Nov
24
    
Posted (admin) in calmille.free.fr, covergirl, Gossip on November-24-2007


 
Nov
22
    
Posted (admin) in harian metro online, Personal Siti, Career on November-22-2007

Oleh Hartati Hassan Basri

Rap
TIADA apa dikesalkan Datin Seri Siti Nurhaliza apabila pertaruhannya melalui lagu Bisakah di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 22 Ahad lalu, gagal menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22).

Malah Siti mengakui puas hati dengan persembahannya pada malam itu kerana berjaya menyampaikan lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Tessh R S itu dengan baik, tetapi apakan daya tiada rezeki lagu itu layak ke peringkat akhir.

“Bagi saya tiada apa yang perlu dikesalkan atau dipertikaikan atas kegagalan lagu itu. Malah saya lihat lima lagu yang dipilih juri benar-benar menonjol.

“Saya juga tidak bersetuju kalau ada yang mengatakan lagu Bisakah tidak begitu kuat kerana ia mempunyai keistimewaannya baik dari segi melodi dan juga lirik. Lagu itu single terakhir saya dan jarang diputarkan di radio.

“Sebenarnya saya jarang bawakan lagu itu dan ia susah untuk dinyanyikan. Apapun saya berjaya menyampaikannya dengan baik dan saya puas hati dengan persembahan saya pada malam itu.

“Apa boleh buat kerana lagu itu tidak ada rezeki ke final,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07), Selasa lalu.

Bagaimanapun Siti menafikan dia sengaja pulang awal dan tidak menunggu keputusan lima lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan kerana takut kalah. Siti mengatakan, dia terpaksa bergegas pulang sebaik selesai menyampaikan lagu itu kerana ada komitmen lain.

“Sebenarnya pada malam itu saya ada tiga undangan menyanyi. Selain separuh akhir Muzik Muzik 22, saya juga perlu menghadiri dua undangan lain yang tidak dapat dielakkan selepas itu.

“Itu sebabnya saya meminta jasa baik TV3 supaya giliran saya diawalkan walaupun mengikut cabutan nombor giliran, saya diberi nombor lapan,” katanya.

Dalam separuh akhir Muzik Muzik 22 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Ahad lalu, Siti sepatutnya menyanyi giliran kelapan tetapi minta dipercepatkan. Siti mendapat giliran kedua selepas persembahan Idayu.

Ketiadaan Siti bersama barisan penyanyi lain ketika keputusan diumumkan, turut mengundang spekulasi apabila Bisakah gagal melayakkan diri ke peringkat akhir bersama Harapan, Mahakarya Cinta, Ceritera Cinta, Kasih Tercipta dan Izinku Pergi.

Siti sekali lagi disebut-sebut punya harapan cerah menang untuk kategori pop rock pada Ahad ini apabila mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zen dan lirik PSSN.

Turut bertanding Aku Pencintamu (Ajai/Ajai) yang dipersembahkan Felix, Angan Dan Sedar (M. Nasir/Loloq/Mawi), Janjiku (Taja/Tass/Sofaz), Percayalah Sayang (Vince/M. Zulkifili/Vince), Farhana Putri Bumi Kenyalang (Denai/Andy Rahman/Jinbara), Tiga Malam Tanpa Bintang (Master G/Azmeer/Fiq), Sembunyi (Aidit Alfian/Loloq/Misha Omar dan Andy Flop Poppy), Itu Kamu (Estranged/Rachael Lawrence/Estranged) dan Satu Harapan (Audi Mok/Nurfatimah/Jac).

Katanya, dia tidak mahu menaruh sebarang harapan sebaliknya cuba melakukan yang terbaik untuk memberi kepuasan kepada dirinya dan juga peminat.

“Kalah atau menang perkara kedua. Saya akan cuba bawakan lagu itu sebaik mungkin,” katanya.

Dalam majlis sidang media pertama ABPBH07 yang turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail, Siti turut membuat persembahan bersama Farawahida dan Faizal AF4.

Siti menyampaikan lagu Mulanya Cinta yang dinyanyikannya ketika menjayakan teater The Musical P Ramlee di Istana Budaya, bulan lalu. Siti yang ditemani kakak iparnya, Rozie Abdul Razak, bergegas pulang sebaik saja selesai menyampaikan lagu itu kerana ada urusan lain.

Isteri ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu juga akan menunaikan haji awal bulan depan dan berada di Tanah Suci selama dua minggu. Bagaimanapun Siti tidak mahu berjanji apakah kepulangannya nanti bersama imej baru memakai tudung.

sumber:harian metro online


 
Nov
22
    
Posted (admin) in Sitizone, Personal Siti, Career on November-22-2007


Written by Webmaster
Thursday, 22 November 2007
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Selamat bertemu kembali. Doa Siti agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. Pejam celik, pejam celik nampaknya gerbang Disember bakal kita lalui. Banyak kenangan tercipta sepanjang tahun ini berlalu dan marilah kita sama-sama berdoa adalah setiap perjalanan hari kita akan terus diberkatiNya.

Minggu lalu Siti sempat beraksi dalam Muzik-Muzik separuh akhir balada dan tentunya mempertaruhkan lagu Bisakah. Kita tahu ramai di kalangan anda yang memberi sokongan kuat, malah datang menyokong dengan berpakaian sedondon, namun Siti berharap agar kita terima dengan hati yang terbuka mengenai kegagalan lagu ini ke Juara Lagu. Siti gembira dan amat terharu kerana peminat amat memahami, siatusi telah berubah di mana kita bersedia menerima semua yang ditakdirkan dengan hati lapang. Siti sendiri gembira melihat reaksi dan maklumbalas yang diterima daripada peminat-peminat yang kebanyakannya begitu positif.

Minggu ini Siti akan berentap dalam kategori pop rock pula menerusi lagu Destinasi Cinta. Seperti minggu lalu, Siti berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap lagu dan persembahan Siti. Jika ada rezeki tidak ke mana tetapi jika lagu tersebut gagal ke akhir, masih banyak misi dan visi Siti dalam bidang seni yang perlu diteruskan di hadapan ini.

Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu “Hadiah Daripada Hati”. Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran “Hadiah Daripada Hati”‘ dengan hati yang lapang.

Ramai yang bertanyakan tentang pemergian Siti ke tanah suci, InsyaAllah doakan agar Siti selamat pergi dan pulang. Doa anda semua Siti harapkan agar segala urusan Siti di tanah suci berjalan dengan baik dan lancar. Moga setiap seorang daripada kita akan diberikan kelapangan untuk menjejakkan kaki ke sana dan menemui PenciptaNya.

Salam manis buat anda semua. Wassalam.
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


 
Nov
21
    
Posted (admin) in mStar online, Career on November-21-2007

19-11-2007 01:13:45 PM
oleh WAHIDA ASRANI

SATU keputusan yang agak memeranjatkan apabila kemunculan semula Datin Seri Siti Nurhaliza di dalam program Muzik-Muzik nampaknya telah menghampakan peminat-peminatnya apabila penyanyi nombor satu negara itu gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) bagi kategori Balada.

Siti yang kembali beraksi pada pertandingan berprestij ini mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan liriknya hasil nukilan Tessh RS pada peringkat separuh akhir kategori tersebut yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Lagu Bisakah dikatakan tidak cukup ‘kuat’ untuk layak ke final AJL22 (foto The Star oleh Kamarul Ariffin)

Namun, nasib tidak menyebelahi Siti apabila dia tewas di tangan penyanyi-penyanyi ‘junior’ lain walaupun Siti sebelum ini memang disebut-sebut bakal layak ke peringkat akhir AJL22 yang akan diadakan pada awal Januari depan, mengiringi empat buah lagu lain.Jika ingin dinilai berdasarkan persembahan malam tadi, Siti mungkin mempunyai peluang cerah untuk mara, tetapi ini adalah pertandingan yang memartabatkan lagu-lagu yang terbaik dan hanya 30 peratus saja daripada markah keseluruhan diperuntukkan pada aspek persembahan.

Sememangnya ramai yang berasa hampa apabila Siti gagal ke final dan tidak kurang juga ada juga yang membuat spekulasi bahawa Siti sendiri telah menjangkakan kekalahannya pada malam itu kerana penyanyi tersebut tidak dilihat berada di pentas ketika pengumuman lagu-lagu yang layak dibuat.

Apapun, Siti sebenarnya terpaksa bergegas ke majlis lain sebaik dia selesai membuat persembahan malam tadi.

Mengulas mengenai kegagalan penyanyi tersohor itu ke final AJL22, kata Azhar Borhan, lagu Bisakah sememangnya tidak begitu strong berbanding lagu-lagu lain yang terpilih.

“Kami menilai lagu-lagu ini dengan mengambil kira aspek kreativiti, keberkesanan dan

Dua buah lagu Faizal Tahir terpilih

keasliannya. Terus-terang saya katakan, lagu Bisakah sebelum ini memang tidak berada di dalam top 5 sewaktu kami membuat penilaian lagu-lagu tersebut.”Lagu ini tidak mencapai tahap lagu-lagu Siti yang pernah dipertandingkan di dalam Juara Lagu sebelum ini. Ia tidak begitu ‘kuat’,” ujar Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan yang ditemui sejurus selepas program tersebut.

Lima buah lagu yang berjaya menyaksikan dua daripadanya didominasikan oleh bintang baru, Faizal Tahir menerusi lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Shah Shamshiri dan Kasih Tercipta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba yang merupakan lagu tema filem Waris Jari Hantu.

Turut layak ke peringkat akhir bagi kategori ini adalah lagu Harapan, nyanyian Fazli Zainal, ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Hazami dan Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak yang dipersembahkan oleh Sahri, menggantikan penyanyi asalnya, Kaer.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad (menggantikan Rio Febrian) yang membawakan lagu Ceritera Cinta, ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan turut membawa tuah apabila layak ke AJL22 kelak.

Lagu-lagu lain turut dipertandingkan pada malam itu ialah Andainya ciptaan Hadi Hassan dendangkan Nieyl, Hilang ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Bash, dipersembahkan oleh Diddy, Paluan Rindu Mu nyanyian Idayu dan ciptaan oleh M.Nasir dan lirik oleh Keon serta Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik oleh Loloq, yang dinyanyikan oleh Fazli Zainal.


Jaclyn Victor dan Lah Ahmad (menggantikan Rio Febrian) yang membawakan lagu Ceritera Cinta, ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan turut membawa tuah apabila layak ke AJL22 kelak

Kesemua lagu tersebut telah diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil Johary Johar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan Azhar Borhan.

Apapun, kegagalan Siti pada kategori Balada ini bagaimana pun mungkin boleh ditebus semula andai kata lagu Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zen dan lirik oleh PSSN yang akan berentap pada peringkat separuh akhir kategori Pop Rock minggu hadapan menerima nasib yang berbeza!

Dalam pada itu, peringkat separuh akhir Balada malam tadi sememangnya menyaksikan saingan lagu yang cukup sengit.

Lima buah lagu yang layak itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan Faizal Tahir dilihat cukup bertuah apabila kedua-dua buah lagu yang dipertandingkan mara ke final, walaupun jangkaan ramai pada mulanya meramalkan Faizal mampu menempah tempat ke peringkat akhir untuk salah sebuah lagunya sahaja.

Fazli Zainal yang juga mempertaruhkan dua buah lagu ciptaan Hazami malam tadi berjaya dengan salah satu daripadanya.


Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak yang dipersembahkan oleh Sahri, menggantikan penyanyi asalnya, Kaer juga mara ke peringkat akhir AJL

Begitu juga dengan penyanyi ‘gantian’ Sahri dan Lah Ahmad yang berjaya ke AJL22 atas tiket kekuatan lagu yang dipersembahkan. Atau mungkin juga dua penyanyi ini akan ‘menyerahkan’ semula lagu tersebut kepada penyanyi asal pada peringkat akhir nanti?

“Ia bergantung kepada pencipta lagu dan penyanyi itu sendiri. Kita tidak pernah meletakkan syarat bahawa penyanyi ‘ganti’ ini perlu teruskan pada final nanti.

“Sama ada Kaer akan kembali menyanyikan lagunya di peringkat akhir nanti dan Rio Febrian akan sertai Jac kelak, itu terpulang kepada mereka sendiri untuk berbincang,” kata Azhar.

Komen finalis:

Faizal Tahir

“Antara dua buah lagu saya yang dipertandingkan, saya tidak terfikir langsung lagu mana antara dua itu mempunyai potensi untuk layak ke final kerana kedua-dua lagu tersebut memang mendapat sambutan ramai.

“Bila kedua-duanya terpilih ke final, ia memang satu keputusan di luar jangkaan saya. Memang satu cabaran yang besar untuk saya kerana dua buah lagu ini memang mempunyai tahap kesukarannya yang tersendiri. Saya kena betul-betul fokus.”

Jac:

“Semua lagu yang bertanding amat hebat dan saya hanya cuba lakukan yang terbaik. Sama ada saya akan terus mengambil Lah untuk gantikan Rio, semua itu saya belum fikirkan lagi.

“Rio tidak dapat turut serta malam ini kerana komitmen kerja. Tetapi, apapun, saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengan Lah di final. Lagipun, saya tidak pernah buat persembahan bersama dengan Rio pun sebelum ini walaupun itu adalah lagu duet kami.

“Kemungkinan besar, saya akan teruskan dengan Lah.”

Sahri:

“Berat sebenarnya bawakan lagu orang kerana pastinya ramai yang sudah terbiasa dengar versi yang dinyanyikan oleh penyanyi asal. Saya akan berbincang dengan Azlan dan Kaer, jika mereka mahukan Kaer menyanyi pada final nanti, saya terima saja.

“Begitu juga sebaliknya. Saya terima apa saja keputusan yang dibuat nanti. Yang bertanding adalah lagu, kami hanya menyampaikan saja.”

Fazli Zainal:

“Malam ini saya bawakan dua buah lagu daripada pencipta yang sama. Seperti mana Faizal, saya juga tidak menekankan mana-mana lagu tersebut dapat ke final. Terpilih salah satu pun sudah cukup bernasib baik.”

sumber: mStar online

_________________________________

Ingat nama Azhar Borhan ni.


 
Nov
20
    
Posted (admin) in berita harian online, Career on November-20-2007

Oleh Farihad Shalla Mahmud


BERJAYA: Lima finalis kategori Balada yang berjaya ke peringkat akhir. Dari kiri: Sahri, Lah, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Fazli Zainal.

KEPUTUSAN pertandingan peringkat separuh akhir Muzik-Muzik yang berlangsung malam kelmarin barangkali mengejutkan sebilangan besar peminat Datin Seri Siti Nurhaliza apabila penyanyi kesayangan mereka itu gagal mara ke Anugerah Juara Lagu ke-22.

Bisakah, yang menjadi pertaruhan Siti untuk kategori Balada menjadi ‘tidak bisa’ apabila lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Tessh RS itu gagal memenangi hati juri untuk turut menyenaraikan lagu itu sebagai finalis AJL22.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah peminat penyanyi nombor satu negara itu apabila nama Siti yang mereka laungkan sebagai peserta terakhir yang bakal bergelar finalis tidak menjadi kenyataan. Apa sudah berlaku? Apakah persembahan Siti malam itu tidak cukup mantap ataupun lagu itu sendiri mempunyai kelemahan.

Bukan cuba mempertikaikan kredibiliti juri ataupun bersikap bias dengan mempersoalkan keputusan yang sudah pun dibuat namun kegagalan Siti menerusi kategori Balada menimbulkan tanda tanya kerana apa yang diketahui kategori itu adalah kubu kebalnya. Sejarah pernah membuktikan bahawa selama lapan tahun bertanding ke peringkat akhir, tujuh tahun berturut-turut lagu balada nyanyiannya berjaya meloloskan diri sebagai finalis AJL.

Mungkin pihak juri mempunyai jawapan mengapa ini boleh berlaku. Ketika diajukan pertanyaan ini kepada Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan yang juga Ketua Juri, jawapan yang diterima cukup ringkas iaitu juri bersepakat mengatakan lagu Bisakah kurang memberi kesan kepada mereka.

“Rumusan yang kami buat adalah lagu itu kurang impak. Kami pernah dengar lagu nyanyian Siti ketika AJL sebelum ini dan kami dapati Bisakah tidak sehebat lagu itu. Malah, ketika kami menilai untuk peringkat saringan, lagu ini sebenarnya bukan berada di dalam kumpulan yang kami rasakan layak ke peringkat akhir. Jadi, itulah sebabnya mengapa Bisakah gagal ke peringkat akhir,” jelas Azhar sejurus selepas pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik itu berakhir.

Azhar juga meminta supaya media tidak membuat sebarang spekulasi mengenai ketiadaan Siti sewaktu pengumuman keputusan dilakukan kerana menurutnya, Siti perlu menghadiri persembahan yang sudah pun dipersetujui awal.

“Sewaktu acara cabut undi kedudukan persembahan tempoh hari, Siti mendapat tempat kedua dari bawah. Memandangkan dia terbabit dalam persembahan lain pada malam ini, jadi kami menukarkan tempatnya dengan Faizal Tahir. Dan selepas menyanyi, Siti terpaksa meninggalkan acara lebih awal untuk komitmen itu,” ujar Azhar sekali gus menafikan ketiadaan Siti disebabkan penyanyi itu kecewa kerana gagal ke peringkat akhir AJL22.

Ditanya penilaiannya terhadap lagu yang tersenarai ke peringkat akhir, Azhar berpuas hati kerana ada di antara lagu yang tersenarai berada dalam kumpulan yang mereka sifatkan layak.

“Kami dapati, kumpulan yang tersenarai sama dengan susunan yang kami buat pada peringkat saringan awal. Cuma yang di bawah itu kami kurang pasti. Apa yang penting persembahan malam ini menentukan sama ada mereka tersenarai sebagai finalis atau sebaliknya kerana ia juga memberi kesan,” katanya.

Mengulas dakwaan ramai produk Media Prima tersenarai sebagai finalis untuk kategori ini, jawab Azhar, apa yang berlaku adalah secara kebetulan.

“Lagipun mereka yang terpilih ini bukan calang-calang. Sebagai bukti, persembahan mereka malam ini cukup hebat. Itu yang penting,” Azhar memberikan jawapan selamat sebelum terjerat dalam kancah kontroversi.

Mengenai apakah pendirian TV3 jika ada penyanyi asal lagu yang berjaya ke peringkat akhir ingin menyanyikan lagu itu kembali, Azhar berkata TV3 menyerahkan perkara itu kepada budi bicara komposer.

“Terserah pada komposer untuk memilih siapakah yang mereka inginkan menyanyi lagu itu di peringkat akhir nanti. Bagi pihak kami, tiada halangan apa-apa,” ujarnya.

Angin perubahan kategori Balada

BAGAIKAN berjanji, kategori Etnik Kreatif yang berlangsung minggu lalu dikuasai penyanyi senior manakala kategori balada pula didominasi penyanyi junior. Sebagai contoh nama seperti Faizal Tahir, Sahri, Fazli Zainal adalah muka baru yang pertama kali menjejakkan kaki di pentas berprestij AJL.

Barangkali inilah angin baru yang dikehendaki peminat yang menjalankan tugasnya setiap minggu memilih lagu bagaimana yang mereka ingin lihat bertanding di peringkat akhir AJL. Berkongsi pendapat mengenai situasi itu, Faizal berkata apa yang dilakukan TV3 itu adalah adil dan praktikal.

“Sistem undi yang diperkenalkan membuatkan peminat bebas memilih senarai pencalonan yang mereka inginkan. TV3 memberi kebebasan untuk mereka mengundi lagu mengikut cita rasa mereka sendiri. Itu memang bagus,” kata naib juara program realiti One In A Million ini.

sumber: berita harian


 
Nov
19
    
Posted (admin) in The New Straits Times, Career on November-19-2007

Email to friend Email to Friend         Print article Print Article

SHAH ALAM: It was a surprising exit for famed songstress Datuk Siti Nurhaliza who failed to march on to the finals of the Anugerah Juara Lagu last night after a two-year absence from the competition.

The songbird, who sang Bisakah (composed by Aubrey Suwito and Tessh R.S.) failed to capture the hearts of the judges.

But while it was not a good outing for the superstar, it was a night which left another contestant “speechless”.

Faizal Tahir made it to the finals with two songs — Kasih Tercipta (composed by Ajai and Shuhaimi Baba) and Maha Karya Cinta (Audi Mok and Shah Shamshiri).

“I am speechless. I simply cannot say anything at the moment.

“I would just like to thank the composers for such great songs,” said the elated singer.

The other three songs which made it to the finals are Izinku Pergi (sung by Sahri, composed by Azlan Abu Hassan and Sulu Sarawak), Ceritera Cinta (sung by Jaclyn Victor and Lah, composed by Ross Ariffin and Habsah Hassan) and Harapan (sung by Fazli Zainal, composed by Hazami).

The last round of the AJL semifinal will be held on Nov 25 for the Pop/Rock category.

 

source: the new straits times

 


 
Nov
18
    
Posted (admin) in mStar online, Career on November-18-2007

19-11-2007 12:51:07 AM
oleh WAHIDA ASRANI

SHAH ALAM: Setelah dua tahun tidak bertanding, kemunculan semula Datin Seri Siti Nurhaliza di dalam Muzik-Muzik tidak ‘menjadi’ apabila beliau gagal terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) bagi kategori Balada.

Siti yang kembali beraksi pada pertandingan berprestij ini mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan liriknya hasil nukilan Tessh RS pada peringkat separuh akhir kategori tersebut yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam ini.

Lima buah lagu yang layak ke AJL22 yang bakal berlangsung awal Januari depan menyaksikan dua daripadanya didominasikan oleh bintang baru, Faizal Tahir menerusi lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Shah Shamshiri dan Kasih Tercipta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba yang merupakan lagu tema filem Waris Jari Hantu.

Turut layak ke peringkat akhir bagi kategori ini adalah lagu Harapan, nyanyian Fazli Zainal, ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Hazami dan Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak yang dipersembahkan oleh Sahri, menggantikan penyanyi asalnya, Kaer.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad yang membawakan lagu Ceritera Cinta, ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan turut membawa tuah apabila layak ke AJL22 kelak.

Lagu-lagu lain turut dipertandingkan pada malam itu ialah Andainya ciptaan Hadi Hassan dendangkan Nieyl, Hilang ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Bash, dipersembahkan oleh Diddy, Paluan Rindu Mu nyanyian Idayu dan ciptaan oleh M.Nasir dan lirik oleh Keon serta Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik oleh Loloq, yang dinyanyikan oleh Fazli Zainal.

Kesemua lagu tersebut telah diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil Johary Johar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3Azhar Borhan.

sumber: mStar online


 
Nov
18
    
Posted (admin) in Career on November-18-2007

Siti Nurhaliza just performed Bisakah at Muzik-Muzik Separuh Akhir. She is the second to perform tonight. We’ll update as the event continues..

Updated: Siti wore an ensemble of black, red and orange. Her microphone is said to be encrusted with diamonds.

Updated #2: Here is the pic, courtesy of JDF from forum cari

updated #3: Bisakah didn’t make it to the final.

updated #4: siti is said rushing out of the event to the studio, presumably to record a new track.


 
Nov
17
    
Posted (admin) in harian metro online, Career on November-17-2007

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Rap
KEMUNCULAN Datin Seri Siti Nurhaliza kembali memeriahkan Muzik-Muzik selepas dua tahun menyepi daripada pertandingan lagu anjuran TV3 dikatakan bakal melalui jalan mudah untuk menempah lima lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22), esok.

KEMUNCULAN Datin Seri Siti Nurhaliza kembali memeriahkan Muzik-Muzik selepas dua tahun menyepi daripada pertandingan lagu anjuran TV3 dikatakan bakal melalui jalan mudah untuk menempah lima lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22), esok.

Siti yang sering mendominasi AJL sejak 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan, kembali tahun ini mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Tessh RS untuk berentap dalam separuh akhir kategori balada. Ia disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Meskipun sudah setahun berkahwin, ternyata populariti yang diraihnya tidak pernah luntur. Sebaliknya kelunakan vokal dan penghayatan lagunya kian meningkat dan dikagumi ramai.

Naib johan One In A Million (OIAM), Faizal Tahir yang pertama kali menyertai AJL juga diramal mempunyai peluang cerah apabila dipertanggungjawabkan menyampaikan lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik Mohd Shariza Shamsiri dan Kasih Tercipta (Ajai/Shuhaimi Baba).

Walaupun kedua-dua lagu yang dinyanyikannya sama hebat dan mendapat sambutan ramai, populariti Mahakarya Cinta yang dinyanyikannya ketika pertandingan akhir OIAM dikatakan lebih menonjol berbanding lagu Kasih Tercipta yang menjadi tema filem Waris Jari Hantu.

Selain Faizal, Fazli Zainal juga muncul dengan dua lagu, Harapan ciptaan dan lirik Hazami serta Sejuta Nafas Cinta (Hazami/Loloq). Pun begitu, lagu berirama perlahan, Harapan lebih mendapat perhatian ramai berbanding Nafas Cinta.

Walaupun agak mendayu, Harapan sering dimainkan di radio kerana liriknya yang mudah difahami dan melodi yang indah.

Dua lagi lagu dijangka mara ke peringkat akhir ialah Hilang ciptaan Audi Mok dan lirik Bash yang dinyanyikan Diddy serta Ceritera Cinta (Ross Ariffin/Habsah Hassan), dinyanyikan Jaclyn Victor dan Rio Febrian.

Hilang dan Ceritera Cinta mempunyai harapan bukan saja kerana menampilkan irama segar, juga melodi baru yang disifatkan unik dan lain daripada biasa.

Lagu Andainya nyanyian Nieyl (Hadi Hassan/J Looi) dan Paluan Rindu Mu nyanyian Idayu (ciptaan M Nasir/lirik Keon) tidak wajar dipandang sebelah mata.

Begitu juga lagu Izinku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Sulu Sarawak, nyanyian asal Kaer tetapi akan dinyanyikan Sahri kerana Kaer melanjutkan pelajaran di Jakarta, Indonesia. Jika tahun lalu Azlan menang besar dengan lagu Terlalu Istimewa (Adibah Noor), lagu ini juga mempunyai kelebihan tersendiri dan bakal memberi saingan sengit.

Walaupun pertambahan bilangan lagu kategori balada yang layak ke peringkat akhir bertambah daripada empat kepada lima tahun ini, ia tidak bermakna juri mengambil mudah soal pemarkahan kerana penilaian tetap sama dan saingan yang ditonjolkan peserta memang sengit.

Biarpun separuh akhir balada kali ini banyak menampilkan penyanyi muda, ia tidak bermakna kualiti mereka rendah dan persembahan ‘ala kadar’ saja. Terbukti lagu nyanyian mereka mendapat sambutan ramai dan sering menjuarai pertandingan seumpamanya sebelum ini.

Sekalipun ramalan awal mengatakan lagu Bisakah, Mahakarya Cinta, Harapan, Hilang dan Ceritera Cinta bakal mara ke peringkat akhir, lagu lain juga mempunyai kekuatan tersendiri dan sukar sebenarnya membuat telahan awal.

Persembahan peserta malam esok akan dinilai juri profesional terdiri daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh, penulis lirik Amran Omar bersama tiga komposer, Iman Wan, Khairil Johary Johar dan Edry KRU serta Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan selaku ketua juri.

sumber: harian metro


 
Nov
16
    
Posted (admin) in The Electric New Paper, Personal Siti on November-16-2007

Touched by heart transplant patient, Siti Nurhaliza urges Malaysian public to donate their organs
November 16, 2007

SHE has to wear a mask in the presence of visitors.

Click to see larger image

Still, there was no mistaking the joy on the face of Malaysia’s heart transplant girl Tee Hui Yi when she met her idol, Siti Nurhaliza, on Tuesday morning.

Hui Yi’s eyes sparkled when Malaysia’s pop sensation showed up at the National Heart Institute.

Hui Yi was speechless. The 14-year-old had only learnt about the visit a while ago, reported The Star.

‘Have you had your breakfast?’ asked Siti, breaking the ice.

Hui Yi giggled and nodded her head.

Accompanied by her parents, Hui Yi was initially shy and hid behind her mother.

After both warmed up to each other, the star invited Hui Yi to attend her concert after she has fully recovered.

The young fan quickly wrote down her contact number and passed it to the artiste, adding: ‘I hope you will continue singing.’

The Malaysian pop queen was touched by Hui Yi’s courage and determination, and cried during the visit, reported The Star.

The two then posed for pictures together and exchanged a warm hug.

‘I am praying for your speedy recovery and I hope to see you at my concert very soon,’ she told Hui Yi.

Siti, who was accompanied by MCA deputy president Chan Kong Choy and his wife, Datin Seri Ann Chan, presented the girl with an autographed copy of her latest album, Pastikan, before she left.

The Chans gave the teenager a stalk of purple orchid, a basket of fruits and a handbook on qi gong.

Siti told reporters that she had wanted to meet Hui Yi after learning of the girl’s wish to see her.

Since Hui Yi’s story made the headlines last month, more donors have come forward to pledge their organs.

Datuk Seri Chan had called Siti’s husband, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, on Monday night to make the arrangements for the visit.

‘I am happy to see Hui Yi making good progress. She is a very cheerful and strong girl,’ added Siti, urging the public to pledge their organs for donations after their deaths.

NEW LIFE

‘Do not hesitate as it could bring a new life for those in need,’ she said.

Hui Yi had received a heart from a 15-year-old boy diagnosed as brain dead on 4 Oct.

But soon after the operation, her body started rejecting the new heart.

The next day, she got the heart of a 20-year-old mechanic who was declared brain dead after a road accident in Johor Baru.

Hui Yi is due to be discharged from the hospital in two weeks.

source: the electric new paper