Aug
05
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K, Career on August-5-2008

Oleh FAIZAL SAHARUNI

MASA deras berlalu. Diam tak diam penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hampir melangkaui waktu dua tahun melayari bahtera nan indah perkahwinan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K.

Kalau ulang tahun pertama perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini diadakan penuh meriah di Hotel One World, Petaling Jaya setahun lalu, pastinya ada peminat ingin mengetahui sambutan kedua mereka.

Siti mengakui belum membuat sebarang perancangan untuk meraikan ulang tahun kedua perkahwinannya dengan Datuk K yang akan muncul pada 21 Ogos ini.

“Siti masih belum menetapkan tentang sambutan itu, tetapi Insya-Allah majlis ulang tahun itu tetap akan diadakan tidak kiralah sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran.

“Sambutan ulang tahun memang tengah difikirkan, cuma Siti dan suami belum duduk bersama untuk berbincang lebih lanjut tentang perkara ini,” luah Siti pantas tersenyum manis memperlihat dirinya sedang bahagia serta dilanda asmara dengan Datuk K.


KAKAK Siti, Saida turut muncul dalam program Teratak Siti Nurhaliza

Menyambung bicara, Siti selalu berdoa agar hubungan yang terjalin bersama si suami yang senantiasa menyokong karier seninya itu direstui Tuhan.

“Selalu berdoa kepada Allah supaya Siti dan suami diberikan kesihatan yang baik serta kebahagiaan berpanjangan apatah lagi kami sering menempuhi banyak dugaan dalam kehidupan,” jelasnya lagi.

Kekok nyanyi lagu tradisonal

Setelah sekian lama suara merdunya tidak melantunkan lagu berkonsepkan tradisional, wanita jelita berusia 29 tahun ini dengan rendah diri mengaku kekok tatkala mahu melagukan karya dengan genre tersebut.

Siapa sahaja yang tidak mengetahui kewibawaan Siti. Dia boleh membawa apa jua lagu dengan baik tanpa ada tolok bandingnya.

Namun, itulah sikap sebenar yang sukar terhakis di dalam diri anak jati Kuala Lipis, Pahang ini semasa berbicara. Santun kata dan masih berpijak di bumi nyata menjadikan Siti terus punya profil dan kelas tersendiri di mata umum.


SITI sudah lama tidak mendendangkan lagu-lagu tradisional.

Siti menjayakan Teratak Siti Nurhaliza, sebuah program muzikal selama satu jam untuk disiar semasa Hari Raya ini sambil berdendang dengan lagu corak tradisional bersama adik-beradiknya, Saida dan Saerah.

Siti memberitahu, dia berasa kekok semasa menjalani latihan Teratak Siti Nurhaliza disebabkan sudah lama dia tidak menyanyikan lagu-lagu berunsur tradisional.

“Siti rasa kekok sikit semasa latihan sebab sudah lama tidak nyanyi lagu tradisional. Perkara ini tidaklah teruk sangat, Siti cuma nak biasakan lentur dan lenggok suara saja.

“Alhamdulillah, suara Siti agak biasa dengan lagu tradisonal, jadi masalah itu tidaklah terlampau merisaukan saya,” ungkap Siti yang ayu mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaimi pada majlis itu.


PENUH emosi saat berduet bersama adiknya, Saerah.

Ayie tolak tawaran

Menyusun bait katanya satu persatu, Siti menjelaskan Teratak Siti Nurhaliza pada awalnya mahu mengenengahkan empat beradik iaitu Siti, Saida, Saerah dan Ayie di pentas sama.

“Ayie bagaimanapun menolak dengan baik tawaran itu. Dia kata tak apa dan tidak mahu terlibat dengan program berkenaan.

“Lantaran itu, Siti teruskan dengan dua beradik lain untuk jayakan program ini dengan menampilkan pelbagai kelainan buat tatapan audiens.

“Siti harap sangat rancangan Hari Raya dengan nyanyi lagu tradisional ini dapat membiasakan diri untuk masuk studio rakaman bagi album kontemporari dan fusion Siti kelak.

“Tak sabar rasanya Siti nak buat rakaman album baru. Kalau boleh hendak rakam awal sebelum puasa ini, tetapi Siti kena tengok dulu jadual dan tarikh kelapangan Siti.

“Siti memang harap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin, kalau boleh album ini dapat dipasarkan sebelum penghujung tahun ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti memberitahu niatnya untuk kembali ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

“Kalau ikut perancangan, Siti akan tunaikan umrah bersama suami dan ibu mertua pada awal bulan Ramadan ini.

“Siti akan melakukan ibadah di sana selama seminggu,” ungkapnya lagi.

sumber: kosmo online


 
Jul
28
    
Posted (admin) in Family, Kosmo on July-28-2008

Oleh MALIAH SURIP maliah.surip@kosmo.com.my

SENYUMNYA manis, mekar dan nampak segar. Sesekali memandangnya, saling tak tumpah seperti kakaknya, Siti Nurhaliza.

“Dah darah daging. Saya tak boleh lari,” begitu luah gadis yang baru menginjak usia 25 tahun dengan matang sambil tersenyum.

Dia, Siti Saerah Tarudin pagi itu duduk didandan rapi khusus untuk fotografi kami. Saerah muncul dengan single perdananya berjudul Hero Wayang.

Sebenarnya siapa yang tidak kenal Saerah. Dia juga mempunyai profil kerjaya yang tersendiri. Sejak dahulu, semua orang juga tahu Saerah memang berkeinginan menjadi seorang penyanyi.

Lantas kelibatnya pernah dilihat dalam pertandingan realiti televisyen One In A Million (OIAM) tidak lama dulu. Namun dia terkandas separuh jalan.

Sesekali dia juga menghias pentas dengan vokal dan persembahannya yang tersendiri. Tapi ini cerita tiga tahun lalu. Cerita tentang kepayahan membina perisai kerjaya sendiri.

Hari ini, Saerah sudah boleh tersenyum. Impiannya menjadi seorang penyanyi yang sebenar telah terlaksana. Single perdana dengan nama Hero Wayang telah mula mencuri perhatian. Semuanya dilakukan sendiri, tanpa menumpang populariti si kakak, kecuali menjadi artis di bawah label Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. (SNP).

“Alhamdulillah, tiga tahun saya tunggu saat untuk mempunyai lagu sendiri. Hari ini, Hero Wayang merupakan anak pertama saya. Dan saya harap langkah baru ini tidak terhenti separuh jalan,” ujar Saerah penuh harapan.

Dihasilkan sendiri atas bantuan tenaga profesional dengan lirik tersebut dihasilkan oleh bekas penulis lirik terbaik negara, arwah Loloq, Hero Wayang kata Saerah mengisahkan tentang perjalanan penuh liku anak seni. Namun ia dihasilkan dalam jalur moderate.

“Jiwa saya lebih rock, malah jalur pop pun disadurkan dengan rock, bukan balada. Jadi saya kira orang senang untuk membezakan saya dengan Kak Siti,” katanya.

Dia menambah: “Saya kira jika buah tangan saya bagus, peminat pun tak pertikai saya ialah adik Siti. Sebaliknya saya adalah Saerah yang berdiri atas kaki sendiri.”

Banyak agenda yang telah dirangka SNP untuk Saerah. Serius dan optimis dia memberitahu bakal muncul secara duo bersama kakaknya, Siti Saida.

Mereka akan bergabung dalam sebuah album yang menyaksikan mereka menyanyi secara solo dan berduet. Satu kolaborasi adik-beradik yang mahu dijadikan label masa depan.

Seiring single yang sedang diputarkan di radio, penampilan Saerah kini juga sudah banyak berubah - lebih matang dalam berbicara dan satu hal yang paling ketara berubah ialah berat badannya.

Tak segan dia memberitahu, sudah lebih empat bulan selera makannya hilang terutama pada nasi. Sehingga kini, berat yang dahulu 77 kilogram sudah mencecah 55 kilogram.

“Makan hati,” ringkas dia menjawab dalam senyuman tawar dan mengaku pula: “Sejak putus tunang dulu, selera makan jatuh terus. Jadi sekarang macam sudah terbiasa tak makan. Saya lebih banyak minum air dan makan roti sahaja.”

Cuba menggali lebih dalam perihal sebenar dia putus tunang dengan jejaka seusianya itu, Saerah menepis dengan tenang. Enggan merobek hati sesiapa katanya.

Cukup dia menekankan, perpisahannya dengan lelaki yang kini masih menjadi temannya itu sebagai satu rahsia yang kekal dalam hidupnya.

sumber: kosmo


 
Jun
22
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K, Career on June-22-2008




LEBIH 11 tahun menjadi anak seni, Datin Seri Siti Nurhaliza masih berada dalam kelasnya tersendiri. Saban hari, tidak pernah surut daripada dugaan termasuk paling hebat dilanda ribut asmara sebelum menikahi Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, dua tahun lalu.
Namun, Siti, 29, tetap menghadapinya dengan tenang. Tenang – inilah rahsia kejayaan penyanyi berprofil tinggi ini.
Sementara di lapangan seni, bersama syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions, kerjayanya diurus dengan cemerlang. Usai suksesnya album Hadiah Daripada Siti yang merangkul banyak pengiktirafan pada Anugerah Industri Muzik Ke-15 lalu, Siti merencana untuk mengadakan sebuah konsert mega di ibu kota yang setaraf persembahannya di Royal Albert Hall, London, beberapa tahun lalu.
“Insya-Allah, Siti mahu mengadakan sebuah konsert mega dan eksklusif buat peminat Siti selewat-lewatnya hujung tahun ini. Ini sasaran Siti sekarang,” ujar Siti penuh teruja saat dihubungi VAZZ minggu ini.


Ekonomi negara
Merisaukan. Harga barang semua naik dan bahangnya cukup terasa kepada semua isi rumah. Apa yang akan terjadi ke atas ekonomi kita nanti ya? Jadi Siti berdoa agar semuanya baik. Siti juga berharap tidak akan berlaku rusuhan atau protes yang boleh menyebabkan negara tidak aman.
Minyak
(Ketawa). Isu yang satu ini kita kena akur kerana ini masalah global. Namun Siti akui, kenaikan harga minyak memang membebankan golongan bawahan. Siti kasihan pada rakyat berpendapatan rendah dan Siti harap semua pihak bertimbang rasa terhadap isu ini.
Bagaimanapun Siti yakin isu ini pasti ada hikmahnya. Misalnya, sekarang Siti lihat jalan raya tidak begitu sesak kerana mungkin lebih ramai yang memilih pengangkutan alternatif untuk berjimat.


Percutian
Kalau cuti singkat, selalunya Siti habiskan di rumah saja bersama suami. Jika panjang, baru kami akan keluar bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Namun kini kalau nak bercuti, Siti tunggu musim cuti sekolah sebab nak bawa anak-anak sekali bercuti, baru meriah!
Lokasi percutian kesukaan Siti sebenarnya di tanah tinggi. Suami pula sukakan pantai. Jadi kadang-kadang kami bergilir bercuti di tempat kegemaran masing-masing. Bercuti di pantai pun seronok sebab ada banyak aktiviti sukan air yang boleh dilakukan.
Bencana alam
Sudah terlalu banyak berlaku kebelakangan ini. Isu pemanasan global, gempa bumi, ribut, banjir dan banyak lagi. Seharusnya kita sama-sama sayangi bumi dan tidak lupa menghulurkan bantuan kepada insan malang yang diuji dengan bencana alam.


Cinta
Alhamdulillah, cinta untuk insan yang Siti idam sudah dimakbulkan. Pun saban hari Siti berusaha untuk mencintai agama dan negara dengan lebih baik lagi. Hanya menjadi manusia, kita jangan hanyut dengan alam percintaan.
Pangkat
Tidak menjanjikan apa-apa. Ya, ia satu anugerah buat kerja keras dan kita dihargai dengan status tersebut. Namun Siti percaya setiap manusia adalah sama, terutama di sisi Tuhan.

sumber: kosmo


 
May
25
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K, Gossip, Personal Siti on May-25-2008

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
(Emel: ent_editor@kosmo.com.my)

INILAH rumah banglo mewah milik Datuk K yang sebelum ini didiami Tengku Zawyah.

ORANG luar boleh berkata apa saja, tetapi realitinya hanya empunya diri yang tahu segala kebenarannya.

Justeru apabila kecoh kisah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dikatakansudah berpindah ke banglo mewah yang pernah didiami suaminya Datuk SeriKhalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bersama dengan bekas isteri, banyak kisahyang sebenarnya orang luar kurang arif tetapi masih sibuk berkatamacam-macam.
Lebih mendukacitakan lagi, penyanyi ini sendiri diterjah denganpelbagai kata-kata kurang elok, selepas dia dikatakan berpindah kerumah bernilai lebih RM6 juta itu baru-baru ini.
Banglo berkenaan sebelum ini didiami oleh bekas isteri Datuk K,Tengku Zawyah Tengku Izham dan anak-anak selepas perceraian pada tahun2005.
Bagaimanapun Pancaindera difahamkan Tengku Zawyah membuat keputusanuntuk berpindah beberapa bulan lalu ke satu lokasi lain sementaramenanti kediaman barunya di Kemensah, Selangor disiapkan penghujungtahun ini.
“Perpindahan Tengku Zawyah tidak ada kaitan dengan Siti dan saya.Tengku sendiri yang mahu berpindah. Insya Allah hujung tahun ini rumahbaru dia akan siap di Kemensah dan dia akan tinggal bersama anak-anak,”kata Datuk K kepada Pancaindera menjelaskan sebab musabab bekasisterinya itu berpindah ke banglo berkenaan.
Oleh kerana banglo itu tidak berpenghuni, Datuk K mengajak kedua ibubapanya, Siti Zainah Hanafi dan Muhammad Jiwa Abdullah berpindah kesitu beberapa bulan kemudian.
Dan atas permintaan Datuk K, semenjak awal Mei lalu Siti menyatakankesudiannya untuk berulang alik ke banglo itu sekali gus bersama-samamenjaga Muhammad Jiwa yang menghidap strok.
“Memang benar Siti selalu ke banglo itu. Tetapi Siti belum pindahsepenuhnya. Banyak lagi barang Siti di kondominium kami,” kata Sitikepada Pancaindera.
Menurut Siti dia perlu akur dengan apa juga kata- kata orang luaryang mungkin membuat pelbagai tanggapan kepada dirinya selepas ini.Bagaimanapun sebagai manusia biasa dia tidak mampu untuk memuaskan hatisemua pihak apatah lagi melarang mereka dari berkata buruk tentangdirinya.
“Tak perlulah orang luar pula yang buat spekulasi tentang diri Siti.Orang selalu dengar benda yang buruk saja, tak baik macam itu, taksihat untuk mereka sendiri.
“Siti tahu apa yang Siti buat. Dan sebagai isteri, Siti akur denganapa juga keputusan yang suami Siti buat untuk kami sekeluarga,”katanya.
* Kekok di rumah baru
Menceritakan tentang pengalamannya menjejaki rumah mewah itu, kata Siti pada awalnya dia merasa agak kekok serta kurang selesa.

Ini kerana semenjak berkahwin dengan suaminya itu, mereka cukupselesa di ruang kondominium penthouse sambil sesekali dilawatianak-anak tirinya.
“Mula-mula dulu Siti pun rasa kurang selesa. Sampai sekarang Sitimasih dalam peringkat menyesuaikan diri, sebab tak rasa macam rumahsendiri.
“Tetapi tak apalah, sebagai isteri Siti kena akur, perlu adapersefahaman dengan suami dan ikut mana yang dia fikirkan baik,”katanya.
Pancaindera difahamkan sebelum ini Datuk K berhasrat untuk membina sebuah banglo lain untuk Siti.
Banglo yang dikatakan berharga hampir RM10 juta itu sedang dalamperingkat perbincangan awal dengan pihak arkitek. Dan bagaimana puladengan perancangan berkenaan? Apakah banglo khas untuk Siti Nurhalizaitu bakal terbina atau sebaliknya?
“Belum tahu lagi. Buat masa sekarang keutamaan saya ialah kepadaayah yang sedang sakit. Semasa saya membina rumah ini (banglo di BukitAntarabangsa) saya berhasrat untuk membawa ibu bapa saya tinggalbersama.
“Dan Alhamdulillah sekarang hajat saya tercapai untuk membawa ibubapa saya ke rumah saya ini. Hal yang lain tu biarlah kami fikirkankemudian” kata Datuk K lagi.

sumber: kosmo!


 
May
23
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K on May-23-2008

INILAH dia rumah Datuk K yang kini dihuni Siti Nurhaliza yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Gambar kecil, Datuk K dan Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR - Setelah beberapa bulan sepi, banglo mewah bernilai lebih RM6 juta di Bukit Antarabangsa yang pernah diduduki Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa dan bekas isterinya, kini menerima kehadiran penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sebagai penghuni baru.
Banglo berkenaan yang sebelum itu diduduki bekas isteri Khalid (Datuk K), Tengku Zawyah Tengku Izham bersama anak-anaknya selepas perceraian mereka, dikatakan mula diduduki Siti sejak awal bulan ini.

“Memang benar Siti selalu berada di banglo ini semenjak bekas isteri saya pindah beberapa bulan lalu,” jelas Khalid kepada Kosmo!.

sumber: Kosmo!


 
Apr
27
    
Posted (admin) in Kosmo, Career on April-27-2008

SERONOK mendengar cerita yang dua Diva dari Malaysia dan Indonesia bersatu. Bila Kris Dayanti melawak akan kemenangannya tempoh hari sewaktu Anugerah Planet Muzik (APM), Diva tahu Siti Nurhaliza tak ambil hati kerana kedua-duanya memiliki suara yang meletup.
Berita gembiranya, mereka berdua bakal bergabung dalam satu album yang dinamakan 2 Diva.
Album terbitan Warner Music itu mengandungi 16 buah lagu hit Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza dan akan berada di pasaran bermula 6 Mei ini. Ia dijual pada harga RM29.90 seunit.
Diva gembira kerana ada lagu Menghitung Hari, Cinta, Percayalah, Purnama Merindu dan banyak lagi.
Ia juga bakal diterbitkan dalam bentuk VCD Karaoke yang menampilkan 12 buah klip video original mereka berharga RM19.90.
Jadi bolehlah semua peminat Siti dan KD menyanyi bersama-sama. Diva pun kaki karaoke juga.

sumber : kosmo


 
Apr
13
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K, Personal Siti on April-13-2008

Oleh MALIAH SURIP
& SOFIATUL SHIMA WAN CHIK



DATIN SERI Siti Nurhaliza sudah kerapkali ditanyakan soalan ini: “Bila hendak menimang cahaya mata?”
Dan minggu ini, dalam pengakuan eksklusifnya kepada VAZZ, dia mengaku telah bertemu beberapa pakar kesihatan sebagai salah satuikhtiar untuk mendapatkan anak. Kata Siti, dia inginkan anak daripadabenihnya sendiri termasuk tidak menolak menggunakan kaedah tabung ujiatau persenyawaan in vitro (IVF).
Ini mungkin berbeza daripada Erra Fazira yang telah mencongak untukmengambil anak angkat dalam tempoh lima tahun mendatang seandainyabelum diizinkan mempunyai zuriat sendiri.
Amy Search dan Ziana Zain yang sudah mempunyai zuriat pula seiramauntuk menjaga tahap kesihatan demi mencapai sasaran mereka untukmemperoleh dua orang cahaya mata lagi.
Sebenarnya, dari segi perubatan, tahap kesuburan seorang wanitaboleh bertahan selama 36 tahun bermula dari usia akil baligh (sekitar12 tahun) sehingga umur 48 tahun.
Sementara bagi lelaki, biar tahap kesuburan boleh menurun, rata-ratamereka masih dianggap subur hingga ke akhir hayat selagi sperma dapatdihasilkan.
VAZZ meneropong pasangan selebriti yang baru mahu menimang cahaya mata atau yang ingin menambah bilangan anak.
Siti mungkin cuba kaedah tabung uji


BERCAKAP mengenai zuriat para selebriti, penyanyi tersohor tanahair, Siti Nurhaliza Tarudin sentiasa diperhatikan sejak bernikah denganDatuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada Ogos 2006.
Serangan soalan yang sama dan sesekali disulam persepsi nakaltermasuk mereka merancang zuriat selain sempat difitnah sebagai tidaksubur, sudah lama hinggap dan ditelan pahit oleh pasangan bahagia ini.
Sementelah, Siti telah mempunyai empat orang cahaya mata ’segera’hasil perkongsian hidup suaminya yang kali terakhir mempunyai zuriat 10tahun lalu dengan bekas isteri.
Namun baik Siti, 29, mahupun Khalid yang terkenal dengan gelaranDatuk K, 49, tetap menyambut kata-kata nakal tersebut dengan tahapkesabaran yang tinggi biar tiada siapa yang tahu jauh di sudut hati,nista itu cukup mengguris.
Tanpa lelah juga, Siti, dalam banyak pertemuan dengan mediamemberitahu sopan: “Siti belum mengandung,” atau, “Kami sedangberusaha, doakan kami segera menimang cahaya mata.”
Tidak berasa tertekan kerana belum berpeluang mengandung danmenganggap situasi ini normal kerana usia perkahwinannya baru inginmencecah dua tahun, Siti optimis usaha yang berterusan bersama berkatdoa, dia dan suami pasti mampu memperoleh zuriat.
Pokoknya kata Siti ringkas: “Mesti usaha dan jangan putus asa.”
Sementara saat diajukan tentang memilih alternatif memperolehzuriat, sama ada mengambil anak angkat atau melalui proses pensenyawaanin vitro atau bayi tabung uji (disebut juga bayi biologikal) yang kinimenjadi trend bagi selebriti Hollywood, Siti mempunyai pilihannyasendiri.
“Mengambil anak angkat tidak salah. Tapi Siti lebih suka usahamendapatkan anak sendiri dengan apa cara sekali pun termasuk melaluiproses pensenyawaan bayi tabung uji.
“Asalkan semuanya tidak melanggar hukum Islam,” ujar Siti yangbagaimanapun berkali-kali memberitahu belum terdesak untuk mendapatkanzuriat. Dia juga menekankan sudah cukup ‘meriah’ dengan keletahanak-anak tiri yang dianggap sebagai anak sendirinya.
Seiring itu, kata Siti juga, sejak mendirikan rumah tangga dia telahbeberapa kali bertemu pakar sakit puan bagi memastikan tahapkesihatannya sentiasa stabil.
Tambah Siti: “Selain menjaga pemakanan dan mengambil vitaminkesihatan, melakukan pemeriksaan kesihatan bagi seorang wanita adalahpenting.”
Info
Pasangan: Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 29, & Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 49.
Nikah: 21 Ogos 2006
Zuriat:Tiada

sumber: Kosmo!


 
Mar
27
    
Posted (admin) in Kosmo, Career on March-27-2008

Oleh MOHD YUSMAN AWANG
——————————————————————————–

“SEBENARNYA Siti pun tidak tahu nak cakap macam mana, sebab semuanya dibuat pada saat-saat akhir. Perbincangan mengenainya pun dibuat dalam tempoh yang agak singkat.

“Justeru, Siti memohon maaf kepada kesemua media tempatan.”

Begitu luah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengenai ‘rahsia’ terbarunya. Jika sebelum ini Siti banyak dikaitkan dengan istilah rahsia, kali ini rahsia yang dimaksudkan ialah apabila ramai yang tidak sedar tentang konsert terbarunya di Singapura yang telah pun berlangsung tanggal 21 Mac lepas.

Konsert yang berlangsung di pentas bertaraf dunia, Esplanade Theatre on the Bay di kota Singa itu seolah-olah ‘dirahsiakan’ daripada pengetahuan umum.

Apatah lagi media Malaysia juga tidak dijemput untuk membuat liputan mengenai konsert terbaru Siti di kota metropolitan itu selepas kali terakhir membuat konsert di Stadium Tertutup Singapura pada tahun 2005.

“Sebenarnya soal jemputan untuk media Malaysia bagi membuat liputan konsert Siti di Espalande adalah di luar bidang kuasa Siti.

“Mungkin pihak penganjur (Esplanade Singapura) tidak sempat membuat urusan jemputan kerana urusan mengenai konsert ini dilakukan dalam tempoh yang agak singkat,” katanya lagi.

Boleh tidur lena

Menyentuh mengenai sambutan terhadap konsert julung-julung kali di Esplanade itu beritahu Siti, “Siti bersyukur sangat, biarpun promosi mengenainya tidak lama, sambutan yang diterima begitu memberangsangkan. Daripada jumlah keseluruhan 1,800 tempat duduk di Espalanade, antara 1,600 hingga 1,700 tempat duduk diisi dengan penonton.”

“Sebenarnya Siti memberi persetujuan untuk mengadakan konsert ini bukanlah lima atau enam bulan lepas, tetapi sebulan yang lepas.

“Memikirkan ia konsert yang berkonsepkan santai, lebih mendekati peminat dan secara akustik serta dalam tempoh sehari pula, Siti terus bersetuju dengan tarikh konsert yang diberi pihak penganjur,” jelasnya yang mengayakan dua persalinan rekaan Michael Ong khusus untuk konsert tersebut.

MENERUSKAN perjalanan hidup dengan penuh positif tanpa digugat pemikiran negatif.

——————————————————————————–

Siti mengakui merasa tercabar kerana perlu membuat persembahan selama 1 jam 30 minit buat pertama kalinya di pentas yang gah itu.

“Cuma yang membuat Siti sedikit lega ialah konsert ini konsepnya santai, justeru Siti lebih banyak membuat pendekatan bercerita mengenai kisah hidup dan pengalaman Siti untuk mengimbas kembali nostalgia Siti buat peminat di Singapura - kena dengan judul konsert itu iaitu Diari Hati Siti Nurhaliza,” tuturnya.

Membandingkan antara konsert di Esplanade Singapura dan konsert di Royal Albert Hall London, menurut Siti, dia merasakan konsert di Esplanade lebih ringkas dengan hanya membabitkan enam pemuzik dan tanpa penari latar.

“Sedangkan konsert di Royal Albert Hall melibatkan ramai penari latar dan pemuzik,” katanya yang mendendangkan 15 buah lagu serta medley pada Konsert Diari Hari Siti Nurhaliza itu yang termasuklah Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Menawan Kesepian, Cindai, Wulan Merindu, Siti Situ Sana Sini, Destinasi Cinta dan Flaws and All.

Mengenai impak konsert terbarunya itu, ujar Siti, “Siti merasa puas dapat membuat persembahan dan menyaksikan betapa peminat-peminat Siti terhibur. Cukup gembira. Memang puas hati betul, tidur pun lena.”

Bakal buat persembahan khas

Seusai sudah konsert di negara jiran, bagaimana pula dengan konsert di negara sendiri? “Memang Siti rasa Siti perlu mengadakan konsert buat peminat Siti di negara ini, apatah lagi Siti pun dah ada album baru iaitu Hadiah Daripada Hati.

“Tapi kalau tidak mengadakan konsert pun, Siti akan membuat satu persembahan khas dalam tahun ini juga, tengoklah nanti mungkin pada bulan Mei atau Jun nanti,” jelas Siti.

Dalam pada itu, pasti ramai yang kecewa apabila mendapat tahu Siti tidak akan kembali terbabit dengan pementasan musim kedua P.Ramlee The Musical…The Life, The Loves & The Inspiration yang bakal dipentaskan kembali di Istana Budaya bermula 28 Mei depan dan sebelumnya iaitu pada 17 Mei di Esplanade Singapura.

“Memang bagi Siti, pengalaman berlakon teater begitu menyeronokkan. Dan Siti telah cuba melakukannya sekali dalam hidup.

ANGGUN dalam persalinan biru cair rekaan Michael Ong.

——————————————————————————–

Tapi untuk mengulanginya Siti rasa untuk kali ini, Siti belum mampu lagi kerana terikat dengan pelbagai komitmen lain.

“Lagipun teater ini turut dipentaskan di Singapura, jadi Siti tidak mempunyai peluang untuk turut melibatkan diri lagi biarpun watak Siti tidak banyak, tetapi berlakon teater memakan masa berhari-hari, justeru ia memerlukan komitmen yang cukup tinggi,” jelasnya.

Komen tentang Kaer

Sebagai bintang bertaraf senior, Siti turut memberikan pandangannya mengenai industri muzik tempatan.

Merujuk kepada perkembangan terbaru bekas bintang program realiti TV, Akademi Fantasia, Kaer atau nama penuhnya, Wan Mohammad Khair Wan Azami Hamzah yang mahu menetap di Indonesia bagi melakar namanya sebagai penyanyi, ia seolah-olah menunjukkan industri muzik di Malaysia sudah tiada harapan lagi.

“Kalau nak kata industri muzik kita tidak bernyawa lagi tidak boleh juga. Ini kerana kita boleh lihat muncul ramai penyanyi baru. Album baru pun banyak yang diterbitkan.”

“Cuma industri muzik kita hari ini mengandungi risiko yang tinggi, sama ada album boleh jual atau tidak,” tegasnya.

Menurut Siti lagi, dalam keadaan sekarang industri muzik tempatan mengalami lambakan penyanyi khususnya yang lahir daripada program-program realiti TV. Persaingannya cukup hebat, justeru penyanyi yang ingin menyerlah perlu mencipta kelainan.

Mengenai Kaer, Siti berkata, “Soal Kaer ingin mencipta nama dalam industri muzik di Indonesia, Siti rasa ia berkait dengan ciri kelainan yang ada pada seseorang penyanyi untuk menyerlah berbanding penyanyi lain.

“Dengan gaya dan vokal Kaer yang lain daripada lain di Indonesia, Kaer mampu mencipta nama di Indonesia kerana apa yang khalayak mahu pada seseorang penyanyi ialah kelainan.”

Tidak mahu berahsia

Tidak lengkap kalau tidak bertanya soalan mengenai anak buat Siti. Ini kerana umum telah lama menunggu ingin melihat Siti melahirkan buah cintanya bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

KONSERT DIARI HATI SITI NURHALIZA di Singapura yang berlangsung secara santai dan menjadi medan buat Siti untuk mendekati peminat-peminat setianya.

——————————————————————————–

Ditebak dengan persoalan itu dalam ketawa kecil tapi tulus Siti menjawab, “Tunggulah. Siti berserah kepada Allah. Kalau ada rezeki, insya-Allah.”

“Dan Siti tidak akan merahsiakannya. Sampai masa Siti akan beritahu kepada semua. Apa yang penting masa belum ada anak inilah Siti berpeluang melakukan apa sahaja, pergi ke mana jua. Siti tak mahu lagi merasa tertekan dengan persoalan ini.”

sumber: Kosmo


 
Mar
04
    
Posted (admin) in Kosmo, Career on March-4-2008

Oleh FAIZAL SAHARUNI

MENGALUNKAN lagu Destinasi Cinta sebagai pembuka acara.

HAMPIR 13 tahun lalu, dia menjuarai pertandingan Bintang HMI 1995, kini di pentas sama, Datuk Siti Nurhaliza muncul sekali lagi menjayakan Zoom In di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur hujung minggu lepas.

Tiada lagi gaya kampung persis awal penglibatannya dalam dunia seni, sebaliknya kehadiran Siti dengan penampilan baru begitu dinanti si pemujanya yang terdiri daripada pelbagai kalangan umur dan masyarakat.

Istilah Siti menghadapi zaman kejatuhan apabila dia mengambil keputusan mengenakan tudung setelah pulang menunaikan ibadah Haji dua bulan lalu, ternyata meleset.

Dan tiada stigma atau skeptikal peminat yang rata-ratanya begitu menyokong niat murni anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu untuk menutup aurat.

Berbalik pada Zoom In Bersama Siti Nurhaliza, seawal pukul 7.30 malam orang ramai mula membanjiri perkarangan auditorium walaupun program itu hanya bermula pada pukul 9 malam.

Begitulah kehebatan Siti. Dia begitu digilai sepenuh jiwa walau apa juga cubaan dan rintangan mendatang pada dirinya.

Kelihatan hebat serta bergaya dengan rona hitam dan putih, Siti menyampaikan lagu Destinasi Cinta pada awal persembahan sambil diiringi penari latar.

“Saya rasa gembira kerana sudah lama tidak muncul dalam rancangan Zoom In.

“Kali terakhir saya muncul di pentas ini sewaktu mengadakan Konsert Fenomena sebelum saya mendirikan rumahtangga.

“Inilah kali pertama saya nyanyi di sini setelah berkahwin,” ujar Siti sambil disahut sorakan audiens.

Lebih sedekad menjalani kehidupan sebagai anak seni, Siti semakin bijak berinteraksi dan berceloteh dengan khalayak.

Dan tiada lagi riak malu-malu daripada insan bernama Siti yang sudah berkeyakinan tinggi untuk berbual dengan peminatnya.

“Destinasi telah bermula dari tempatnya dan RTM menjadi destinasinya, jadi kita mula dengan lagu Mulanya Cinta.

“Masih ingat lakonan saya sebagai Azizah dalam Teater Muzikal P. Ramlee?” soal Siti kepada penonton sambil menguntum senyuman manis dan memikat kalbu.

LOUISA CHONG dan Shamsul Ghau Ghau memeriahkan lagi persembahan Siti kali ini.

Siti pantas mengakui, melibatkan diri dalam teater itu memberi pengalaman cukup manis sepanjang hidupnya.

“Saya tidak pernah berlakon, tiba-tiba saya terjun ke bidang teater.

“Kenangan itu masih segar dalam ingatan. Setiap kali nyanyi lagu Mulanya Cinta, saya akan teringat babak dengan P. Ramlee.

“Saya percaya anda dapat rasakan dengan indah terhadap lagu yang akan saya nyanyikan ini.

“Keindahan itu memperlihatkan kasih-sayang yang wujud antara saya dan peminat,” tutur Siti lembut.

Tidak ketinggalan, Siti menyampaikan lagu Biarlah Rahsia yang memberi banyak kenangan sewaktu zaman daranya sebelum menjadi isteri lelaki yang disayanginya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

KUMPULAN Coda menjadi artis jemputan Siti.

Sambil mengimbas kembali kotak fikirannya, Siti menjelaskan, adakalanya manusia lebih suka mengambil langkah berahsia terhadap sesuatu perkara.

“Kalau boleh biarlah benda itu menjadi rahsia. Ada sebab tertentu kita merahsiakan sesuatu hal.

“Ia bukan hanya melibatkan soal cinta,” tingkah Siti lebih lanjut tentang ‘rahsia’ yang mencakupi pelbagai aspek dan perkara.

Zoom In Siti turut dimeriahkan dengan sketsa dari pelawak Shamsul Ghau Ghau dan Louisa Chong yang menggeletek hati khalayak dengan telatah dan humor mereka.

Dalam pada itu, Siti sempat mempamerkan kebolehannya menari jaipong sewaktu mendendangkan lagu Es Lilin.

“Lagu ini diselitkan dalam album tradisional Siti sebelum ini. Ia dari seberang dan Siti memang suka liriknya,” jawab Siti ringkas.

Sementara itu, kumpulan Coda yang menjadi artis naungan pertama Siti Nurhaliza Productions (SNP) turut menghangatkan suasana dengan menyampaikan lagu Menanti Sebuah Jawaban dan Buai.

Dan kalau penyanyi nombor satu negara bergabung dengan pengacara nombor satu negara di pentas sama sudah semestinya menjadi ‘panas’.

Siti dan Aznil Nawawi berduet menyanyikan lagu Horey-Horey bagi memberi penghargaan kepada Allahyarham Sudirman Arshad.

APABILA Aznil dan Siti berduet. Lagu popular Sudirman, Horey-Horey mengabungkan vokal Siti dan Aznil.

Selain itu, antara lagu yang disampaikan Siti pada malam itu ialah Love You Inside And Out, Tunggu Sekejap, Sejakku Bertemu Padamu, Cintamu dan Melawan Kesepian.

Lagu Ku Mahu yang menjadi lagu tema drama bersiri terkenal, Spa Q menjadi hidangan terakhir dari Siti buat peminat.

Apa yang pasti, hadiah Zoom In daripada Siti menjadi kenangan terindah yang akan dikenang peminatnya terutama kelompok peminat fanatik Siti yang dikenali sebagai SitiZone.

Persembahan kali ini meneruskan kesinambungan kehebatan seorang yang bernama Siti Nurhaliza. Walau apa pun yang diperkatakan mengenainya, Siti tetap berada di liga tersendiri dan terus kekal sebagai penyanyi nombor satu Malaysia yang tiada gantinya.

sumber: Kosmo