melariskan tiket panggung walaupun kualitinya banyak yang hampas.

Dalam berbicara mengenai AIM ini, beberapa kategori utama seperti Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Vokal (lelaki dan wanita) Terbaik.

Paling ketara, ramai yang ingin melihat kekebalan Datuk Siti Nurhaliza untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album sama ada kembali ke tangannya.

Tahun lalu kategori ini berpihak kepada Jaclyn Victor (melalui album Inilah…Jac) yang memecah monopoli Siti selama lapan tahun berturut-turut sejak 1999 (Adiwarna) sehingga 2006 (Siti Nurhaliza Live in Royal Albert Hall, London).

Malam ini Siti berdepan dengan Atilia (Sangkar), Dayang Nurfaizah (Dayang 2007), Elyana (Jadi Diriku) dan Karen Kong (Mulakan). Pilihan? Terlalu klise kalau saya katakan yang masing-masing ada kekuatan tersendiri, tetapi saya tetap pilih Siti atau setidak-tidaknya Dayang. Bagaimanapun selera kita lain-lain kan?

Begitu juga dengan Lagu Terbaik yang menampilkan Ajai dengan lagu Menanti Pasti, Audi Mok (Mahakarya Cinta), Azlan Abu Hassan (Sekian Lama dan Izinkan Ku Pergi) dan Estranged (Itu Kamu).

Itu Kamu sebelum ini sudah diiktiraf oleh juri Anugerah Juara Lagu 2007 sebagai Lagu Terbaik. Bagaimanapun, tiket terbaik di anugerah itu belum meyakinkan untuk menang sekali lagi di AIM. Bagi saya, karya ini juga mempunyai potensi.

Mahakarya Cinta sebenarnya memberi saingan sengit untuk senarai kategori ini. Jangan perkecilkan Izinkan Ku Pergi dengan identiti Azlan begitu kuat untuk lagu ini.

Bagaimanapun saya suka kelainan Menanti Pasti yang menampilkan irama waltz untuk lagu Melayu. Melodi men dayu bertambah unik dengan waltz. Bagaimanapun saya tidak boleh mengangkat tinggi-tinggi Menanti Pasti kerana saya turut terbabit secara langsung sebagai penulis liriknya. Tidak adilkan? Cuma kita nantilah dengan pasti malam ini.

Album Terbaik sukar untuk dijelaskan di sini kerana ia membabitkan lebih 10 album. Cuma boleh saya katakan, ia akan berpihak kepada genre rock. Paling ketara, Faizal Tahir mampu mendominasikan AIM ke-15 ini.

sumber:harian metro online


 
May
02
    
Posted (admin) in Career on May-2-2008

2 Mei 2008

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pasti berdebar-debarmenantikan malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke -15 yang bakalberlangsung pada malam esok (3 Mei). Apa tidaknya, bagi AIM 15 ini Sitidicalonkan untuk lima kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di DalamAlbum (Wanita), Kulit Album Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan MuzikTerbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik. Bahkan, AIM 15 juga menyaksikanSiti mendominasi lebih daripada satu lagu dalam dua kategori iaitu LaguTerbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Salah satu lagu dendangannya yang akandipertandingkan ialah lagu ‘Menanti Pasti’ yang dimuatkan dalam albumrunut bunyi filem ‘Kayangan’. Lagu yang merupakan hasil sentuhan Ajaiini ternyata mempunyai kekuatan tersendiri apabila ia berjayamenewaskan banyak nama-nama besar yang lain untuk berada di dalamsenarai Top 5. Samada lagu ‘Menanti Pasti’ akan mengulangi kemenanganSiti Nurhaliza seperti tahun-tahun sebelum ini, semuanya akan terjawabpada malam esok.
Semasa sidang akhbar khas yang dianjurkan oleh RadenPictures Sdn Bhd untuk pencalonan lagu ini, Siti menjelaskan kekuatanlagu ‘Menanti Pasti’ terletak pada susunan muzik atau melodi lagu itusendiri.
“Bagi Siti, lagu ini mempunyai kekuatannya yangtersendiri. Lebih-lebih lagi ia dihasilkan oleh Ajai, satu nama yangcukup besar dalam industri muzik tanahair. Siapa yang tidak kenaldengan Ajai. Secara peribadi, Siti merasakan lagu ini mempunyaikekuatan pada susunan muzik atau melodinya. Mood lagu ini juga bagus.Mungkin sebab itu lagu ini tercalon. Selain itu, lagu ini cukupmencabar untuk Siti sampaikan. Ini kerana Siti perlu menggunakanpelbagai teknik untuk menyampaikannya dengan bagus. Siti perlukan lebihemosi untuk menjadikan lagu ini terbaik.”
Menyentuh tentang album ‘Hadiah Daripada Hati’ yangturut mendapat pencalonan yang banyak, Siti menjelaskan yang diabersyukur dan berbangga dengan pencapaian album itu.

“Siti bersyukur dan sangat bangga apabila album‘Hadiah Daripada Hati’ mendapat pencalonan yang banyak. Denganpencalonan itu, terbuktilah yang album ini bukan dihasilkan dengansambil lewa atau cincai. Album ini Siti buat dengan memberikan komitmenyang terbaik. Cuma konsepnya agak berbeza dengan konsep album-albumSiti yang terdahulu dan hasilnya, banyak lagu-lagu yang terkandungdalam album ini dipertandingan untuk AIM 15.”
Ditanya apakah harapannya untuk AIM 15, diva popularini menyatakan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak juri untukmenilai calon yang dirasakan terbaik untuk menerima gelaran itu.
“Malah, saya tidak meletakkan harapan yang tinggiuntuk menang pada malam itu nanti. Kalah atau menang semuanyabergantung kepada juri. Bagi Siti semua calon ‘Top 5’ memang layakmemang. Apa yang penting adalah AIM merupakan anugerah yang cukupberprestij dalam mengiktiraf hasil kerja karyawan seni tempatan. Secaraperibadi, Siti akan meneruskan perjuangan dalam bidang seni dan akansentiasa melahirkan produk terbaik buat peminat yang tidak pernah jemumemberi sokongan,” ujarnya.
Sementara itu, berita baik untuk semua peminatpenyanyi nombor satu negara ini, penghujung tahun ini Siti Nurhalizaakan melahirkan ‘cahaya mata’ terbarunya. Setelah berehat seketika,Siti akan mula merakamkan lagu di dalam studio bermula bulan Jun atauJulai ini.
‘Cahaya mata’ yang sebenarnya merupakan album terbaruSiti ini menampilkan konsep etnik kontemporari. Album ini akanmembariskan nama-nama besar dalam industri rakaman seperti Zubir Ali,Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Abot dan Radhi OAG. Malah, Siti juga telahmerakam sebuah lagu hasil daripada komposer Indonesia, Katon, untukdimuatkan dalam album terbarunya itu. Sebanyak 10 buah lagu telah pundipilih oleh Siti untuk dimuatkan dalam album itu nanti dan kesemualagu itu merupakan lagu-lagu yang yang digubah khas untuknya di KemCipta Ekspres anjuran Music Author’s Copyright Protection (MACP) yangdiadakan di Port Dickson tidak lama dahulu.


 
May
02
    
Posted (admin) in Family, berita harian online, Personal Siti, Career on May-2-2008

Oleh Farihad Shalla Mahmud


Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu ada prinsip hidup buat perubahan penampilan, bukan secara paksaan

SESEKALI berpeluang duduk bersembang dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, pastinya banyak banyak perkara yang ingin dicungkil darinya. Maklumlah, bukan mudah untuk bertemu dengan Siti. Sejak mendirikan rumah tangga, jadual hariannya tidak lagi seperti dulu.

Malah, dalam mana-mana majlis hiburan Siti jarang menunggu sehingga tamat atur cara. Dan tentunya peluang untuk menemu bual penyanyi jelita ini semakin terbatas.

Justeru, apabila Siti mengadakan sidang media sempena mempromosikan lagu Menanti Pasti nyanyiannya yang turut mendapat pencalonan dalam kategori Lagu Terbaik untuk pertandingan Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) di PNB Darby Park, baru-baru ini, peluang itu diibaratkan bulan jatuh ke riba bagi kebanyakan media.Selama hampir sejam temu bual itu diadakan, banyak perkara yang diajukan pada Siti. Dari kisah pencalonannya di dalam AIM hinggalah kepada reaksinya apabila kakak kesayangan, Siti Nursaida Tarudin atau Saida tersingkir dari Akademi Fantasia sewaktu konsert mingguan kelima tempoh hari.

Tidak ketinggalan, perihal perasaan tidak puas hati sesetengah pihak terhadap penampilannya sejak kebelakangan ini. Biarpun agak sensitif, itu semua dijawab Siti tanpa sebarang reaksi negatif.

RANCAK: Saida pada Konsert Akademi Fantasia minggu kedua musim ke-6 di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Sebagai seorang selebriti, Siti akui dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Namun dia juga tidak mahu bersikap hipokrit. Justeru katanya, biarlah perubahan yang dilakukannya itu berlangsung secara perlahan-lahan tanpa memerlukan sebarang paksaan.

“Apa yang boleh Siti katakan, Siti lebih selesa dengan penampilan seperti ini (berselendang). Dalam hal ini, orang boleh kata apa saja tetapi yang melaluinya adalah Siti. Dulu Siti pernah juga berkata pada diri sendiri, lepas Siti pergi Makkah, Siti nak pakai tudung, berhenti menyanyi dan duduk rumah.

“Tapi apabila kita melalui situasi itu, ia sebenarnya tak semudah yang disangka. Iyalah, Siti ini seorang penyanyi. Lagu nyanyian Siti ada yang berentak rancak dan memerlukan Siti menari. Keadaan ini ada kalanya meletakkan diri dalam keadaan sukar.

“Jadi, kalau boleh Siti tidak mahu memikirkan sangat perkara ini kerana tidak mahu ia menjadi bebanan buat Siti. Apa pun, semua itu terletak pada hati dan Siti akan lakukan apa yang Siti rasakan selesa,” ujar si pelantun Biarlah Rahsia ini.

Bukan saja penampilan, malahan ramai juga yang mula mempertikaikan keupayaan Siti sewaktu dia membuat persembahan. Terbaru, Siti dikatakan mula kehilangan tenaga dalam menyampaikan lagu bernada tinggi.

“Itulah, Siti pun ada dengar juga. Mungkin disebabkan badan Siti dah naik itu yang semput sikit tu. Lagi pun Siti akui Siti jarang berlatih sejak kebelakangan ini. Bagi Siti dunia nyanyian bukan lagi menjadi keutamaan Siti.

“Jadi apabila kurang latihan dan membuat persembahan, enjin memang lambat panas, itu yang kadang-kadang semput jugak tu,” jelas Siti disulami tawa kecil.

Tak terkejut Saida tersingkir

LUCU juga apabila Siti mengatakan yang dia tidak terkejut dengan penyingkiran kakaknya itu dari Akademi Fantasia. Kata Siti, sejak melihat kakaknya muncul dalam program realiti popular terbitan Astro Ria itu, dia dapat merasakan betapa tertekannya Saida untuk terus berada di situ.

“Siti memang tidak terkejut. Malah Siti sokong keputusan pengundi menyingkirkan Saida kerana Siti kasihan melihat dia dalam program itu.

“Kak Saida macam berat nak hadapi keadaan. Siti faham perasaannya kerana Siti pernah lalui dulu. Penat, tertekan dan seperti yang dia pernah maklumkan mengenai badi pentas sebab itu dia tidak boleh buat persembahan dengan baik,” jelas Siti sewaktu mengulas prestasi kakaknya ketika masih berada di dalam banglo larangan itu.

Ditanya apakah Siti mengizinkan Saida untuk menceburkan diri dalam bidang seni, Siti berkata, dia mengalu-alukan kehadiran kakaknya itu sementelah Saida sendiri pun sudah mendapat restu suami tercinta.

“Siti tak akan sekat kalau dia betul-betul minat. Siti akan beri sokongan setakat mana yang boleh. Tapi buat masa ini dia di bawah pengurusan Maestro dan Siti tak mahu kacau.

“Mengenai penghasilan album untuknya, bagi Siti kalau kena gaya perbincangannya, Insya-Allah tidak ada masalah.

“Bagaimanapun, Siti ada juga nasihatkan dia kalau hendak jadi artis, kena hadapi apa saja dugaan. Sebagai contoh, dekat @15 sendiri macam-macam orang cakap pasal dia. Tapi Siti percaya dia mampu menghadapinya bersandarkan pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini,” ujar Siti yang tidak kisah untuk berduet dengan Saida dalam album pop etniknya nanti.

Hadiah Daripada Hati bukan album tangkap muat

DUA lagunya tersenarai sebagai finalis kategori Lagu Terbaik untuk AIM ke-15. Menanti Pasti yang dipetik dari album runut bunyi Kayangan manakala sebuah lagi diambil dari album terbarunya Hadiah Daripada Hati yang berjudul, Sekian Lama.

“Kedua-dua lagu itu mempunyai kekuatan sendiri. Untuk lagu Menanti Pasti, Siti sebenarnya seronok menyanyikan ciptaan Ajai itu kerana Siti tak pernah menyanyikan lagu berentak seperti itu.

“Lagu ini dia punya feel memang lain. Cukup istimewa kerana Siti perlu menyampaikannya dalam nada lembut kerana temponya membuai-buai, manakala korusnya pula Siti tak perlu jerit.

“Begitu juga dengan lagu Sekian Lama. Siti ada juga hantar lagu lain tetapi nampaknya lagu ini juga yang dipilih. Lagu ini memang romantik dan Siti cuba sampaikan dengan seindah mungkin,” kata penyanyi berdagu lekuk ini.

Menerusi album Hadiah Daripada Hati, selain Lagu Terbaik, Siti juga menerima pencalonan dalam kategori lain iaitu Vokal Terbaik Wanita, Susunan Lagu Terbaik dan Album Pop Terbaik.

“Apabila Hadiah Daripada Hati dapat banyak pencalonan, ini membuktikan album ini bukan album cincai. Ia dibuat dengan penuh komitmen dan kualitinya dijaga.

“Jadi kalau ada yang menganggap album ini tidak berkualiti tidak seperti Transkripsi, andaian itu sebenarnya silap. Ini adalah antara album terbaik yang pernah Siti hasilkan,” tutur Siti dalam nada tegas.

Dijolok pertanyaan apakah dia bakal menyapu bersih semua kategori yang disertainya seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini, Siti meletakkan perkara itu kepada rezeki.

“Apa yang penting bagi Siti adalah Siti masih lagi dicalonkan. Namun dicalonkan tak bererti menang. Semuanya bergantung pada rezeki dan diletakkan sebagai lima yang terbaik saja sudah cukup menggembirakan Siti,” ujarnya yang bakal mengadakan konsert dengan kerjasama badan kebajikan Yayasan Nur Jiwa tidak lama lagi.

sumber: berita harian online


 
May
02
    
Posted (admin) in Career on May-2-2008

DIAM tak diam, Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) sudah pun hampir ke destinasinya. Malam esok bakal menyaksikan mereka yang bakal dinobatkan dengan gelaran terbaik dalam 18 kategori yang dipertandingkan.Sudah pastinya, ramai yang menanti dalam debar untuk mengetahui sama ada artis pujaan mereka akan membawa pulang trofi anugerah berprestij itu.

Salah satunya adalah kategori Lagu Terbaik yang memperlihatkan tahun ini, lima buah lagu yang dicalonkan memberikan saingan yang cukup hebat sementelah kelima-limanya hadir dalam jalur muzik yang berbeza.

Apa yang pasti lagu terbaik tidak semestinya merupakan karya yang popular kerana apa yang paling diutamakan adalah nilai-nilai estetika dan kualiti dalam setiap karya yang dilahirkan.

Calon-calon Lagu Terbaik AIM15

l Itu Kamu
Komposer: Estranged
Penulis Lirik: Richael L. Gimbang
Penyanyi: Estranged

l Izinku Pergi
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Sulu Sarawak
Penyanyi: Kaer Azami

l Mahakarya Cinta
omposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Shah Shamsiri
Penyanyi: Faizal Tahir

l Menanti Pasti
Komposer: Ajai
Penulis Lirik: Abie Abdullah
Penyanyi: Siti Nurhaliza

l Sekian Lama
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Azlan Abu Hassan & Azalea
Penyanyi: Siti Nurhaliza

Ramalan Hits?Saban tahun, kategori ini paling sukar untuk diramalkan kerana semuanya berpotensi untuk membawa pulang gelaran Lagu Terbaik.

Apatah lagi, dengan pengiktirafan ini membuktikan hasil karya seseorang komposer dan penulis lirik itu dihargai oleh panel juri yang bijak menentukan komposisi lagu yang terbaik.

Mungkin ramai yang beranggapan lagu yang popular itu merupakan lagu yang terbaik tetapi sebenarnya, anggapan itu tidak boleh diguna pakai setiap masa.

Melihatkan lima calon lagu terbaik kali ini, sudah pasti ia merupakan kategori yang cukup menarik untuk diperkatakan. Masakan tidak, daripada lima calon ini, dua nama besar industri muzik iaitu Azlan Abu Hassan dan Ajai pernah memenangi kategori ini sebelum ini.

Azlan Abu Hassan pernah memenangi Lagu Terbaik sebanyak tiga kali iaitu Selamanya oleh Innuendo pada tahun 1998, Menyemai Cinta Bersamamu -Nora (2001) dan Keabadian Cinta - Anuar Zain (2003).

Seperti mana Azlan, Ajai juga pernah memenangi kategori ini sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1999 menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu yang dinyanyikannya bersama bekas isterinya, Nurul, Seandainya Masih Ada Cinta -Dayang Nurfaizah (2002) dan Selagi Ada Cinta - Ning Baizura (2004).

Menerusi lagu Menanti Pasti, Ajai memberikan dimensi baru kepada hasil karyanya yang kali ini dia mempertaruhkan irama waltz dalam memberi satu kelainan dalam komposisi lagunya.

Ditambah pula dengan lirik oleh Abie Abdullah dan penyampaian yang cukup membelai jiwa oleh Datuk Siti Nurhaliza menjadikan Menanti Pasti sebuah karya yang unik dan mampu memberikan kejutan pada malam AIM15 nanti walaupun lagu berkenaan kurang mendapat tempat di radio.

Bagi Azlan pula, lagu Sekian Lama juga memberikan satu pendekatan berbeza terhadap karya-karyanya sebelum ini.

Terkenal sebagai seorang yang begitu bijak memberikan pendekatan baru dalam setiap lagu yang dihasilkannya, Sekian Lama juga mampu memikat juri dengan iramanya yang begitu indah dan melankolik sekali.

Siapa tahu, gabungannya bersama Azalea akan membuahkan hasil seperti mana kejayaan yang mereka kecapi menerusi lagu Keabadian Cinta.

Izinku Pergi yang juga merupakan ciptaan Azlan dilihat sebagai salah sebuah lagu yang diramalkan memenangi kategori ini. Susunan muzik serta melodi dan ditambah pula dengan lirik puitis yang syahdu karya Sulu Sarawak, sudah cukup melengkapkan Izinku Pergi sebagai sebuah lagu yang hebat.

Mahakarya Cinta juga mampu memberikan saingan yang cukup hebat dalam kategori ini. Dianggap sebagai mahakarya komposernya, Audi Mok dan penyampaian penyanyinya, Faizal Tahir membuatkan perjalanan cerita Mahakarya Cinta begitu berbekas.

Namun, jangan dipandang enteng pada kehebatan lagu Itu Kamu ciptaan sepenuhnya oleh kumpulan Estranged. Siapa tahu perubahan yang mereka bawakan membawa tuah kepada mereka sekali lagi setelah menang besar pada malam Anugerah Juara Lagu, Januari lalu.


 
May
02
    
Posted (admin) in utusan malaysia online, Career on May-2-2008

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SITI NURHALIZA

SEJAK diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang disifatkan sebagai salah sebuah anugerah muzik paling berprestij di negara ini tidak pernah bebas daripada kontroversi.Bermula dengan pengumuman calon-calonnya sehinggalah kepada keputusan pemenangnya, pastinya akan ada polemik dan ketidakpuasan baik daripada kalangan karyawan seni tempatan mahupun peminat setia hiburan tanah air.

Tahun ini, menyaksikan AIM sudah pun berusia 15 tahun dan ramai yang mula bertanya, mampukah AIM15 bebas daripada sebarang kontroversi? Adakah anugerah itu mampu mengubah senario hiburan tanah air yang dilihat semakin suram.

Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini, berkongsi pandangan mengenai penganjuran AIM dan tuntutan semasa industri hiburan secara keseluruhannya.

“Kalau anda bertanya kepada saya adakah tahun ini AIM15 akan bebas kontroversi, itu adalah satu persoalan yang sukar untuk saya jawab kerana bagi saya, apa jua pertandingan yang diadakan di dunia ini, pasti akan ada pertikaian. Rasa tidak puas hati yang timbul baik sebelum mahupun selepas acara berlangsung.

“Adalah satu perkara yang mustahil untuk menghindarkan kontroversi daripada terus melanda. Saya melihat AIM bukanlah satu pertandingan tetapi lebih kepada mengiktiraf hasil karyawan seni tempatan yang terbaik,” katanya tegas penuh makna.

Beliau mengakui, mungkin kontroversi tercetus apabila ada beberapa nama yang kurang mesra pada pendengaran mereka dijulang dan diiktiraf serta berjaya mengalahkan nama-nama besar yang turut tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

Namun, Jeniffer memberitahu, apa yang AIM lihat dan pandang sejak tahun 1994 adalah kualiti yang ditampilkan oleh setiap artis yang menerbitkan album.

“Keadaan itulah yang membezakan AIM dengan acara anugerah yang lain kerana pengiktirafan diberikan kepada mereka yang ternyata begitu serius dan komited dalam melahirkan album yang berkualiti,” jelas Jennifer yang sudah 13 tahun terlibat dalam pengendalian AIM.

Dengan adanya pengenalan Ketua Juri tahun ini yang diterajui oleh maestro muzik terkenal, Ramli M.S, ramai yang berpendapat, ia mampu mengubah senario AIM daripada terus dilanda kontroversi yang tidak pernah bernoktah.

Saat ditanyakan kepada Ramli persoalan tersebut baru-baru ini, kehadirannya sebagai ketua juri adalah untuk meluluskan segala keputusan yang telah dibuat.

“Selaku ketua juri, saya tidak akan mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh juri yang dilantik kerana ia adalah pilihan sebulat suara secara bersama. Malah, saya sendiri tidak mahu tahu siapa pemenangnya.

“Seandainya dalam menentukan pemenang untuk satu-satu kategori itu, 18 daripada 20 orang juri sebulat suara memilih pemenangnya, saya tidak boleh berkata apa,” jelas Ramli mengenai peranannya sebagai Ketua Juri AIM15.

Katanya, beliau hanya akan ‘bersuara’ sekiranya keputusan itu membabitkan markah yang sama untuk dilakukan penelitian semula berhubung markah yang diberikan. Jika hanya terdapat perbezaan dalam satu atau dua markah sahaja, dia akan meluluskan dan berikan kepada Ernst & Young untuk diaudit.

“Apa yang saya boleh katakan, kontroversi tidak akan dapat lari dari setiap pertandingan,” jelas Ramli.

Berbalik kepada AIM15, kontroversi awal mula melanda saat beberapa kategori baru diwujudkan dan menjadi bahan perdebatan terutama apabila kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara diperkenalkan bagi menggantikan kategori Album Indonesia Terbaik.

Masakan tidak, kelima-lima calon yang bertanding dalam kategori tersebut adalah artis Indonesia dan lebih baik seandainya kategori Album Indonesia Terbaik diwujudkan kembali.

Begitu juga dengan kewujudan kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu yang dipecahkan kepada dua buah kategori iaitu untuk lagu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.

“Apa yang kami lakukan adalah untuk perkembangan industri hiburan tempatan serta mengikut arus perubahan muzik tanah air yang kita lihat sekarang ini memang sukar diramal.

“Seperti yang kita maklum, hari ini, masyarakat lebih suka memuat turun muzik yang mereka suka dari Internet mahupun merakamkan secara terus daripada radio. Malah, kami juga mengiktiraf karya digital untuk dicalonkan dalam AIM tahun ini,” ujar Ramli lagi.

Menurut seniman itu, segala pertukaran yang dilakukan dalam AIM15 bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilaksanakan. Bahkan, ia mengambil masa yang lama untuk ditentukan dan setelah berbincang dengan pihak jawatankuasa serta memikirkan impaknya pada industri, barulah ia diteruskan, sejajar dengan usaha mengangkat semula martabat industri muzik tempatan.

“Siapa tahu di masa hadapan dengan penerbitan album studio yang semakin berkurangan, akan diadakan pula kategori hanya berdasarkan lagu ataupun single yang dikeluarkan oleh artis tempatan sebagaimana yang dilakukan dalam anugerah Grammy.

“Setiap perubahan yang kami lakukan adalah secara perlahan-lahan dan mengikut arus permodenan industri hiburan tempatan hari ini. Kami tidak mahu membuat sebarang perubahan secara drastik kerana bimbang agak sukar diterima nanti,” jelasnya panjang lebar.

KeliruSementara itu, Jennifer memberitahu, industri muzik ketika ini boleh dikatakan sebagai keliru kerana seleras pendengar sukar ditentukan.

Malah katanya juga, dengan adanya AIM juga tidak menjamin bahawa seseorang artis yang memenangi trofi AIM akan menjadi terkenal dalam sekelip mata.

“Ramai penerbit mahupun komposer mengadu kepada saya bahawa mereka sendiri tidak tahu bagaimana hendak puaskan hati masyarakat. Jika hendakkan perubahan, rasanya kita sudah lakukan apa yang mereka mahukan. Kita lihat bagaimana Shanon Shah memberi dimensi baru dalam karya muzik tempatan dan apabila dia menang trofi AIM,

“Memang benar, AIM merupakan platform bagi artis tempatan untuk membina dan mempopularkan nama masing-masing tetapi kita perlu lihat apa yang perlu dilakukan selepas itu. Semuanya bergantung kepada usaha artis dan syarikat rakaman itu sendiri untuk terus memperkenalkan nama mereka,” tambahnya.

Beliau mengambil contoh kumpulan Innuendo apabila mereka memenangi enam trofi sewaktu AIM 1998. Memang pada waktu itu, Innuendo begitu popular dengan lagu Belaian Jiwa serta memberikan nafas baru dalam penghasilan karya muzik tempatan. Syarikat rakaman mereka pada waktu itu, Positive Tone mengambil langkah bijak dengan mengedarkan semula album mereka.

“Ternyata strategi mereka berjaya dan penjualan album mereka pada waktu itu juga meningkat. Jadi, semua pihak harus memainkan peranan dalam memastikan produk mereka diterima,” ujarnya penuh makna.

nasib tidak juga menyebelahi dirinya. Tambahnya, dia mengambil beberapa contoh artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir yang tahu hala tuju muzik mereka dan disebabkan itu, peminat mudah menerima mereka.

“Kebanyakan artis masa kini tidak tahu hala tuju mereka dan disebabkan itu, album mereka menjadi rojak sehingga menyebabkan peminat juga keliru,” kata Jennifer jujur.

Bercerita tentang persembahan pada malam AIM15 yang akan diacarakan oleh Adibah Noor dan Afdlin Shauki itu, Jennifer menjelaskan, ia menjanjikan sesuatu yang berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Memikirkan konsep persembahan juga sebenarnya memeningkan kepala saya (ketawa). Kami tidak mahu ia sama dengan konsep persembahan yang pernah ditampilkan dalam semua anugerah yang telah berlangsung.

“Apa yang boleh saya katakan, penonton akan dapat menyaksikan persembahan mantap dan berbeza daripada artis-artis yang telah dipilih seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Hazami, Atilia dan ramai lagi. Saya tidak mahu bercerita panjang kerana ia tidak akan menjadi kejutan kelak,” katanya sambil tersenyum.

sumber: utusan malaysia online


 
May
01
    
Posted (admin) in Sitizone, Career on May-1-2008

Date: Saturday, May 03, 2008 At 08:00 PM

Duration: 3 Hours

Siti @ Anugerah Industri Music (AIM) 2008
Location: PWTC

 

source: sitizone.com


 
May
01
    
Posted (admin) in utusan malaysia online, Career on May-1-2008

KEHANGATAN Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) makin dirasai. Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi anugerah muzik berprestij itu akan menemui peminat hiburan tempatan.

Buat masa ini, pastinya ramai yang mula membuat ramalan sesama sendiri siapakah yang bakal membawa pulang anugerah dalam 18 kategori yang dipertandingkan.

Salah satu kategori yang menjadi sebutan saban tahun sudah pastinya adalah Persembahan Vokal Wanita Terbaik. Tahun ini juga memperlihatkan lima orang calon yang cukup hebat serta mempunyai mutu suara yang berbeza. Pastinya ia memerlukan ‘kerja keras’ para juri untuk menentukan pemenangnya.

Persembahan Vokal Wanita Terbaik

Di Dalam Album

Calon-calon:

* Atilia (Sangkar)

* Dayang Nurfaizah (Dayang 2007)

* Elyana (Jadi Diriku)

* Karen Kong (Mulakan)

* Siti Nurhaliza (Hadiah Daripada Hati)

Apa Kata Hits?

Persoalan yang timbul, adakah Datuk Siti Nurhaliza mampu memenangi semula kategori ini setelah tewas di tangan Jaclyn Victor tahun lalu?

Ada yang berpendapat vokal lunak Siti tidak begitu menyerlah dalam album Hadiah Daripada Hati (HDH) berbanding kehebatan vokal Siti dalam album Transkripsi.

Sekali gus, ramai yang mula membuat andaian peluang Siti agak tipis untuk memenanginya kali ini tetapi siapa tahu, rezeki menjadi milik Siti semula. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Hakikatnya, siapa yang mampu menidakkan kehebatan vokal Siti.

Jika tidak, masakan dia mampu memenanginya untuk lapan tahun berturut-turut dan itu merupakan satu rekod yang belum mampu diraih oleh mana-mana penyanyi wanita dalam masa yang terdekat ini.

Atilia yang terkenal dengan suaranya yang merdu dan manja itu juga mampu membuat kejutan untuk memenangi kategori ini. Berbelas tahun terlibat dalam nyanyian lagu-lagu iklan sudah pasti memberikan banyak pengalaman untuknya dalam mengekspresi vokalnya menerusi album sulungnya, Sangkar.

Pernah dicalonkan beberapa kali sebelum ini, mungkin album Dayang 2007 menjadi penebus kekecewaan buat Dayang Nurfaizah. Lontaran dan permainan vokalnya dalam albumnya itu menjadikan Dayang merupakan antara penyanyi wanita yang mempunyai karakter tersendiri dalam menyampaikan lagu-lagu.

Namun begitu, Elyana yang cukup menyerlah dalam album Jadi Diriku tidak harus dipandang sebelah mata dan dia juga mampu memberikan kejutan kerana dia cukup bijak memainkan vokalnya dalam setiap lagu dalam albumnya itu.

Siapa tahu, rezeki mungkin boleh menjadi milik Karen Kong yang ternyata menjadi calon bukan pilihan kali ini. Lagu Ku Tak Upaya dan Cinta Hello Kitty sedikit sebanyak membuka mata pendengar tempatan bahawa penyanyi bukan Melayu juga mampu memberikan kelainan dalam industri hiburan tempatan.

Apa yang harus diingat adalah, penelitian aspek vokal terbaik bukanlah berdasarkan kepada kemampuan seseorang penyanyi itu mampu membawa lagu-lagu bernada tinggi mahupun melakukan sesuatu yang luar biasa dengan vokal yang ada dalam diri mereka.

Sebaliknya, vokal terbaik itu adalah bagaimana seseorang penyanyi mampu menginterpretasi setiap lagu dalam album mereka dengan baik menerusi teknik nyanyian yang berbeza.

Apa pun keputusannya kelak, terima sahaja dengan hati terbuka kerana setiap calon ada keistimewaan masing-masing dan yang tewas, bukan bermakna anda tidak bagus. Cuma, bukan menjadi rezeki anda sahaja.

sumber: utusan malaysia online