Mar
31
    
Posted (admin) in Event, Sitizone on March-31-2008

Date: Tuesday, April 01, 2008 At 09:30 AM

Duration: 1 Hour

Siti di Selamat Pagi Malaysia RTM jam 9.30am

 

sumber: sitizone.com


 
Mar
31
    
Posted (admin) in Sitizone, Personal Siti on March-31-2008


Written by Siti Nurhaliza
Tuesday, 01 April 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pejam celik pejam celik, esok, 1 April merupakan ulangtahun ke 13 Siti bergiat dalam bidang seni. Banyak pengalaman dan pengajaran yang telah Siti timba, melalui bermacam-macam situasi, berdepan dengan pelbagai cabaran, mengharungi saat suka dan duka, semuanya ini tak terbayangkan oleh Siti selama 13 tahun ini.

Siti melewati hari-hari Siti sebagai insan biasa tetapi melangkah menjadi anak seni dan berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba, cabarannya amat besar, bukan sedikit pengorbanan yang harus dibuat dan begitu jugalah harga yang harus dibayar oleh Siti tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, Siti ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana memberikan ketabahan dan kudrat kepada Siti untuk mengharungi kehidupan Siti selama ini.

Rasanya tidak lengkap jika ulangtahun ke 13 ini Siti tidak melahirkan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada semua peminat Siti di mana saja anda berada kerana tanpa sokongan anda tentulah perjuangan Siti sudah lama berakhir. Siti akui tidak mudah untuk bertahan selama ini apatah lagi dengan ramai bakat baru yang hebat, dan banyak program yang melahirkan artis-artis berbakat tetapi anda masih setia bersama Siti. Terima kasih seikhlasnya daripada Siti buat anda semua.

Siti juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah bertungkus lumus mengundi Siti untuk ABPBH 2007 baru-baru ini. Alhamdulillah anugerah Penyanyi Wanita Popular itu Siti juga mahu berkongsi dengan anda yang telah setia mempertahankannya selama 11 tahun. Tiada apa yang mampu Siti ungkap, hanya ucapan terima kasih. Semoga anda juga gembira dengan kejayaan ini.

Salam mesra selalu…
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


 
Mar
30
    
Posted (admin) in calmille.free.fr on March-30-2008

A highlight from her gracious performance last night.


 
Mar
30
    
Posted (admin) in calmille.free.fr on March-30-2008

Tahniah Siti Nurhaliza


 
Mar
27
    
Posted (admin) in Kosmo, Career on March-27-2008

Oleh MOHD YUSMAN AWANG
——————————————————————————–

“SEBENARNYA Siti pun tidak tahu nak cakap macam mana, sebab semuanya dibuat pada saat-saat akhir. Perbincangan mengenainya pun dibuat dalam tempoh yang agak singkat.

“Justeru, Siti memohon maaf kepada kesemua media tempatan.”

Begitu luah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengenai ‘rahsia’ terbarunya. Jika sebelum ini Siti banyak dikaitkan dengan istilah rahsia, kali ini rahsia yang dimaksudkan ialah apabila ramai yang tidak sedar tentang konsert terbarunya di Singapura yang telah pun berlangsung tanggal 21 Mac lepas.

Konsert yang berlangsung di pentas bertaraf dunia, Esplanade Theatre on the Bay di kota Singa itu seolah-olah ‘dirahsiakan’ daripada pengetahuan umum.

Apatah lagi media Malaysia juga tidak dijemput untuk membuat liputan mengenai konsert terbaru Siti di kota metropolitan itu selepas kali terakhir membuat konsert di Stadium Tertutup Singapura pada tahun 2005.

“Sebenarnya soal jemputan untuk media Malaysia bagi membuat liputan konsert Siti di Espalande adalah di luar bidang kuasa Siti.

“Mungkin pihak penganjur (Esplanade Singapura) tidak sempat membuat urusan jemputan kerana urusan mengenai konsert ini dilakukan dalam tempoh yang agak singkat,” katanya lagi.

Boleh tidur lena

Menyentuh mengenai sambutan terhadap konsert julung-julung kali di Esplanade itu beritahu Siti, “Siti bersyukur sangat, biarpun promosi mengenainya tidak lama, sambutan yang diterima begitu memberangsangkan. Daripada jumlah keseluruhan 1,800 tempat duduk di Espalanade, antara 1,600 hingga 1,700 tempat duduk diisi dengan penonton.”

“Sebenarnya Siti memberi persetujuan untuk mengadakan konsert ini bukanlah lima atau enam bulan lepas, tetapi sebulan yang lepas.

“Memikirkan ia konsert yang berkonsepkan santai, lebih mendekati peminat dan secara akustik serta dalam tempoh sehari pula, Siti terus bersetuju dengan tarikh konsert yang diberi pihak penganjur,” jelasnya yang mengayakan dua persalinan rekaan Michael Ong khusus untuk konsert tersebut.

MENERUSKAN perjalanan hidup dengan penuh positif tanpa digugat pemikiran negatif.

——————————————————————————–

Siti mengakui merasa tercabar kerana perlu membuat persembahan selama 1 jam 30 minit buat pertama kalinya di pentas yang gah itu.

“Cuma yang membuat Siti sedikit lega ialah konsert ini konsepnya santai, justeru Siti lebih banyak membuat pendekatan bercerita mengenai kisah hidup dan pengalaman Siti untuk mengimbas kembali nostalgia Siti buat peminat di Singapura - kena dengan judul konsert itu iaitu Diari Hati Siti Nurhaliza,” tuturnya.

Membandingkan antara konsert di Esplanade Singapura dan konsert di Royal Albert Hall London, menurut Siti, dia merasakan konsert di Esplanade lebih ringkas dengan hanya membabitkan enam pemuzik dan tanpa penari latar.

“Sedangkan konsert di Royal Albert Hall melibatkan ramai penari latar dan pemuzik,” katanya yang mendendangkan 15 buah lagu serta medley pada Konsert Diari Hari Siti Nurhaliza itu yang termasuklah Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Menawan Kesepian, Cindai, Wulan Merindu, Siti Situ Sana Sini, Destinasi Cinta dan Flaws and All.

Mengenai impak konsert terbarunya itu, ujar Siti, “Siti merasa puas dapat membuat persembahan dan menyaksikan betapa peminat-peminat Siti terhibur. Cukup gembira. Memang puas hati betul, tidur pun lena.”

Bakal buat persembahan khas

Seusai sudah konsert di negara jiran, bagaimana pula dengan konsert di negara sendiri? “Memang Siti rasa Siti perlu mengadakan konsert buat peminat Siti di negara ini, apatah lagi Siti pun dah ada album baru iaitu Hadiah Daripada Hati.

“Tapi kalau tidak mengadakan konsert pun, Siti akan membuat satu persembahan khas dalam tahun ini juga, tengoklah nanti mungkin pada bulan Mei atau Jun nanti,” jelas Siti.

Dalam pada itu, pasti ramai yang kecewa apabila mendapat tahu Siti tidak akan kembali terbabit dengan pementasan musim kedua P.Ramlee The Musical…The Life, The Loves & The Inspiration yang bakal dipentaskan kembali di Istana Budaya bermula 28 Mei depan dan sebelumnya iaitu pada 17 Mei di Esplanade Singapura.

“Memang bagi Siti, pengalaman berlakon teater begitu menyeronokkan. Dan Siti telah cuba melakukannya sekali dalam hidup.

ANGGUN dalam persalinan biru cair rekaan Michael Ong.

——————————————————————————–

Tapi untuk mengulanginya Siti rasa untuk kali ini, Siti belum mampu lagi kerana terikat dengan pelbagai komitmen lain.

“Lagipun teater ini turut dipentaskan di Singapura, jadi Siti tidak mempunyai peluang untuk turut melibatkan diri lagi biarpun watak Siti tidak banyak, tetapi berlakon teater memakan masa berhari-hari, justeru ia memerlukan komitmen yang cukup tinggi,” jelasnya.

Komen tentang Kaer

Sebagai bintang bertaraf senior, Siti turut memberikan pandangannya mengenai industri muzik tempatan.

Merujuk kepada perkembangan terbaru bekas bintang program realiti TV, Akademi Fantasia, Kaer atau nama penuhnya, Wan Mohammad Khair Wan Azami Hamzah yang mahu menetap di Indonesia bagi melakar namanya sebagai penyanyi, ia seolah-olah menunjukkan industri muzik di Malaysia sudah tiada harapan lagi.

“Kalau nak kata industri muzik kita tidak bernyawa lagi tidak boleh juga. Ini kerana kita boleh lihat muncul ramai penyanyi baru. Album baru pun banyak yang diterbitkan.”

“Cuma industri muzik kita hari ini mengandungi risiko yang tinggi, sama ada album boleh jual atau tidak,” tegasnya.

Menurut Siti lagi, dalam keadaan sekarang industri muzik tempatan mengalami lambakan penyanyi khususnya yang lahir daripada program-program realiti TV. Persaingannya cukup hebat, justeru penyanyi yang ingin menyerlah perlu mencipta kelainan.

Mengenai Kaer, Siti berkata, “Soal Kaer ingin mencipta nama dalam industri muzik di Indonesia, Siti rasa ia berkait dengan ciri kelainan yang ada pada seseorang penyanyi untuk menyerlah berbanding penyanyi lain.

“Dengan gaya dan vokal Kaer yang lain daripada lain di Indonesia, Kaer mampu mencipta nama di Indonesia kerana apa yang khalayak mahu pada seseorang penyanyi ialah kelainan.”

Tidak mahu berahsia

Tidak lengkap kalau tidak bertanya soalan mengenai anak buat Siti. Ini kerana umum telah lama menunggu ingin melihat Siti melahirkan buah cintanya bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

KONSERT DIARI HATI SITI NURHALIZA di Singapura yang berlangsung secara santai dan menjadi medan buat Siti untuk mendekati peminat-peminat setianya.

——————————————————————————–

Ditebak dengan persoalan itu dalam ketawa kecil tapi tulus Siti menjawab, “Tunggulah. Siti berserah kepada Allah. Kalau ada rezeki, insya-Allah.”

“Dan Siti tidak akan merahsiakannya. Sampai masa Siti akan beritahu kepada semua. Apa yang penting masa belum ada anak inilah Siti berpeluang melakukan apa sahaja, pergi ke mana jua. Siti tak mahu lagi merasa tertekan dengan persoalan ini.”

sumber: Kosmo


 
Mar
27
    
Posted (admin) in utusan malaysia online, Career on March-27-2008

KONSERT Diari Hati Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.



DALAM banyak-banyak konsert atau persembahan yang pernah dijayakan oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, persembahan di Esplanade Theatre Singapura minggu lalu barangkali paling menyentuh hatinya.

Masakan tidak, di celah-celah hampir 1,800 penonton yang menyaksikan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza, terselit seorang peminat yang cukup istimewa buat penghibur itu.

Sifatnya tidak sesempurna jutaan peminat Siti yang lain. Matanya buta, namun dek kerana cinta dan kasihnya pada penghibur kesayangan ramai itu, Zarina tidak mempedulikan kekurangan dirinya untuk hadir memberi sokongan pada Siti.

“Mulanya Siti tidak sedar kehadirannya, hanya selepas menyampaikan tiga buah lagu, Siti nampak kelibatnya yang sedang leka menghayati lagu yang Siti nyanyikan.

“Menyedari itu Zarina, Siti lantas mengundangnya ke pentas,” kata Siti berkongsi cerita dengan Hits mengenai kehadiran tetamu istimewanya pada malam Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza.

Hati penyanyi mana yang tidak akan tersentuh melihat peminat yang kurang sempurna sifatnya menggagahkan diri hadir sendirian ke konsert itu walaupun tanpa pernah melihat wajah manis artis yang diminatinya.

Sebaik dia dipimpin ke pentas untuk berdiri di sisi Siti, seluruh pandangan audiens tertumpu pada si manis yang begitu girang kerana menjadi peminat bertuah yang mendapat perhatian biduanita muda itu.

Biar penglihatan tidak mengizinkannya menatap wajah artis yang sudah menghiburkan peminat-peminatnya lebih sedekad, namun kepuasan tergambar pada wajah Zarina.

Kegembiraan juga barangkali perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Zarina yang selama ini hanya mengenali suara merdu Siti.

Dan ketika Zarina di pentas menemani Siti juga, suasana berubah daripada kegembiraan yang sedang dinikmati sebelum ini menjadi hening seketika.

Bahkan, Siti sendiri ketika merakamkan penghargaan dan rasa kasihnya pada Zarina menjadi terlalu emosional.

Selepas berborak dengan Zarina, Siti menyampaikan lagu Bisikan Hati (nyanyian asal Allahyarham Datin Rafeah Buang) suasana ketika itu menjadi cukup syahdu.

Gejolak rasa

Audiens yang ada pada malam itu bersama-sama Siti tidak mampu membendung gejolak rasa menyebabkan ada yang menitiskan air mata.

“Sudah lama Siti mengenali Zarina. Dia sentiasa tidak melepaskan peluang menonton persembahan Siti setiap kali Siti berkunjung ke Singapura.

“Siti sangat terharu dan menghargai sokongannya selama ini. Katanya dia datang seorang diri malam itu. Bahkan ketika membeli tiket juga, dia bersendirian tanpa sesiapa menemaninya.

“Zarina juga sempat berbisik kepada Siti mendoakan Siti cepat menimang cahaya mata. Semoga Allah sentiasa melindunginya,” jelas penyanyi yang juga isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau Datuk K dalam nada terharu.

Selain ingatan terhadap Zarina yang masih melekat di ruang fikirannya, Siti juga menyatakan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya di Kota Singa kerana masih setia menyokongnya.

Masakan tidak, Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza tempoh hari merupakan konsert solo pertamanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.

Bahkan, persembahan itu merupakan yang pertama selepas dia melakar kejayaan industri hiburan tanah air apabila mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.

Berlangsung selama 90 minit, Siti merumuskan konsert berkenaan berjaya mencapai hasratnya untuk menghiburkan peminat-peminat dalam suasana santai.

“Siti sangat menggemari konsert yang berlangsung tempoh hari. Ia sangat santai dan Siti dapat merasakan yang Siti begitu dekat dengan peminat-peminat,” ujarnya lagi.

Tema pemilihan konsert akustik itu dicadangkan oleh pengurusan penganjur dan dipersetujui oleh penyanyi lagu Cindai itu kerana berpendapat, ia begitu jarang dilakukannya.

Pada masa yang sama, Siti berpendapat, sebelum ini, dia sudah puas menjayakan pelbagai konsert yang bertaraf mega.

“Sesekali untuk mengelakkan kebosanan peminat, Siti bersetuju untuk menjayakan konsert akustik dan Alhamdulillah, ia sangat memuaskan hati Siti,” katanya mengenai konsert yang diketuai oleh Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.

Rasional Siti bersetuju untuk menjayakan konsert sederhana itu juga adalah kerana, persetujuan yang dicapai oleh pihaknya dan pengurusan Esplanade serta penganjur berlaku dalam waktu yang singkat.

Lantaran kesuntukan masa ditambah dengan komitmen Siti, maka ketiga-tiga pihak mencapai kata sepakat konsert itu dianjurkan dalam konsep akustik dan diadakan semalam saja.

“Cukuplah semalam saja. Lepas ini, Siti dan pihak pengurusan akan rancang konsert yang lain pula terutamanya untuk peminat-peminat Siti di Malaysia pula,” janji Siti memberi harapan buat peminat-peminatnya di tanah air.

Kesempatan beraksi di Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza juga memberi peluang kepada anak seni kelahiran Pahang itu berkongsi pelbagai kisah hidup dengan peminat-peminatnya.

Kata Siti, sebahagian daripada cerita pada malam konsert itu berkisar mengenai kehidupan peribadinya terutamanya selepas bergelar isteri.

“Tidak ketinggalan, Siti turut membawa ingatan peminat terhadap saat-saat manis yang pernah Siti lalui di Singapura,” jelas Siti lagi mengenai konsert solo sulungnya di Esplanade Theatre itu lagi.

Gambaran kehidupan Siti bermula sebagai juara Bintang HMI 1996 sehingga dilamar sebagai artis rakaman Suria Records dan kemudian masyhur menerusi single Jerat Percintaan sehinggalah mencapai kedudukan artis nombor satu negara diterjemahkan menerusi seleksi lagu yang dinyanyikannya tempoh hari.

Rangkaian lagu Ku Mahu, Cindai, Biarlah Rahsia, Siti Situ Sana Sini serta medley lagu-lagu seniman kelahiran Singapura, M. Nasir seperti Suatu Masa dan Ada merupakan antara lagu yang menjadi pilihannya pada malam Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza.

Tidak ketinggalan di hadapan peminat tiga negara jiran Singapura, Malaysia dan Indonesia itu juga Siti turut mendapat sokongan daripada penyanyi-penyanyi latar Swara.

Sementara bagi memberikan impak yang berkesan pada persembahan tempoh hari juga, barisan pemuzik hebat seperti Nan dan Aji pada posisi gitar, Andy Peterson (bass), John Asley Thomas (dram) dan Steve Thornton (perkusi) serta Aubrey Suwito (keyboard) menjadi tulang belakang kejayaan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza. - DEAN

sumber: utusan malaysia


 
Mar
24
    
Posted (admin) in International, Career on March-24-2008

By Boon Chan, MEDIA CORRESPONDENTHITTING ALL THE RIGHT NOTES: Malaysian pop star Siti Nurhaliza wowing the crowd at the Esplanade Theatre last night with her powerhouse vocals. — ST PHOTO: ALBERT SIM

MALAYSIAN pop queen Siti Nurhaliza rules hearts in Singapore as well.
The 29-year-old held her first solo show here in three years at the 2,000-seat Esplanade Theatre last night.

Titled Diari Hati - Dato’ Siti Nurhaliza (Diary Of Dato’ Siti Nurhaliza’s Heart), the concert started at 8.10pm when she came on stage in a long, flowy electric-blue dress.

The enthusiastic crowd, which filled three-quarters of the hall, was treated to numbers such as Ku Mahu (I Want) and Mulanya Cinta (Start Of Love) from her latest album, Hadiah Daripada Hati (A Gift From The Heart).

Since her last concert here, held at the Singapore Indoor Stadium, Siti has married Datuk Khalid Mohamad Jiwa and has also become the youngest Malaysian to hold the title of datuk, an honorific conferred by the Pahang sultan.

She also started wearing the tudung, or headscarf, after completing the haj last December.

But all that mattered to her fans was that she could still bring the house down with her powerful and expressive voice.

She obliged with a performance that left no doubt that her reign is still going strong.

source: the straits times


 
Mar
23
    
Posted (admin) in Datuk K, calmille.free.fr, Gossip, Brand, Personal Siti, Career on March-23-2008

Siti Nurhaliza telah ditemuramah oleh Era.fm di Carta Era. Berikut merupakan rakaman interview tersebut.

 Siti Nurhaliza - Era [Part 1]

http://download.yousendit.com/74B628522333D3EE

Siti Nurhaliza - Era [Part 2]

http://download.yousendit.com/3F6E27A62BEF2169

source: calmille.free.fr/main


 
Mar
22
    
Posted (admin) in calmille.free.fr, Gossip on March-22-2008

As we know, Siti successfully performed her Diari Hati Concert at Esplanade yesterday. Her repertoire includes a song called Flaws and All by Beyonce. And the lyric is..well, something.

Repertoire

  • Lagu Rindu
    Nirmala
    Siti Situ Sana Sini
    Mulanya Cinta
    Flaws And All
    Wulan Merindu
    Sutramaya
    Cintamu
    Love You Inside and Out
    Biarlah Rahsia
    Destinasi Cinta
    Bisikan Hati
    Medley M.Nasir
    Cindai
    Melawan Kesepian
    Ku Mahu

Flaws and All lyric.

[Verse 1:]
I’m a train wreck in the morning
I’m a bitch in the afternoon

Every now and then without warning
I can be really mean towards you
I’m a puzzle yes indeed
Ever-complex in every waaay
All the pieces aren’t even in the box
And yet, you see the picture clear as day

Did Siti sing that lyric for real? Relax, she didn’t say the word bitch. She changed the lyric of course.

Click the link to find out what she really sang.

Read the rest of this entry »


 
Mar
22
    
Posted (admin) in International, Career on March-22-2008

source: the straits times

thanx to our friend mr lecturer for the pic.