Oct
24
    
Posted (admin) in utusan malaysia online, Personal Siti on October-24-2007
 
 

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Hajat penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengunjungi penerima jantung baru, Tee Hui Yee bagi memenuhi impian gadis itu di Institut Jantung Negara (IJN) semalam, tidak kesampaian.

Menurut pengurus penyanyi itu, Rozi Abdul Razak, Siti tidak berpeluang melawat Hui Yee kerana remaja itu masih berada di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN dan tidak dibenarkan menerima tetamu.

“Semalam, Siti mempunyai masa terluang pada sebelah petang dan sedang bersiap untuk melawat Hui Yee sehinggalah kami mendapat panggilan telefon dari IJN yang mengatakan Hui Yee masih belum boleh menerima tetamu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Selain peserta Akademi Fantasia 4, Lotter, Hui Yee sebelum ini menyatakan hajatnya untuk menemui Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi kesayangannya apabila sembuh kelak.

Rozi berkata, apabila mengetahui hajatnya itu, Siti sentiasa mengambil tahu perkembangan kesihatan Hui Yee dan ingin memenuhi hajat remaja itu.

“Tetapi nampaknya belum kesampaian selagi Hui Yee masih berada di ICU,” katanya.

Sementara itu Penyelaras Pemindahan Jantung dan Paru-paru IJN, Noor Salina Othman berkata, kesihatan Hui Yee semakin bertambah baik dari hari ke hari.

“Walaupun begitu, Hui Yee masih perlu berada di ICU sehingga satu tempoh yang belum dapat dipastikan lagi.

“Selagi di ICU, Hui Yee belum boleh menerima kedatangan tetamu kecuali ahli keluarga terdekat,” katanya.

Menurutnya lagi, Hui Yee kini sudah mampu berjalan dengan alat bantuan dalam sesi terapi fizikal.

“Dia boleh menapakkan kaki dan berjalan secara perlahan-lahan, semua ini dilakukan supaya Hui Yee kembali bertenaga dan sihat,” katanya.

Ibu Hui Yee, Dina Bato Sam Bua ketika dihubungi sedang menyuapkan anaknya itu dengan sekeping roti bersapu jem dan mentega untuk minum petang.

“Selera Hui Yee begitu baik, apatah lagi apabila disuapkan oleh saya sendiri, kadang kala bertambah,” katanya.

sumber : Utusan Malaysia online


 
Oct
21
    
Posted (admin) in Datuk K, utusan malaysia online, Personal Siti, Career on October-21-2007

Oleh: TENGKU KHALIDAH BIDIN & WANDA IDRIS

Siti Nurhaliza dan Datuk K bahagia bersama anak-anak.

SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mencelah di tengah-tengah kehidupan sebuah keluarga yang sedia bahagia, apatah lagi andainya kehadiran itu sedikit terlewat dari waktunya. Banyak masa dan perasaan yang perlu dikorbankan untuk mengambil hati, menjaga perasaan insan-insan di sekeliling kehidupan baru yang sedang ditempuhi.

Begitu juga Datuk Siti Nurhaliza pada ketika dia berusaha untuk mencuri sedikit kasih sayang daripada diri anak-anak suaminya, hasil dari perkahwinan terdahulu. Penyanyi ini mengakui pada awal perkahwinan dengan Datuk Khalid Jiwa (Datuk K), bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri dengan statusnya sebagai ‘ibu tiri’ kepada empat anak lelaki. Tetapi hari ini kelihatan keadaan semakin berubah.

Siti bukan sahaja berjaya menawan hati suaminya, tetapi juga dapat merapatkan dirinya ke dalam kehidupan anak-anak lelaki itu setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

“Cukuplah kalau Siti hanya dapat jadi kawan baik mereka. Itu saja yang Siti mahu,” kata Siti Nurhaliza apabila diajak berbicara tentang anak-anak suaminya daripada perkahwinan terdahulu. Semenjak sekian lama banyak yang meminta sesi fotografi ini diadakan. Mereka mahu tahu rahsia Siti Nurhaliza membina kasih sayang dengan anak-anak yang sering kali kelihatan wajahnya di banyak acara nyanyian yang dihadiri Siti.

Awalnya bukan mudah mengaturkan sesi ini. Mujurlah setelah Pancaindera memberitahu fokus kami yang tersendiri, keizinan diberikan oleh Khalid dan kami bertemu di satu majlis. Sesi fotografi ini diadakan selepas keluarga ini meraikan kenalan dan sahabat handai di sebuah restoran eksklusif. Kelihatan ketiga-tiganya mesra dengan Siti, dan masing-masing tidak menolak bila diajak bergambar bersama.

* Tak mahu merebut cinta

Menurut Siti, dalam kehidupannya dia selalu memberi kesedaran kepada diri sendiri bahawa dalam apa juga keadaan, dia tidak boleh bersaing dengan anak-anak Datuk K. Yang perlu dilakukan ialah menjadi teman dan rakan yang memahami kepada setiap daripada mereka. Itu saja. Sebagai ketua keluarga, Datuk K dilihat sebagai figura lelaki yang bertanggungjawab.

Siti mengakui pada awal perhubungannya dengan keluarga ini, dia terpaksa mengambil sedikit masa untuk menjadi akrab seperti sekarang. Hari demi hari Siti kelihatan makin rasi dengan anak- anak suaminya hasil dari perkahwinan pertama. Baik Adib, Ashraff mahupun Aazif, ketiga-tiganya juga tidak lagi kekok bersama Siti. Anak sulung Datuk K, Anas ketika ini sedang melanjutkan pengajian di Australia.

Malah panggilan ‘Mak Iti’ juga semakin sebati di bibir mereka, sebagai menghormati wanita yang dipilih oleh ayah mereka sebagai isteri itu. Melihat kemesraan antara mereka, hati bertanya apa rahsia Siti berjaya menawan hati anak-anak suaminya itu?

Ingin juga berkongsi segalanya dengan pembaca Pancaindera yang banyak bertanya apa yang dibuat oleh penyanyi popular ini dalam menambat hati ketiga anak berkenaan.

Rahsianya? Kata Siti, dia hanya menjadi dirinya yang sebenar dalam setiap apa juga perkara yang dilakukan.

Apabila dia masuk dalam keluarga suaminya, satu yang Siti sedar dia perlu turut sama menggalas tanggungjawab kepada setiap ahli dalam keluarganya.

Menurut Siti, dia sama sekali tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri. Jauh sekali ada sifat tamak dan haloba dalam mendambakan kasih sayang dari suaminya.

“Melihat apa yang Datuk berikan kepada anak-anak, Siti tumpang gembira. Bagi Siti kalau boleh jadi kawan baik anak-anak Datuk pun sudah cukup. Itu saja yang Siti hendak, jadi kawan baik dia orang. Bukan lain-lain yang lebih-lebih,’’ katanya.

* Belajar jadi ibu

Berapa lama Siti ambil masa untuk membina kasih sayang dengan anak-anak Datuk K? Menurut Siti, memang pada awalnya dia mengambil masa untuk masuk ke dalam keluarga berkenaan. Lebih-lebih lagi di usianya yang masih muda, dengan anak-anak Datuk K yang sudah menjengah remaja, tentunya memakan masa untuk mereka menjadi mesra.

“Permulaan dulu, kita kenal-kenal sebagai kenalan biasa saja. Mula-mula tu ambil masa juga. Siti pun masih belajar sesuaikan diri. Tetapi akhirnya tidak ada masalah. Prinsip Siti senang saja, kalau masa itu Datuk dengan anak-anak, Siti biarkan. Siti tak boleh ganggu, sebab Siti faham anak-anak perlukan ayah mereka juga.

“Dalam apa keadaan sekalipun Siti tak akan halang kalau Datuk lebih utamakan anak-anak sebab Siti tahu itu tanggungjawab seorang bapa kepada zuriatnya,” katanya.

Hubungan dengan anak-anak Datuk K juga akan menjadi proses pembelajaran terbaik untuk Siti menyesuaikan dirinya, seandainya suatu masa nanti dia dikurniakan anak sendiri. Pun begitu Siti tidak nafikan dengan kehadiran tiga anak-anak ini di kediamannya, mereka hidup dalam suasana yang lebih meriah dan ceria.

“Bila ada budak-budak di rumah kita akan jadi lagi ceria. Hujung minggu biasanya mereka datang rumah Siti, bermalam bersama-sama. Hari lain masa mereka banyak di rumah di Bukit Antarabangsa,” katanya.

Dua minggu sebelum hadirnya 1 Syawal, Siti bersama dengan suami dan anak-anak menghabiskan masa ke pusat membeli-belah Pavillion yang baru dibuka di tengah-tengah ibu kota untuk membuat persediaan berhari raya.

* Bersambungkah silaturahim?

Sudah dapat menambat hati anak-anak, ada soalan nakal yang minta kami tanyakan kepada Siti. Setelah lebih setahun masa berlalu, tidakkah jauh di sudut hati penyanyi ini berhasrat untuk cuba berbaik semula dengan wanita yang suatu ketika dahulu pernah hadir dalam kehidupan suaminya.

Bekas isteri Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham sebelum ini juga adalah salah seorang daripada kenalan Siti, jadi apalah salahnya kalau buangkan yang keruh, ambil saja yang jernih.

Banyak pahalanya kalau kita menjalinkan semula silaturahim yang telah terputus di masa lalu. Bagaimanapun Siti memilih untuk tidak menjawab soalan itu. Malah katanya, kalau boleh bicara kami tidak terarah kepada persoalan itu. Sampai bab ini kita juga terpaksa memahami. Barangkali Siti tidak mahu bicaranya tersalah ditafsir, atau mungkin bakal melukakan.

Justeru bibirnya menegaskan, “jangan sentuh pasal hal itu ya. Siti tak tahu hendak cakap macam mana.”

Sementelah Datuk K juga ada bersama, kami cuba bertanyakan soalan yang sama. Awalnya Datuk K juga enggan mengulas dan meminta supaya tidak ditanya soalan yang sama. Bagaimanapun kerana mahu menyelusuri jauh ke dalam hati mereka, kami minta juga pendapat Datuk dalam soal berkenaan. Sedikitpun komen pun jadilah.

“Saya tak ada masalah. Kalau berbaik pun, anak-anak juga yang senang. Tetapi itulah. Hanya masa yang akan menentukan segala-galanya. Saya percaya suatu hari nanti keadaan akan menjadi jernih semula, kita mengharapkan yang terbaik dalam apa juga perkara pada masa depan’’ katanya.

* Siti tidak lokek

Layanan Siti kepada anak-anaknya menjadikan Datuk K cukup terharu. Malah dalam sesetengah keadaan Datuk K banyak memuji Siti yang disifatkan matang dan terbuka dalam soal berbagi kasih sayang.

“Dia tak pernah kedekut dalam soal kasih sayang. Malah dia yang selalu ingatkan saya supaya telefon anak-anak. Tanya pada saya anak-anak mereka berada di mana? Kalau anak-anak tak datang, dia yang lebih susah berbanding saya,” cerita Datuk K.

Pernah dalam jangka masa hampir sebulan, Datuk K langsung tidak menyentuh buku-buku tugasan sekolah anak-anak akibat kesuntukan waktu. Dia ditegur oleh Siti kerana melupakan tanggungjawab berkenaan.

“Dia pula yang marahkan saya. Kenapa tak periksa buku anak-anak? Sebab itu saya melihat Siti dewasa. Dia tahu masa saya dengan anak-anak, dia tak akan ganggu.

“Kadang-kadang dia SMS saya, bagi tahu dia bangga bila saya betul-betul beri tumpuan pada anak-anak melebihi dirinya. dia tak kisah tentang semua itu,” kata Datuk K lagi.

* Kisah sensitif rumah tangga

Pepatah ada mengatakan lautan tidak akan berhenti geloranya, badai pula tidak akan berhenti melanda pantai. Sama juga dengan kehidupan berumah tangga. Tak akan pernah lekang dari kisah-kisah sedih dan pahitnya.

Baik Siti mahupun Datuk K, menganggap kisah rumah tangga mereka juga begitu. Bagaimanapun baik badai mahupun gelora yang melanda, kebanyakannya terhasil dari pihak luar yang membawa angkara.

Gosip, fitnah dan tuduhan sudah menjadi makanan kehidupan pasangan berselisih usia hampir 20 tahun ini. Pun begitu setiap kali ada cerita buruk mendatang, kedua-duanya tidak cepat melatah. Bukan saja Siti, Datuk K juga tidak lari dari menjadi mangsa gosip.

“Siti tahu siapa suami Siti. Setiap kali timbul cerita macam-macam Siti pun pelik, kenapa nama suami Siti yang selalu dikaitkan. Tetapi Siti tak kisah. Sebabnya Siti memang tahu bagaimana kebenarannya, buat apa hendak peningkan kepala memikirkan hal-hal fitnah seperti itu. Yang Siti hendak ketika ini hidup dalam ketenangan dan bahagia bersama, itu saja,” kata penyanyi ini dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

* Kisah wanita bernama Azizah

Ketika anda menatap edisi ini, sudah empat hari Siti berada di pentas mewah Istana Budaya. Siti memulakan fasa baru kehidupannya sebagai pelakon di pentas teater P. Ramlee The Musical….The Life, The Love, The Inspiration.

Bercakap soal teater berkenaan, kata Siti mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk dia menjadi Azizah, kekasih unggul kepada P. Ramlee lakonan Sean Ghazi.

Siti perlu membawakan seluruh emosi sebagai Azizah supaya tidak memperlihatkan kecacatan sewaktu beraksi.

Apa kata suami melihat Siti di pentas lakonan? Berpasangan dengan lelaki lain pula tu, membawakan watak orang sedang asyik mahsyuk bercinta. Atau sesekali di rumah, Datuk K pun cuba jadi P. Ramlee, untuk membantu Siti menghayati watak Azizah dengan lebih baik?

Kata Siti suaminya ‘okey’ saja. “Tak adalah sampai dia pun turut berlakon jadi P. Ramlee. Tapi sesekali bila Siti bercakap dengan Datuk, dia ada juga usik Siti dengan membalas, “ya Ajijah, nak apa?”

Menurut Siti, dia sebenarnya sangat malu untuk berlakon di hadapan suaminya itu. Sebab itu di rumah, jarang sekali dia berlatih di depan suaminya, kecuali sewaktu Datuk K tiada di rumah.

“Tetapi di tempat latihan kena buat juga. Kadang-kadang dia tengok jugalah sebab Datuk selalu temankan Siti masa latihan jika dia ada kelapangan. Malu ke, segan ke, Siti kena buat juga sebab nanti tiba hari pementasan perasaan malu tu semua kena buangkan jauh-jauh. Jadi Siti masih melatih diri untuk buang segala rasa malu dan segan di pentas,” katanya.

Untuk menyaksikan Azizah lakonan Siti Nurhaliza, masih belum terlambat kerana pementasan ini berlangsung sehingga 3 November ini.

sumber: utusan malaysia online


 
Oct
20
    
Posted (admin) in utusan malaysia online, Career on October-20-2007
 
 

Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

LAKONAN dan penghayatan Melissa Saila (kanan) sebagai Norizan sememangnya cukup cemerlang.

SETELAH hampir tiga setengah bulan memerah keringat dan ‘bertempur’ di medan latihan, nampaknya penerbit eksekutif Enfiniti Productions Sdn. Bhd. (EPSB), Datin Seri Tiara Jacquelina boleh menarik nafas lega.

Mengapa? Ini kerana teater muzikal kedua terbitannya, P.Ramlee the Musical…The Life, The Loves & The Inspiration (PRM) yang pertama kali membuka tirainya malam Jumaat lalu mendapat sambutan hangat apabila Panggung Sari di Istana Budaya penuh sesak dengan penonton yang hadir untuk menyaksikan pementasan mega itu.

Saat ditemui selepas pementasan tersebut berakhir, Tiara dengan terujanya memberitahu, dia sendiri tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap PRM apatah lagi disaat umat Islam masih lagi berada dalam mood Aidilfitri.

“Walaupun sebelum pementasan pertama ini membuka tirainya, saya bersyukur kerana kesemua 20,400 keping tiket untuk pementasan sehingga 3 November nanti sudah habis dijual. Ini cukup menggembirakan saya dan ternyata ini satu khabar gembira buat industri seni tanah air khususnya dalam penerbitan teater muzikal tempatan,” katanya ceria.

Apabila diajukan soalan sama ada tidak gentarkah dia jika penonton yang hadir menyaksikan PRM kelak akan membandingkan pementasan itu dengan teater fenomenanya, Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM), Tiara dengan pantas memberitahu sambil memohon agar dua teater muzikal itu tidak dibandingkan.

“Dua teater ini berbeza baik dari segi produksi, jalan cerita, muzik mahupun rekaan set pentasnya. Rasanya tidak perlu untuk dibuat perbandingan. Pinta saya kepada mereka yang akan hadir kelak, tontonlah PRM dengan hati dan minda yang terbuka,” katanya lagi.

Tiara turut menjelaskan, EPSB akan mengeluarkan album mini PRM nyanyian pelakon pementasan itu selewat-lewatnya minggu hadapan.

PRM membariskan pelakon dan penyanyi handalan negara seperti Sean Ghazi yang memegang watak sebagai P.Ramlee, Liza Hanim (Saloma), Atilia (Junaidah), Melissa Saila (Norizan) serta penampilan istimewa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai cinta pertama P.Ramlee, Azizah.

Setelah menyaksikan PRM, apa yang boleh dikatakan, pementasan yang mengangkat kisah hidup, cinta dan karier seni seniman agung negara itu cukup cemerlang dari segi rekaan set pentas yang diilhamkan serta direka oleh Raja Maliq itu. Malah, keseluruhan set yang ditampilkan berjaya menghidupkan kembali zaman kehidupan P.Ramlee serta dunia seniman agung itu.

Bukan itu sahaja, malah muzik yang ditampilkan juga cukup berkesan dan berjaya menghidupkan perjalanan teater muzikal yang berlangsung selama tiga jam itu. Ternyata percaturan EPSB mengambil maestro muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik memang tepat. Sentuhan Erwin Gutawa yang diiringi bersama orkestra seramai 40 orang itu juga memberi kesan yang mendalam terhadap penonton.

Apatah lagi dengan susunan muzik yang segar untuk lagu-lagu P.Ramlee serta lagu-lagu baru ciptaan Dick Lee dan Adlin Aman Ramlie yang buat pertama diperdengarkan sememangnya menarik dan mampu memikat penonton terutama lagu Mulanya Cinta (Siti Nurhaliza) serta Lihatlah Dia dan Janji Yang Hilang (Atilia).

Dari segi lakonan pula, kesemua pelakon berjaya menghidupkan watak masing-masing terutama Melissa Saila yang ternyata membawakan watak Norizan dengan cukup berkesan dan begitu bergaya sekali. Watak bekas Sultanah Perak itu didukung Melissa dengan baik dan cemerlang. Mungkin kerana darah seni yang mengalir di dalam dirinya membuatkan anak seniwati Mariani itu tidak mempunyai masalah menghayati watak Norizan.

Begitu juga dengan Liza Hanim yang sememangnya jelmaan Saloma dan apatah lagi dengan suaranya yang lemak merdu itu. Gaya dan lakonan manjanya itu sememangnya persis Biduanita Negara itu.

Bagi Siti Nurhaliza pula, meskipun dia hanya muncul sebagai penampilan istimewa sahaja, watak Azizah memang untuk dirinya. Bakat lakonannya memang boleh digilap dan Siti mampu untuk bergelar pelakon. Malah, lagu Mulanya Cinta juga dipersembahkan dengan cukup baik dan memukau olehnya.

Atilia juga memberikan persembahan lakonan yang baik sebagai Junaidah dan teater muzikal amat sesuai dengan dirinya yang mempunyai suara yang lunak dan manja itu meskipun nampak agak gugup di atas pentas.

Bagi Sean Ghazi pula, teater muzikal adalah makanan buat dirinya kerana nyanyian dan tariannya tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, dari segi lakonan, Sean boleh mempertingkatkan lagi persembahannya demi untuk menyakinkan penonton.

Cuma yang peliknya, ke manakah ‘hilangnya’ dialek Pulau Pinang saat P.Ramlee di tanah kelahirannya sebelum berhijrah ke Singapura? Dikhabarkan, seorang jurulatih bahasa telah ditugaskan untuk membantu Sean dalam hal ini tetapi tidak pula kedengaran bahasa utara itu diucapkan oleh Sean Ghazi. Dari mula hingga habis, kedengaran sama sahaja.

Tidak mengapa. Ini boleh dimaafkan kerana baru pementasan pertama dan mungkin juga Sean Ghazi agak gementar di atas pentas. Masih ada lagi 17 persembahan yang akan berlangsung dan masing-masing mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Bagi mereka yang sudah pun membeli tiket dan teruja untuk menyaksikan PRM nanti, tontonlah dengan hati dan minda yang terbuka. Hayati dan nikmatilah pementasan itu tanpa sebarang prejudis!

sumber: utusan malaysia


 
Oct
20
    
Posted (admin) in Sitizone, Career on October-20-2007


Written by SitiZone Admin
Saturday, 20 October 2007

Travel Package Remy the Musical

Sebuah muzikal yang akan mengangkat kisah kehidupan Seniman Agung P. Ramlee.

Zaman awalnya di Pulau Pinang, sehingga membawa ke zaman gemilangnya di Jalan Ampas.

Muzikal ini akan menampilkan suka duka, pahit maung, dan tawa ria P. Ramlee sebagai seniman yang sentiasa segar di hati peminatnya.

2 Hari 1 Malam Kuala Lumpur
“P.Ramlee The Musical”
Berangkat : 27/10 (tempat terhad!)

Hari 01 : Singapore - Kuala Lumpur
7.00am
Berkumpul di Eunos MRT / Jurong Point
Bertolak ke Kuala Lumpur
Berhenti untuk solat dan Makan tengahari
Setibanya di KL, membeli-belah di Masjid India
Check in hotel. Acara bebas
7.30pm
Berkumpul di hotel lobby
untuk ke “P.Ramlee The Muzikal”
(dibintangi artis-artis seperti Sean Ghazi,
Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Melissa Saila etc)
Makan malam sendiri

Hari 02 : Kuala Lumpur - Singapore
8.00am
Bertolak pulang ke Singapore. Singgah di Melaka

Hotel : Grand Season 4*

Package Price and itinerary are subjected to change
Harga Dewasa (TWIN) : SGD$178

Shahidah Travel
Office No : 65-62992345 / 65-62914555


 
Oct
19
    
Posted (admin) in mStar online, Career on October-19-2007

19-10-2007 03:46:30 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

BUKAN mudah menjadi P.Ramlee. Itulah yang dapat diluahkan setelah menonton teater muzikal P.Ramlee yang membuka tirainya pada malam semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Muzikal yang dipersembahkan selama dua jam itu menceritakan perjalanan hidup, kisah cinta dan sumber inspirasi Allahyarham P.Ramlee sebelum dan semasa beliau bergelar anak seni.

Babak Norizan dan P.Ramlee adalah antara babak yang memberi impak kepada penonton (Foto The Star oleh Ricky Lai)

Diakui tidak banyak pendedahan tentang kisah beliau yang sentiasa menjadi pujaan ramai terutama kegilaan kaum wanita yang mengimpikan lelaki sehebatnya.Bermula daripada kisah cintanya yang terhalang dengan Azizah dan kemudian berkahwin dengan Junaidah.

Akibat cemburu dan kurang mendapat perhatian daripada anak kelahiran Pulau Pinang ini, Junaidah minta diceraikan dan perkahwinan kedua berlangsung pula dengan Norizan.

Perkahwinan kedua mereka gagal bertahan  menyebabkan Norizan diceraikan. Akhirnya Saloma menjadi wanita terakhir di dalam hidup insan yang digelar Remy ini.

Jika diamati betul-betul, perasaan kasihan terhadap P.Ramlee juga terdetik dihati apabila menonton muzikal yang menampilkan Sean Ghazi selaku P.Ramlee, Datuk Siti Nurhaliza sebagai Azizah, Atilia berjaya melakonkan watak Junaidah dan dituruti Melissa Saila dalam jelmaan Norizan serta Liza Hanim yang menghidupkan watak Saloma.

Melalui 31 buah lagu yang dinyanyikan, kebanyakan lagu yang lebih berentak moden dan kontemporari ciptaan Adlin Aman Ramlie dan Dick Lee itu. Tidak banyak lagu ciptaan P.Ramlee yang dipersembahkan.

Tatkala mendengar lagu-lagu seperti Azizah, Engkau Laksana Bulan dan Di manakan Ku Cari Ganti, lagu-lagu ciptaan P.Ramlee itu mengabadikan rasa cinta P.Ramlee terhadap Azizah yang menjadi inspirasinya ketika mencipta lagu.

Walaupun mereka berdua tidak berjaya disatukan secara zahirnya namun jelmaan Azizah boleh dikatakan sebagai irama manakala P.Ramlee menjadi lagunya.

Di dalam ilusi P.Ramlee, Azizah hidup dan sentiasa berada disisinya sehingga beliau mengilhamkan kisah cintanya yang terhalang dengan Azizah dalam filem pertama arahannya, Penarek Becha.


‘Teaser’ melalui penampilan Saloma dan P.Ramlee sebagai permulaan
babak dalam muzikal P.Ramlee

Menyentuh tentang lakonan tunggak utama muzikal di bawah arahan Adlin ini, mereka berjaya menghayati watak masing-masing dan yang paling berkesan adalah watak yang dilakonkan oleh Melissa Saila, Liza Hanim dan sudah tentu Sean Ghazi sendiri.

Kelemahan yang wujud dari segi teknikal seperti audio dan sarikata bahasa Inggeris yang kadangkala memudarkan semangat penonton boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang memandangkan ia pertama kali dipersembahkan.

Muzikal yang diterbitkan oleh Enfiniti Productions dengan kerjasama kumpulan Berjaya dan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ini dimulakan dengan cuitan yang biasa sahaja melalui penampilan P.Ramlee dan Saloma setelah berumahtangga dan seterus menceritakan kisah silam P.Ramlee.

Selain itu, permulaan kredit nama-nama pelakon agak menarik perhatian ibarat menonton wayang dahulu kala.


Latar set dan ‘props’ yang menarik perhatian penonton

‘Props’ yang digunakan berjaya menghidupkan gambaran di dalam perjalanan hidup P.Ramlee seperti rumah-rumah kedai yang terdapat di Pulau Pinang, keretapi yang membawa seniman agung ini ke Singapura dan banyak lagi yang begitu mempesonakan setanding dengan kredibiliti pelakon yang hebat.

Pakaian dan bahasa yang dituturkan dalam muzikal ini juga melambangkan pelbagai budaya yang berada di Pulau Pinang dan tidak ketinggalan babak yang memaparkan hari Raya.

Kisah hidup wartawan pada zaman itu juga dikaitkan dalam hidup P.Ramlee yang tidak lari dari menjadi buruan paparazzi.

Nampaknya wartawan dahulu dan sekarang tidak banyak bezanya dari segi membuat spekulasi tetapi diakui mereka lebih berani, telus dan pandai ‘menghidu berita’ sehingga memecahbelahkan rumahtangga P.Ramlee.


Adegan Keretapi yang membawa P.Ramlee dari Pulau Pinang
ke Singapura

Secara keseluruhannya, segmen kedua lebih memukau penonton berbanding segmen pertama kerana tepukan yang gemuruh selalu diberikan dan mereka seolah-olah seronok

 

menyaksikan keletah Norizan dan Saloma yang bercanda dengan P.Ramlee.Menurut penonton Kim, 23, beliau memuji ‘props’ dan latar set yang digunakan dalam muzikal tersebut tetapi masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki.

Empat wanita dalam hidup P.Ramlee“‘Props’ yang digunakan menarik dan latar set yang agak berwarna-warni. Audio kurang baik kerana saya kurang mendengar dengan jelas dialog dan lagu yang dinyanyikan.

“Selain itu, saya berasa kecewa kerana tidak dapat mendengar lebih banyak lagu P.Ramlee.

“Dari segi skrip mempunyai stail tersendiri. Ada babak yang bosan dan ada juga yang menyeronokkan,” komen Kim yang menggemari babak permulaan yang memaparkan suasana kampung serta interaksi antara penduduk.


Watak kanak-kanak juga berkesan dan memaparkan pelbagai budaya

Manakala Maznah Mazlan, 50 datang menonton muzikal tersebut disebabkan keinginan untuk mengetahui kisah hidup P.Ramlee dengan lebih mendalam.

“Saya rasa berbaloi dengan mengeluarkan RM50 untuk menonton muzikal ini kerana ia memberi pengertian dalam kehidupan berumahtangga mahupun kerjaya.

“Lagipun saya menggemari semua lagu P.Ramlee yang tiada tolok bandingannya,” kata Maznah yang paling tertarik dengan babak P.Ramlee bersama Norizan.


Antara babak yang memukau penonton dengan set berwarna-warni

P.Ramlee The Musical..The Life, The Loves & The Inspiration

Tan Sri P.Ramlee telah mengabadikan hayatnya berkecimpung di dalam dunia seni semenjak belasan tahun lagi.

Bermula di Pulau Pinang, beliau menerusi lagu ciptaannya ‘Azizah’ telah membuka mata B.S.Rajhan dan Shaw Brothers untuk menawarkannya menjadi artis rakaman suara (playback singer) di Studio Jalan Ampas, Singapura.


Azizah sebagai inspirasi Ramlee ketika mencipta lagu

Penghijrahan beliau ke sana telah membuka lembaran hidup baru untuk menceburi bidang perfileman secara langsung.

Perjalanan kerjaya di Singapura telah meletakkan beliau sebagai seorang seniman serba boleh, menyanyi, mencipta lagu, menulis lirik, lakonan, penulisan skrip dan pengarah filem dan seterusnya dianggap sebagai penghibur dan seniman yang teragung di rantau ini.


Babak yang memaparkan P.Ramlee sebagai pengarah dalam filem
sulungnya Penarek Becha

Liku hidupnya ditempuh dalam era peralihan pada pertengahan tahun 60-an yang bermula di Singapura dan berakhir dengan era kejatuhan pada awal tahun 70-an di Kuala Lumpur.

Seluruh perjalanan kerjaya beliau dikongsi bersama tiga orang wanita yang menjadi pasangan hidupnya iaitu Junaidah isteri pertama, Norizan kedua dan Saloma yang meniba kematiannya.

Aksi yang mencuit hati penonton dalam babak P.Ramlee bercanda dengan Saloma

Dari situ tersingkap penceritaan nostalgia tentang seorang Seniman Agung bernama P.Ramlee yang juga bernama Remy.

Antara pelakon yang turut menjayakan muzikal ini adalah Douglas Lim (Runme Shaw), Ched Eddie Yusoff (Sukardi), Joseph Gonzales (B.S Rajhan), pelakon kanak-kanak Mikhail Merican (P.Ramlee waktu kecil) dan kumpulan Infinatez (paparazzi).


Liza Hanim jelmaan Saloma

“P.Ramlee The Musical..The Life, The Loves & The Inspiration” mula dipentaskan pada 18 Oktober hingga 3 November ini di Istana Budaya.

 Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapati dengan menghubungi 03-20911666 atau tempahan secara online dengan melayari laman web www.ticket2u.biz.

sumber: mStar online


 
Oct
19
    
Posted (admin) in The New Straits Times, Career on October-19-2007

2007/10/19

Email to friend Email to Friend         Print article Print Article

Sean Ghazi (as P. Ramlee) and Datuk Siti Nurhaliza (as Azizah) in ‘P. Ramlee The Musical ... The Life, The Love, The Inspiration’ yesterday.
Sean Ghazi (as P. Ramlee) and Datuk Siti Nurhaliza (as Azizah) in ‘P. Ramlee The Musical … The Life, The Love, The Inspiration’ yesterday.

KUALA LUMPUR: The much-awaited musical on the country’s “King of Entertainment”, Tan Sri P. Ramlee, premiered at Istana Budaya here yesterday.

P. Ramlee The Musical … The Life, The Love, The Inspiration, made its debut at 8.30pm.

All tickets for the show were sold out.

The two-hour musical, which runs until Nov 3, is produced by Enfiniti Productions, which also made Puteri Gunung Ledang — The Musical in 2005.

Its executive producer is Datin Seri Tiara Jacquelina. Its co-directors are Zahim Albakri and Adlin Aman Ramlie, the host of talk show Jangan Tidur Lagi and Tiara’s co-star in Puteri Gunung Ledang.

Adlin, whose father was Ramlee’s close friend and fellow screen legend A.R. Tompel, also wrote the lyrics for the musical’s 20 songs, with music composed by acclaimed Singaporean composer Dick Lee.

Indonesian music maestro Erwin Gutawa is the music director, while Pat Ibrahim of reality television series So You Think You Can Dance? is the choreographer.

Taking on the role of Ramlee is West End musical Miss Saigon and Anna And The King star, Sean Ghazi.

Popular singer Liza Hanim plays Ramlee’s wife, Puan Sri Salmah Ismail, or Saloma.

Saloma’s niece, popular actress Melissa Saila, plays Norizan Mohd Noor, Ramlee’s Perak-born second wife. Norizan was the award-winning actress famous for her film, Esok Untuk Siapa?

Singaporean actress Junaidah Daeng Harris, Ramlee’s first wife and the mother of actor Nasir P. Ramlee, is played by jazz singer Raja Atilia Raja Haron, the daughter of veteran jazz star and “advertisement jingle queen” Salamiah Hassan.

Pop queen Datuk Siti Nurhaliza is making her debut in acting in the musical. She portrays the mysterious Azizah, widely believed to be Ramlee’s first love and the inspiration for his hit song Azizah.

The supporting cast includes Chedd Yusuf of Audition fame, GangStarz finalists Infinatez and So You Think You Can Dance? winner, Alam.

source : The New Straits Times


 
Oct
18
    
Posted (admin) in berita harian online, Career on October-18-2007

Datuk Siti Nurhaliza yang akan muncul dalam teater P Ramlee…The Musical akan menyanyikan lagu Mulanya Cinta ciptaan Adlin Aman Ramlie.

sumber: Berita Harian


 
Oct
17
    
Posted (admin) in Career on October-17-2007


 
Oct
17
    
Posted (admin) in Bernama, Personal Siti on October-17-2007
October 17, 2007 20:48 PM


KUALA LUMPUR, Oct 17 (Bernama) — Heart transplant patient Tee Hui Yi, 14, seems to be more at ease and able to communicate comfortably since she was taken off the ventilator this morning.

National Heart Institute (IJN) Heart and Lung Transplant Unit Clinical Director Dr Mohamed Ezani Md Taib said the ventilator was removed since Hui Yi was now in stable condition and she was able to breathe well without the machine.

“Probably, in three or four weeks, Hui Yi, who is still in the Intensive Care Unit, can be transferred to the normal ward,” he told reporters at IJN today.

However, he said, proper care would be taken to prevent Hui Yi from any infection which might affect her health.

Dr Ezani said Hui Yi, who is now able to consume soup and porridge, would still be fed with supplementary nutrition through the tube in her nose.

“She requires 1,400 calories and supplementary nutrition for energy to strengthen her muscles and will continue with the weekly biopsy procedures to ensure her body does not reject the new heart,” he added.

Meanwhile, Hui Yi, who looks jovial, responded to questions from reporters and said she was eager to go home and return to school to continue with her studies.

“I can’t wait to go home and make preparation for the coming Chinese New Year celebration. I also want to thank my heart donor and can’t wait to meet the (donor’s) family,” she added.

Hui Yi, who underwent a second heart transplant on Oct 5, after her body rejected the first heart transplanted in her on Oct 3, also hoped to meet her favourite singers Datuk Siti Nurhaliza and Lotter of AF4.

– BERNAMA


 
Oct
12
    
Posted (admin) in calmille.free.fr on October-12-2007

Calmille dengan sepenuh jiwa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin, andai kata tulisan calmille mengguris hati atau perasaan anda semua, ampunkanlah calmille. Doakan agar calmille berjaya di sini, doa dan harapan anda amat calmille hargai. Terima kasih dan semoga Allah melindungi anda semua.

 

pssst..buat Siti Nurhaliza, maafkan calmille yer ;p