May
03
    
Posted (admin) in harian metro online, Career on May-3-2008

Oleh Abie Abdullah

Rap
BANYAK yang boleh diperkatakan mengenai Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008 yang memasuki tahun ke-15 penganjurannya. Satu tempoh yang matang untuk mem pertimbangkan baik dan buruknya sesebuah penganjuran itu.

Sebelum ini pun, saya mencuit AIM 2008 sebab saya sayang satu-satunya majlis yang saya anggap paling berprestij untuk industri muzik tanah air.

Bimbang juga menyelit, bimbang hilangnya taraf prestij yang dibina selama ini hanya kerana yang boleh dipertikaikan. Paling merisaukan kalau hilangnya kepercayaan pemerhati seni terhadapnya dan harapnya ia tidak berlaku.

Malam ini, AIM kembali bersiaran secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ramai sudah mula meneka, siapa yang layak atau karya mana yang perlu diangkat sebagai pilihan utama.

Apapun perkiraan dan penilaian yang dibuat berdasarkan cita rasa latar belakang kita. Terlalu subjektif kalau untuk mengira produk seni.

Sebanyak 21 trofi disediakan termasuk Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama untuk malam ini. Tidak banyak beza dengan tahun sebelumnya, tetapi bukan jumlah yang cuba dibangkitkan di sini, sebaliknya kesan daripada pe nganjuran itu.

Pada masa sama, saya tidak melihat AIM sebagai satu pertandingan, tetapi lebih kepada pengiktirafan untuk kar yawan muzik tanah air.

Sejak 1994 penganjurannya, kita dapat melihat evolusi dalam penghasilan album yang semakin baik.

Mungkin sesetengah kita melihatnya sebagai perlumbaan, tetapi persaingan itu cukup sihat kerana masing-masing berlumba untuk memberi yang terbaik. Kesannya bukan kepada pengkarya itu saja malah industri keseluruhannya.

Bagaimanapun, dalam evolusi ini, usah diambil kira dengan peranan lanun cetak rompak. Itu kerja haram mereka yang tidak berkesudahan. Mereka pun hanya merompak yang terbaik.

Saya setuju dengan kata-kata Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thom pson yang menyifatkan AIM berbeza dengan acara anugerah lain yang diadakan di Malaysia.

Bukan berdasarkan populariti kosong sebaliknya mencari terbaik daripada kalangan terbaik.

Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang begitu serius dan komited dalam menghasilkan album yang berkualiti. Jadi inilah kesan daripada AIM, seperti yang saya katakan tadi, semuanya berlumba untuk menghasil yang lebih baik. Ber beza dengan industri filem yang berlumba untuk melariskan tiket panggung walaupun kualitinya banyak yang hampas.

Dalam berbicara mengenai AIM ini, beberapa kategori utama seperti Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Vokal (lelaki dan wanita) Terbaik.

Paling ketara, ramai yang ingin melihat kekebalan Datuk Siti Nurhaliza untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album sama ada kembali ke tangannya.

Tahun lalu kategori ini berpihak kepada Jaclyn Victor (melalui album Inilah…Jac) yang memecah monopoli Siti selama lapan tahun berturut-turut sejak 1999 (Adiwarna) sehingga 2006 (Siti Nurhaliza Live in Royal Albert Hall, London).

Malam ini Siti berdepan dengan Atilia (Sangkar), Dayang Nurfaizah (Dayang 2007), Elyana (Jadi Diriku) dan Karen Kong (Mulakan). Pilihan? Terlalu klise kalau saya katakan yang masing-masing ada kekuatan tersendiri, tetapi saya tetap pilih Siti atau setidak-tidaknya Dayang. Bagaimanapun selera kita lain-lain kan?

Begitu juga dengan Lagu Terbaik yang menampilkan Ajai dengan lagu Menanti Pasti, Audi Mok (Mahakarya Cinta), Azlan Abu Hassan (Sekian Lama dan Izinkan Ku Pergi) dan Estranged (Itu Kamu).

Itu Kamu sebelum ini sudah diiktiraf oleh juri Anugerah Juara Lagu 2007 sebagai Lagu Terbaik. Bagaimanapun, tiket terbaik di anugerah itu belum meyakinkan untuk menang sekali lagi di AIM. Bagi saya, karya ini juga mempunyai potensi.

Mahakarya Cinta sebenarnya memberi saingan sengit untuk senarai kategori ini. Jangan perkecilkan Izinkan Ku Pergi dengan identiti Azlan begitu kuat untuk lagu ini.

Bagaimanapun saya suka kelainan Menanti Pasti yang menampilkan irama waltz untuk lagu Melayu. Melodi men dayu bertambah unik dengan waltz. Bagaimanapun saya tidak boleh mengangkat tinggi-tinggi Menanti Pasti kerana saya turut terbabit secara langsung sebagai penulis liriknya. Tidak adilkan? Cuma kita nantilah dengan pasti malam ini.

Album Terbaik sukar untuk dijelaskan di sini kerana ia membabitkan lebih 10 album. Cuma boleh saya katakan, ia akan berpihak kepada genre rock. Paling ketara, Faizal Tahir mampu mendominasikan AIM ke-15 ini.

sumber:harian metro online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: