|
|
|
|
|
Siti-Datuk K raikan cinta…
27-08-2007 11:48:00 AM
oleh WAHIDA ASRANI
“Kita semua dijadikan di dalam dunia ini berpasangan dan hari ini saya gembira kerana pasangan saya ada di sebelah saya,” - itulah luahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada majlis sambutan ulangtahun pertama perkahwinannya dan suami, Datuk Khalid Mohammad Jiwa yang diadakan di Hotel One World, Bandar Utama, Jumaat lalu.
Terasa begitu pantas masa berlalu. Pastinya ramai yang masih mengingati tarikh 21 Ogos tahun lalu di mana penyanyi pujaan ramai ini selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya itu dengan mendapat liputan media yang cukup hebat.
Begitu juga dengan dua buah majlis persandingan pasangan ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan di kampung halaman Siti, Kuala Lipis, Pahang di mana perkahwinan mereka turut dinobatkan oleh banyak pihak sebagai Wedding of the Year.
Mungkin bagi sesetengah pihak, usia setahun itu masih terlalu awal dan banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi di alam perkahwinan ini. Malah, bagi Siti sendiri, dia tidak menafikan perkara itu ada benarnya.
Namun, bagi penyanyi berusia 28 tahun ini, ulangtahun pertama di dalam sesebuah perkahwinan sebenarnya amat istimewa.

Siti dan suami, Datuk K tiba di majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
“Ramai orang cakap, ulangtahun yang pertama patut diraikan. Sebab itu kami adakan majlis ini. Kami nak buat majlis ini secara santai sahaja, tetapi tidak sangka pula jadi ‘grand’ macam ni.
“Pada 20 Ogos lalu, kami sempat juga buat kenduri kesyukuran dan majlis hari ini pula sengaja kami lakukan pada hari Jumaat, supaya lebih diberkati.
“Walau bagaimanapun, saya sedar perjalanan masih jauh dan saya akan cuba jaga hubungan ini hingga ke akhir hayat,” kata Siti yang kelihatan anggun dengan dress rekaan Datuk Bernard Chandran.
Bertemakan retro, tidak dinafikan walaupun majlis ulangtahun pertama perkahwinan pasangan ini dijalankan di dalam suasana yang sederhana, tetapi ia tetap meriah lebih-lebih lagi rata-rata tetamu hadir mengikut tema yang ditetapkan.
Majlis yang dihoskan oleh Ally Iskandar itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, termasuklah ibubapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik, abang dan kakak iparnya, Ayie dan Rozie serta adik perempuannya, Siti Saerah.
Mereka juga ditemani ibu Khalid, Zainab Hanapi, tiga orang anaknya, Mohd Adib, 16, Mohd Ashraf, 14, dan Mohd Azif, 9 serta kakak Khalid sendiri, Zaiton Mohammad Jiwa yang menjadi antara ’orang penting’ majlis tersebut.
Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah kenalan pasangan tersebut, termasuklah rakan-rakan artis seperti Ning Baizura dan tunang, Chris, Linda Onn, Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Fasha Sandha, Ezlynn, Hattan dan Juliza Adlizan.

Acara memotong kek turut disertai oleh ibubapa Siti yang juga bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-39 pada 28 Ogos ini (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
Selain dihiburkan dengan persembahan oleh artis-artis seperti Fazli Zainal, Ning, Hattan, kumpulan Lips, Amir Sofaz dan pelajar-pelajar MyStarz LG, majlis malam itu turut bertukar kepada suasana romantis tatkala koleksi peribadi gambar pasangan ini ditayangkan di skrin besar dengan diiringi lagu-lagu yang cukup membuai jiwa.
Terbukti, masih utuh kasih sayang antara mereka walaupun alam rumahtangga pasangan ini belum lagi dilengkapi dengan cahayamata.
Begitu juga dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan buat pasangan ini sepanjang setahun usia perkahwinan mereka, tidak langsung dilihat menjejaskan rumahtangga mereka. Begitulah kuatnya ‘penangan’ cinta Siti dan Datuk K!
Pada acara memotong kek, pasangan tersebut juga disertai oleh ibubapa Siti yang juga bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-39 pada 28 Ogos ini.
“Memang tidak sangka langsung majlis ulangtahun kami boleh jadi semeriah ini. Selain untuk menyambut anniversary, kami juga adakan majlis ini sebagai tanda terima kasih kami kepada semua yang terlibat pada majlis perkahwinan kami tahun lalu,” kata Khalid.
Siti sendiri turut menyanyikan beberapa buah lagu di akhir majlis tersebut, antaranya I Will Always Love You dan Mencintaimu.
“Saya ingat nak berehat saja malam ini, tetapi memang betul la kalau sudah jadi penyanyi, memang kena menyanyi juga tidak kiralah di mana pun,” ujar Siti berseloroh.
Tarudin Ismail (bapa Siti):
“Semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga dianugerahkan tuhan dengan cahayamata.”
Zainab Hanapi (ibu Khalid):
“Semoga dipanjangkan umur dan kalau boleh, Mak nak sangat terima cucu cepat-cepat.”
sumber: mStar online
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Siti berbahagia
Selasa lalu (21 Ogos) genaplah setahun usia perkahwinan diva nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dengan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa.
Sempena setahun usia perkahwinan mereka, Siti dan Khalid jemput hantar kad jemput semua kawan-kawan artis dan orang media meraikan majlis berkenaan di Hotel One Utama, Damansara, Selangor yang disambut lewat tiga hari.
Joyah tak mahu kata apa-apa cuma ingin mengucapkan selamat panjang umur buat Siti dan Datuk K. Sepanjang setahun melayari bahtera perkahwinan itu, kedua-dua pasangan tersebut telah melalui macam-macam dugaan pahit dan manis dalam hidup mereka.
Daripada berita mereka tak bahagia sehinggalah berita terbaru kononnya Siti dimasukkan ke hospital kerana dipukul oleh Datuk K. Semua itu cerita bohong yang nak menjatuhkan kedua mereka.
Bukannya mudah menjadi Siti. Joyah tahu sangat bagaimana Siti melalui detik-detik kepayahan hidupnya dari mula jadi artis sehinggalah selepas berumah tangga.
Cuma Joyah gembira selepas setahun usia perkahwinan itu, mereka dapat mengharungi detik gembira dengan sebaik mungkin.
‘‘Rezeki Siti lepas kahwin pun murah. Mereka memang nampak bahagia sangat,’’ kata seseorang. Joyah akui kata-kata itu. Tahniahlah buat Siti dan Datuk K.
Cuma Joyah tak sabar nak tengok Siti pakai tudung seperti yang pernah Siti janjikan tak lama dulu. Adakah mungkin selepas Siti menunaikan haji nanti?
Apa-apa pun terima kasih kepada Siti kerana sudi jemput Joyah dan kawan-kawan Joyah untuk meraikan ulang tahun sambutan hari bahagia Siti itu Jumaat lalu.
sumber: utusan malaysia online
|
|
|
|
|
|
Posted ( admin) in Career on August-23-2007
|
|
Our friend Sinister from sinisterworld.com generously shared with us some pic of Siti at Gegar U Final Concert. Click more to see more pics of siti!
Read the rest of this entry »
|
|
|
|
|
|
|
|

Bersama Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Juwitaku Sayang
Ahmad Jais juga tidak lupa melontarkan lagu Azizah ciptaan Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dirakamkannya pada tahun 1967.
“Kami di bawah satu syarikat iaitu EMI dan satu hari saya bertemu dengannya dan meminta izin untuk merakamkan lagu itu.
“Saya kata kepadanya, ‘abang, saya nak rakam lagu Azizah. Dia kata, baguslah, boleh abang dapat royalti.’”, cerita Ahmad Jais mengimbau kenangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
By YENG AI CHUN
THEY were united and show-ed that they were not afraid to ‘Gegar’ (rock) the Penang International Sports Arena (PISA) with their enthusiastic songs.
More than 5,000 students from 14 universities turned up for the star-studded concert during the finale of the Gegar U! Colours of Our Nation – A Symbol of Unity programme – held on Saturday night.
The event, which was telecast live in Brunei and Malaysia via ASTRO, had an impressive line up of stars to thrill the audience.
Even before the start of the concert, the students were enthusiastically beating their blue Celcom cylinder balloons and performing Mexican waves while cheering their teams.
The students dressed in black Gegar U! T-shirts, proved to be a ‘sporting’ audience.
 |
Building up unity:Varsity students turn up at Penang International Sports Arena for Gegar U!programme.
|
 |
Keep it up:Abdullah presenting a mock cheque for RM5,000 to a representative of Universiti Utara Malaysia for winning the ‘Pictures of Unity’ competition.With them are Jeanne(third right),Nori(right),Dr Koh and Jahara.
|
 |
Star of the night:Siti Nurhaliza and her backup singers entertaining the crowd.
|
The event, which was mainly hosted by Linda Onn and Aznil Nawawi, had the crowd screaming and cheering at their favourite stars.
The concert had pop, rock, ballads, traditional songs, nasyid and even a monologue. Songs in Bahasa Malaysia, English, Chinese and Tamil were sung to reflect the message of the programme, which is ‘A symbol of Unity’.
Akademi Fantasia 2 winner Zahid thrilled the crowd with his nifty moves when he belted out Justin Timberlake’s ‘My Love’ and ‘Sexy Back’.
Audience were brought back to the a-go-go era by Akademi Fantasia 5 student Shawal when he sang ‘Kenangku’ and ‘Oh Fatima’.
Male dancers in chequered pants and sweater and female dancers with bee hive hair-dos provided the nostalgic feel during his performance.
Newly crowned Astro Talent Quest 07 winner Zax performed a Mandarin song ‘I understand’ while Vimal sang a Tamil song.
During Fauziah Nawi’s monologue, the concert veered to a different mood. Nevertheless, she earned a thunderous applause from the audience when she capped the end of the performance with a soulful rendition of a song with Lia.
Meanwhile, local band Estrange had the crowd singing along with them during the rendition of their hit ‘Itu Kamu’.
But the star that stole the show that night was Datuk Siti Nurhaliza who was dressed smartly in a dark grey pantsuit and scarf.
She sang ‘Hidup Penuh Bicara’ and briefly disappeared before coming back to stage to sing the finale ‘Warna-warna Malaysiaku’ with all the artistes who performed that night.
The finale had everyone on their feet and waving a mini Jalur Ge-milang.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who closed the event, his wife Datin Seri Jeanne Abdullah, Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Yayasan Budi Penyayang Malaysia chairman Nori Abdullah, Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed, Minister in the Prime Minister’s department Datuk Dr Maximus Ongkili and Penang executive councillor Datuk Jahara Hamid, who was the chairman of the coordinating committee, also stood up and waved their mini Jalur Gemilang to beat of the song.
Winners of the Gegar U! Unity in Music band competition also performed during the concert.
The two-week-old band from Universiti Sabah Malaysia (UMS) won RM16,000 for their first time effort.
Band leader Moses De Silva, 24, said they did not expect to win as they were only set up two weeks before the competition.
“We came, we played, we won and we don’t know what we are going do (after this),” jested Moses.
He said half the money would go to the university while the remaining RM8,000 will be split among the five members.
The event was organised by Yayasan Budi Penyayang and the Higher Education Ministry, and sponsored by International College of Music (ICOM).
It was held in conjunction with the country’s 50 years of nationhood.
The Star, RTM and Utusan Malaysia were among the official media partners for the three-day event.
source: The Star online
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Kami semakin bahagia’
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Majlis ulang tahun pertama perkahwinan Siti, Khalid imbau nostalgia detik bersejarah 21 Ogos 2006
BEGITU pantas masa berlalu dan tanpa disedari usia perkahwinan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa mencecah angka setahun tanggal 21 Ogos lalu. Rasanya, bagai semalam menyaksikan Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K menggenggam tangan Tok Kadi, melafazkan ijab kabul, menerima Siti sebagai permaisuri dalam hidupnya.
Namun, putaran masa meninggalkan jauh nostalgia itu. Dan Jumaat lalu, pasangan romantis ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dalam suasana yang cukup meriah dengan diraikan ramai tetamu kehormat, kenalan serta rakan artis. Dewan hotel One World, yang menjadi saksi acara bersejarah itu dihias indah mengikut tema yang dipilih iaitu Retro.
Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam dewan, kelihatan wajah pasangan popular ini diabadikan dalam pelbagai gaya sebagai hiasan pentas yang dilatari rona warni-warni sekali gus menggambarkan kehidupan alam berumahtangga Siti yang penuh warna-warni.
Seperti majlis perkahwinan mereka terdahulu, orang yang bertanggungjawab mereka dan menghias dewan itu adalah orang yang sama menjadi perunding perkahwinan mereka iaitu Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems.
Melewati angka 9 malam, barulah acara bermula di mana pasangan sama cantik sama padan ini masuk ke dalam dewan dengan diiringi tetamu kehormat yang lain serta ahli keluarga masing-masing. Kehadiran mereka terus menjadi tumpuan apabila kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna biru hasil sentuhan Datuk Bernard Chandran.
Melihat kepada raut wajah Siti malam itu, nyata kebahagiaan yang dicari-cari selama ini sudah pun ditemui dalam diri suami kesayangannya itu. Malah, wajah jelitanya yang tidak henti-henti mengukir senyuman itu sudah cukup menghantar syarat bahawa dirinya memang bahagia sekali gus melenyapkan pelbagai fitnah yang pernah singgah dalam hidup mereka sebelum ini.
“Setiap insan dalam hidup ini dijadikan Tuhan berpasang-pasangan dan Siti bersyukur kerana lelaki yang berdiri di sebelah Siti malam ini adalah pasangan Siti. Siti akui perjalanan kami masih jauh dan Siti harap pada anda semua, doakan yang terbaik buat kami berdua semoga dimurahkan rezeki dan dapat bertemu lagi dalam majlis seperti ini pada masa akan datang,” luahnya ketika memberi ucapan ringkas dalam majlis itu.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini berkata, sambutan itu sengaja dibuat pada hari Jumaat semata-mata kerana ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.
“Sebenarnya saya hendak buat majlis ini secara sederhana saja tetapi tak sangka pula boleh jadi sehebat ini. Apapun saya ucapkan terima kasih pada kakitangan SNP Production dan ACE Group kerana tanpa usaha mereka majlis ini tidak mungkin akan menjadi sehebat ini.
“Walaupun Siti bernikah pada 21 Ogos dan majlis di KLCC pada 28 Ogos, namun Siti sengaja memilih hari Jumaat kerana ingin mendapat berkat daripadaNya dan Siti juga terharu kerana walaupun terpaksa meredah kesesakan jalan raya, anda semua sanggup datang untuk meraikan kami,”ujar Siti sambil memberitahu ulang tahun pertama perkahwinan memang wajar diraikan buat semua pasangan suami isteri.
Bagi mengimbau kenangan setahun lalu, tetamu yang hadir secara eksklusif turut disajikan dengan tayangan klip video serta foto majlis perkahwinan Siti dan Khalid serta aksi romantis mereka sewaktu bercuti di luar negara. Bukan itu saja, Siti dan Khalid turut menerima kejutan apabila keluarga dari kedua-dua belah pihak serta kenalan turut memberi ucapan selamat kepada mereka.
Tidak lengkap rasanya majlis itu andai suara gemersik Siti tidak berkumandang malam itu dan jika di hari persandingannya Siti memilih lagu Cahaya Cinta tetapi untuk acara ini, Siti mengalunkan lagu romantis yang pernah dipopularkan oleh Whitney Houston berjudul, I Wiill Always Love You.
Sememangnya, itulah juga perasaan Siti terhadap suami tercinta dan tidak hairanlah andai penghayatan Siti ketika menyampaikan lagu itu sedikit luar biasa. Pada majlis itu, Siti turut mengundang sepupunya yang pernah menyanyi bersama-samanya sewaktu kecil dulu, menerusi lagu Mencintaimu.
Acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan rakan artis yang lain seperti Ning Baizura, Fazli Zainal, Lan Pet Pet dan juga peserta My Starz LG serta bacaan puisi oleh pengacara Malaysia hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya.
sumber : berita harian online
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakak Tua: ‘Exploitasi’ dua penyanyi cilik dalam MyStarz, LG
22-08-2007 09:27:22 AM
BANYAK perkara yang menarik perhatian Kakak Tua ketika menyaksikan konsert MyStarz, LG minggu lepas. Antaranya ketika pengacara Naz tersasul menyebut ‘Datuk Sili’ apabila memperkenalkan Datuk Siti Nurhaliza, tangisan penyanyi cilik Emeer ketika ditegur oleh komposer Azmeer dan ‘kerakusan’ kritikan Azmeer.
Banyak-banyak perkataan, Naz boleh tersasul nama Siti. Isu tersasul ini perlu ditekankan mengenangkan betapa ’serius’ ketersasulan yang telah dibuat itu. Kalau perkataan biasa tak apa lah juga. Ini tersebut ‘Sili’ yang bunyinya seakan ‘Silly’ yang membawa maksud ‘bodoh.’
Betul lah kata pepatah Inggeris, “A slip of the tongue is no fault of the mind.” Agaknya itulah yang berlaku ketika Naz begitu teruja memperkenalkan Siti. Walaupun Naz cepat cover-up dengan berkata dia terpaku melihat kecantikan Siti namun kita tahu ucapan itu hanya sekadar menyedapkan hati.
Naz sepatutnya tidak ambil mudah kesilapan ini. Nasib baiklah Siti jenis yang tidak ambil hati, kalau artis lain tak tahulah….
Kedua episod ‘menyayat hati’ dan tangisan hiba seorang kanak-kanak cilik bernama Emeer. Sampai bengkak mata Emeer menangis sejurus Azmeer memberi kritikan yang TIDAK MEMBINA itu. Budak comel yang mempunyai bakat cemerlang dan diakui oleh banyak pihak termasuk pihak Istana Pahang tiba-tiba dikritik kerana mempunyai ’suara kenak-anakan?’
Perasaan Emeer bergolak sebegitu rupa kerana kelancangan mulut Azmeer yang memberi komen syok sendirinya. Azmeer yang bersikap ‘Mat Over’ sepanjang konsert berlangsung menampakkan dirinya ‘begitu hebat’ sebagai komposer berpengalaman. Seolah-olah apa yang dicakapkan itu semuanya bernas dan boleh masuk akal….
Kata-kata “Kau tak boleh lawan abang Ijam atau suara budak yang azan kat surau rumah abang pun sama keanak-anakkan…. betul-betul out of context.” Seharusnya Pengetua dan tenaga pengajarlah yang patut diberitahu kerana mereka lebih arif ke mana hendak dibawa bakat Emeer itu.
Terkilan sungguh sikap Azmeer sebagai juri yang diundang untuk kali keduanya bagi menunjukkan ilmu penjuriannya. Komennya bukan saja bias tapi kasar dan tidak molek ditujukan kepada seorang budak sehingga Emeer menangis teresak-esak di belakang pentas.
Tapi yang bagusnya pula, pandangan one-track minded Azmeer terhadap bakat Emeer memberi implikasi negatif kepada Azmeer sendiri.
Komen Azmeer juga turut membuat juri seterusnya Siti terbantut untuk memberikan pendapatnya.
Bak kata Patrick Teoh sepatah, kenapa tidak eksploit dua perkara yang Emeer ada iaitu “Stage presence dan energy.” Memang tepat kata Patrick, pemilihan lagu Emeer SALAH. Bagi Kakak Tua pula, ianya tidak sesuai, tangkap muat, cuai atau ada strategi tertentu?
Pemilihan lagu yang tidak bijak dan teramatlah tidak kena dengan vocal range Emeer seperti Dealova adalah seperti memasang jerangkap samar. Kebetulan pula Emeer kurang sihat pada hari itu maka persembahan Emeer ‘below par.’
Komen Azmeer yang tidak kena gaya dan tempatnya memberi tekanan yang bukan sedikit kepada budak berusia 12 tahun itu. Kesihatan yang tidak memuaskan ditambah dengan pilihan lagu yang salah membuat persembahan Emeer sungguh tidak bertenaga sekali. Tidak seperti persembahannya di konsert yang lepas-lepas.
Tidak salah kalau membuat rumusan yang semua ini seolah-olah dirancang. Kenapa perlu bagi lagu sedemikian sedangkan sudah tahu kemampuan Emeer?
Bukan saja frust melihat ‘kekalahan’ Emeer, ramai yang kecewa mendengar kejutan yang kedua penyanyi cilik - Emeer dan Racel tersingkir hari itu. Bayangkan dengan sekelip mata saja, dua penyeri program MyStarz. LG terkeluar.
Bukan satu andaian tetapi realiti di mana ramai yang menonton program ini semata-mata untuk melihat Emeer dan Rachel beraksi. Juga untuk menyaksikan kehebatan bakat mereka dan melihat ketrampilan imej mereka pada setiap episod.

Wajah muram Rachel dan Emeer
(Foto LG)
Tapi itulah ‘mimpi ngeri’ yang dijanjikan oleh MyStarz, LG untuk dua kanak-kanak berbakat ini. Harapan untuk melihat dua permata ini digilap akan tinggal harapan sahaja kerana kelemahan sistem penjurian ilham pemikir baru program ini.
Penyanyi cilik Sabah, Rachel pula disuruh menyanyikan lagu Material Girl dalam bahasa Melayu. Sudahlah bunyinya janggal, kelincahan Rachel pula bagai dibuat-buat kerana rasa tidak selesa dengan lagu ini.
Sesiapa saja yang mendengar Rachel sebelum ini dan membandingkan nyanyiannya dalam episod kali ini sudah dapat mengagak yang pemilihan lagu ini juga satu kesilapan besar. Apa sebenarnya tujuan memberi lagu ‘bodoh’ (senikata Melayu pula) pada gadis cilik yang berbakat besar seperti Rachel?
Di awal kemunculannya Rachel telah membuat ramai terpegun dengan lagu Kris Dayanti yang dibawanya sehingga dua penerbit album dari syarikat antarabangsa melamarnya. Yang Emeer pula pernah membuat persembahan di bawah Orkestra Indonesia bersama-sama penyanyi Kris Dayanti dan Datuk Siti Nurhaliza di atas undangan Istana Pahang dan membuat puluhan ribu terpegun dengan persembahannya.
Kalau ukuran kehebatan Rachel dan Emeer ini masih tidak dapat meyakinkan para juri, maka makin terserlah lah kepincangan seluruh perjalanan sistem pembelajaran di MyStarz, LG.
Kesilapan-kesilapan beginilah yang ‘menguntungkan’ pesaing terdekat Emeer dan Rachel sehingga kesemua mereka berada di dalam keadaan selamat, iaitu pusingan final. Adakah ‘kesilapan’ pemilihan lagu ini dirancang?
Namun, hakikat yang perlu diterima oleh semua Emeer dan Rachel adalah permata yang perlu digilap dan tarikan utama MyStarz, LG. Nak harapkan yang lain belum tentu program suam-suam kuku ini akan maintain prestasinya seperti sekarang. Yang sedihnya, setelah berhempas pulas setiap minggu tiba-tiba saja undian kedua mereka merosot dan tersingkir. Agak terkejut juga kenapa pilihan SMS begitu mendadak menjunam?
Seakan satu eksploitasi membiarkan kedua penyanyi kecil ini berada di dalam MyStraz, LG sekian lama. Bila sudah sampai penghujung, mereka ‘diketepikan’ dan ‘tersingkir’?
Hari Ahad ini, Rachel dan Emeer akan berentap dengan tujuh orang pelajar lain dalam pusingan ‘wild card’ pula.
Harapan melihat kedua mereka mara ke final agak tipis. Ini kerana firasat Kakak Tua mengatakan yang Emeer dan Rachel sekadar memenuhi kuota untuk pusingan ‘wild card’ sahaja kerana yang akan dipilih bukan mereka.
Mungkin sudah ada calon favourite yang akan diketengahkan. Teori kedua Kakak Tua pula, kemungkinan besar juga sebagai ‘menebus dosa’ pada Emeer dan Rachel, hanya seorang saja antara kedua ini yang akan dipilih.
Kakak Tua tidak mahu membuat rumusan seperti tekaan pengacara Azwan Ali yang tanpa segan silu dan bangganya membahasakan dirinya ‘Mak Esah’ membuat andaian nujum Pak Belalang kononnya Badri atau Ijam akan terkeluar minggu lalu.
Confident sungguh ‘Mak Esah’ sampaikan Kakak Tua dengar jadi malu. Akhirnya apa yang dijangka tidak terjadi. Tapi mustahil ‘Mak Esah’ akan rasa malu kerana ramalan merapunya itu….
Ketika program Reflex di ntv7 pula sejurus setelah MyStarz, LG berakhir, bapa Emeer, Bakri tidak bersetuju Emeer tersingkir kerana pemilihan lagu yang silap seperti kata Patrick.
Bakri cuba menjaga hati dan berlapik cakap dengan berkata sebagai penyanyi, Emeer kena bersedia menyanyikan apa jenis lagu sekalipun. Rasanya itu semua cakap hendak ambil hati.
Hakikatnya berapa ramai penyanyi yang akan menyanyi lagu yang mereka suka? Dan Emeer walaupun kanak-kanak tidak terkecuali. Ramai yang terlupa bahawa tujuan asal MyStarz, LG bukan untuk mencungkil penyanyi versatile.
Masalah paling ketara program ini ialah formatnya yang bermacam ragam tak ubah seperti caca marba. Lagu-lagu yang diberi kepada sesetengah pelajar pula seperti sudah dirancang.
Hanya Emeer, Rachel dan beberapa pelajar sahaja tidak dibenarkan memilih lagu. Ini saja sudah cukup untuk membuat rumusan ada konspirasi untuk memilih pelajar favourit yang sudah dijamin tempatnya di pusingan akhir. Maka sebab itulah ada beberapa pelajar dengan mudah mendapat lagu-lagu yang memang makanan mereka.
Contohnya penyanyi kesukaan ramai Badri yang sudah tiga minggu mendapat gelaran “persembahan terbaik”. Bak kata juri tetap Patrick Teoh sepatah, “since the rest are so bad this week, you are the best among the worst…”
Dengan komen yang langsung tidak memberangsangkan itu, Badri masih layak mendapat persembahan terbaik minggu ini.
Bila sebut pasal Patrick Teoh, Kakak Tua paling suka cara juri tetap ini memberi komennya - paling konsisten, tidak bias, telus, adil dan ikhlas. Belum pernah lagi komen Patrick tidak tepat dan tidak dapat diterima kerana mungkin apa yang dikatakan datang dari hati dan tanpa ada kepentingan.
Patrick sendiri mengaku yang dia mempunyai ‘favourites’ namun itu tidak mengaburi matanya apabila memberi komen. Berlainan sekali dengan Siti yang cuba menjaga hati setiap pelajar dan memberi komen feel good.
Untuk pertama kalinya juga di saat-saat program MyStarz, LG akan menemui penghujungnya, pembuka konsert minggu lepas begitu bertenaga dan menghiburkan sekali.
Kesemua pelajar dilihat memberi persembahan yang begitu bertenaga dengan bermain alat-alat muzik sebagai pembuka tirai. Itulah klimaks yang ditunggu-tunggu oleh Kakak Tua selama ini.
Setelah teraba-raba selama berminggu-minggu akhirnya dapat juga mereka hit the right note. Itulah hasil kerja keras pengarah muzik Aubrey Suwito dan kesemua pemuzik yang bekerja keras memastikan konsert berjaya.
MyStarz, LG juga cuba menonjolkan kelainan di mana lagu tema Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal One In A Million tiba-tiba kedengaran dalam bahasa Inggeris? Mungkinkah penukaran ini bertujuan untuk memberi acuan baru kepada program yang pernah diasaskan oleh penerbit asal, Jafni Abu Bakar atau Mat Jepp?
Walau apapun pembaruan atau kejutan yang akan diambil oleh MyStarz, LG selepas ini, program ini tidak mampu dan sudah jauh ketinggalan dengan program realiti lain.
Kakak Tua kasihan melihat kedua belas pelajar yang cukup besar bakat mereka ini seperti berada di dalam program yang salah…..right people in the wrong crowd.
Namun, di sebalik kekalutan dan kepincangan program ini, Aubrey masih gagah memberi corak dan hala tuju kepada kesemua pelajar walaupun dalam keadaan terdesak dan kesuntukan masa….
KAKAK TUA: Sudahlah ‘Tiang Seri’ dirobohkan, ‘Penyeri’ program Emeer dan Rachel pula dikeluarkan, apakah agaknya kesudahan MyStarz, LG ni?
sumber: mStar online
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini genap setahun Siti Nurhaliza melayari bahtera rumah tangga
BAHAGIA yang dicari ditemuinya di sisi suami tercinta, Datuk Mohd Khalid Mohd Jiwa yang dinikahinya sejak 21 Ogos tahun lalu. Meskipun dugaan sentiasa datang merentang, kasih yang bertaut dengan lafaz ijab kabul di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sentiasa hangat disimbah cahaya kasih sayang.
Masih basah lagi di ingatan detik kemeriahan hari bahagia penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang mendapat liputan meluas media, dalam dan luar negara.
Betapa pantas masa berlalu dan tanggal 21 Ogos ini, pasangan suami isteri itu akan menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
“Terasa baru sangat Siti mendirikan rumah tangga, sekejap saja sudah menjangkau setahun,” katanya memulakan bicara ketika ditemui selesai menjayakan persembahan sempena majlis makan malam anjuran Yayasan Jusco Malaysia di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Senyuman yang sentiasa menemani sepanjang temu bual singkat ini berlangsung jelas menterjemahkan warna bahagia yang sedang dilaluinya. Biar di luar sana ada saja mata yang ingin melihat kehancuran istana cintanya, namun penyanyi bersuara lunak ini utuh mempertahankan kebahagiaan yang dikecapi bersama lelaki pilihannya itu.
“Siti gembira kerana perjalanan rumah tangga berjalan sebaik mungkin. Siti bersyukur kerana perkahwinan ini mendapat keberkatan dan berharap, kasih sayang kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Setahun usia perkahwinan itu terlalu singkat, masih jauh lagi perjalanan yang belum Siti dan suami tempuhi,” katanya.
Ditanya bagaimana mahu meraikan detik ulang tahun perkahwinan mereka, Siti berkata, dia menyimpan keinginan untuk mengadakan majlis doa selamat.
Namun katanya, perancangan itu masih lagi difikirkan dan ia bergantung kepada jadual kerja mereka suami isteri.
“Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar Siti dan suami tidak akan melupakan pihak media untuk sama meraikan detik kesyukuran itu,” katanya yang masih menanti saat yang akan melengkapkan kehidupannya sebagai seorang isteri dan wanita iaitu hamil.
Persefahaman yang mereka meterai itu juga membenarkan Siti untuk meneruskan karier seninya. Meskipun tidak serancak dulu, alunan suara lunak penyanyi berusia 28 tahun itu masih segar menerjah pendengaran peminat.
Malah Oktober depan, Siti akan mencipta sejarah baru dalam karier seni yang sudah lebih sedekad dilaluinya apabila dia melebarkan bakatnya di pentas lakonan.
Pementasan muzikal, Remy… Kisah P Ramlee menyaksikan kemunculan pertama Siti di pentas lakonan apabila membawakan watak Azizah, wanita misteri yang menjadi inspirasi dalam hidup Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
“Alhamdulillah kerana suami memberi sokongan padu untuk Siti mencuba dunia lakonan. Malah, ketika singgah di bengkel latihan yang dianjurkan Enfiniti Productions Sdn Bhd, suami juga turut serta. Apatah lagi, pementasan ini diusahakan oleh produksi terbaik, justeru suami tidak keberatan untuk membenarkan Siti mencuba.
“Wataknya pun tidak besar, jika watak utama itu mungkin sukar sikit untuk Siti menerimanya,” kata Siti yang sudah pun memulakan sesi latihan untuk produksi itu.
Ditanya mengenai pengalaman awalnya, Siti berkata, dia sedar akan kekalutan yang bakal dilaluinya kerana nyanyian dan lakonan pentas adalah dua perkara berebza.
Kata Siti, dia tidak menghadapi kesukaran untuk memasukkan seluruh emosinya dalam lagu yang dinyanyikan namun situasi itu tidak sama apabila di pentas lakonan.
“Daripada cara berdialog yang penuh emosi serta gerak badan, Siti akui ada sedikit kesukaran namun Siti bernasib baik kerana pergerakan diawasi oleh mereka yang berpengalaman seperti Zahim Albakri dan Sean Ghazi.
“Buat sementara ini, tumpuan diberikan kepada pengucapan dialog supaya lontarannya lebih jelas nanti. Malah, Siti juga memulakan latihan dengan lagu supaya dapat memberikan sepenuh penghayatan apabila tiba tarikh pementasan nanti,” katanya.
Pada acara Makan Malam Gala 2007 yang berjaya mengumpul dana kira-kira RM750,000 untuk membina Rumah Tunas Harapan kedua di Bukit Beruntung, Hulu Selangor di bawah Yayasan Jusco Malaysia, Siti yang juga duta yayasan itu menghiburkan peminat dengan pelbagai rangkaian lagu popular.
Siti yang sudah empat tahun menjadi duta yayasan itu bersyukur kerana AEON Co (M) Berhad terus menunjukkan keprihatinan mereka kepada pihak yang memerlukan sumbangan dalam membela generasi yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara.
“Moga usaha tahunan itu akan dirahmati Allah dan Siti sangat bersyukur kerana masih dapat berpeluang untuk bekerjasama dalam aktiviti amal seperti ini,” katanya.
Selain Siti, turut membuat persembahan ialah bintang utama siri komedi Pua Chu Kang, Gurmit Singh yang menghiburkan tetamu dengan persembahan jenakanya.
sumber: berita harian online
|
|
|
|
|
|
|
|
Barangan mewah untuk kepuasan diri - Siti Nurhaliza
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
 |
SITI Nurhaliza bersama dompet jenis M. Vernis Viennois.
|
APABILA sebut sahaja barangan mewah, pasti ramai yang mengetahui ia merupakan produk yang mampu dimiliki oleh mereka yang berada sahaja.
Bagaimanapun, perkembangan bidang seni tanah air telah membolehkan golongan artis juga memiliki barangan mewah kerana pendapatan mereka yang semakin lumayan.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin misalnya merupakan antara mereka yang meminati barangan berjenama mewah dan antara jenama pilihannya ialah Louis Vuitton (LV).
Siti dan LV dilihat seperti tidak dapat dipisahkan. Mengapa dikatakan demikian? Jenama mewah itu sering kali dikaitkan dengan Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan antara selebriti tempatan yang kerap menggunakan barangan daripada jenama berkenaan.
Dengan statusnya kini dan menjadi anak seni selama hampir 11 tahun, tidak mustahil dia mampu untuk memiliki barangan berjenama mewah. Hati sering juga tertanya, berapa jumlah yang Siti habiskan untuk membeli sebuah beg? Berapa koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakah barangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?
Dalam satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh Key Message Public Relations Sdn. Bhd., yang mewakili pihak Olay di butik LV yang terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, segala persoalan yang bermain di fikiran akhirnya terlerai apabila Siti membuka rahsia tentang cintanya terhadap barangan LV.
Kata Siti, orang pertama yang memperkenalkan jenama LV kepadanya adalah penyanyi bersuara lantang iaitu Ziana Zain.
“Saya masih ingat lagi kata-kata Kak Ziana yang mengatakan kita sebagai artis, bekerja keras untuk menghiburkan peminat. Jadi, apa salahnya, korbankan sikit wang ringgit untuk memiliki barangan berjenama mewah ini. Bukan untuk siapa pun tetapi untuk kepuasan diri sendiri,” kata Siti mengimbas kembali memorinya.
Tambahnya lagi, dia hanya mampu memiliki barangan LV selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang seni.
“Kalau tidak salah saya, barangan LV pertama yang saya beli pada tahun 2002 adalah sebuah beg tangan yang masih lagi saya gunakan dan simpan sampai sekarang.
“Memang, apabila dilihat pada harganya, pasti ramai yang akan mengatakan dan mengandaikan ia merupakan satu kerugian besar tetapi tidak pada saya. Ia memberi satu kepuasan dan semuanya untuk pelaburan jangka masa panjang,” jelas penyanyi yang kini popular dengan lagu Menanti Pasti, salah sebuah lagu di dalam album runut bunyi, Kayangan The Soundtrack.
Jelas duta produk Olay dan Pantene ini lagi, pada awal dia membeli barangan LV, dia turut merasa keperitannya apabila mengeluarkan sejumlah wang yang begitu besar hanya untuk memiliki sebuah beg tangan, namun demi minatnya terhadap LV, dia sanggup bekerja keras untuk memilikinya.
“Apabila sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan, saya terpaksa bekerja keras bagi menampung balik jumlah yang telah saya gunakan untuk membeli barangan LV itu.
“Saya gunakan LV atau barangan jenama mewah yang lain bukan untuk menunjuk atau riak, tetapi saya rasa, itu merupakan satu penghargaan untuk diri saya setelah bekerja keras. Malah, saya mementingkan pada kualiti dan saya berbangga memiliki barangan mewah atas usaha saya sendiri,” ujar penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang, itu lagi.
Sehingga kini, kata Siti, dia mempunyai barangan LV lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian. Jika dihitung nilai kesemuanya itu, tidak mustahil koleksi Siti itu mencecah ratusan ribu ringgit!
“Kalau sekali belanja di butik LV, sekurang-kurangnya RM10,000 saya belanjakan. Itu semua bergantung kepada jenis barangan yang saya beli,” akui Siti.
Antara barangan LV milik Siti adalah kasut sebanyak 10 pasang serta enam utas jam tangan. Malah, kalau ada yang masih ingat lagi, salah sebuah hantaran yang diterima Siti pada majlis pernikahannya 21 Ogos tahun lalu juga merupakan sebuah tas tangan edisi terhad berjenama LV. Siti pernah menggayakan tas tangan tersebut sewaktu menghadiri Anugerah Planet Muzik di Singapura, Mei lalu.
Menghargai barang
“Kalau orang kata rugi apabila memiliki barangan jenama mewah ini, sebenarnya ada cara untuk kita menghargainya. Cara saya menghargai barangan jenama mewah adalah sentiasa menggunakannya. Bak kata pepatah, ‘Alah membeli, menang memakai.’
“Apabila kita sering menggunakannya, tidaklah rasa rugi. Pada hemat saya, ia merupakan satu kerugian yang besar jika kita beli tetapi sekali sahaja menggunakannya atau tidak langsung menggunakannya.
“Namun, kita juga perlu tahu sesesuaikan barangan tersebut untuk sesuatu majlis yang kita hadiri,” kata Siti yang turut tercalon dalam Anugerah ERA 2007 yang bakal berlangsung 8 September ini bagi kategori Vokal Wanita Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Pastikan.
Tambahnya, selain LV, antara barangan berjenama mewah lain yang dimilikinya adalah Prada, Hermes, Bally, Chanel, Yves Saint Laurent (YSL) dan Salvatore Ferragamo.
Bercuti ke luar negara juga memberi peluang kepada Siti untuk membeli barangan mewah yang tidak terdapat di butik tempatan.
“Setakat ini, antara butik LV yang sudah saya kunjungi adalah di Indonesia, Paris, Jerman, London dan Hawaii. Biasalah, nama pun perempuan.
“Tidak sah kalau tak beli satu jika menjejakkan kaki ke butik LV di luar negara walaupun saya sudah berazam tidak mahu membeli apa-apa,” kata Siti yang genap setahun melayari perkahwinannya hari ini (21 Ogos).
Cita rasa Siti terhadap barangan mewah sebenarnya dipengaruhi oleh suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.
“Sebelum berkahwin, saya tidaklah terlalu pandai dan bijak apabila hendak membeli sesuatu barangan. Asal pada mata saya cantik dan saya rasa praktikal, saya akan beli.
“Tetapi, selepas berkahwin, suami saya banyak mempengaruhi cita rasa saya dan memberikan pendapatnya. Dia lebih tahu dan berpengalaman tentang barangan jenama mewah ini. Apabila melihat katalog, kami akan berbincang dan memberikan pendapat masing-masing jika hendak membeli sesuatu barangan itu.” kata Siti tersenyum.
sumber: utusan malaysia online
|
|
|
|
|
|
|
|
Peraduan Ulangtahun Perkahwinan |
 |
 |
 |
Written by SitiZone Admin |
Sunday, 19 August 2007 |

Kepada semua SitiZoners!
Anda berpeluang untuk menghadiri majlis ulangtahun perkawinan yang pertama Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid. Untuk menghadiri majlis ulangtahun ini anda hanya perlu menulis ucapan yang terbaik bagi mereka berdua. Ucapan anda harus tidak lebih dari 30 perkataan. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 21hb Ogos 2007.
Butir-butir yang diperlukan ialah:
- Ucapan tidak lebih dari 30 perkataan
- Alamat email yang betul
Jangan lepaskan peluang ini
Tinggalkan ucapan anda di sini. Terima kasih. Selamat mencuba! |
|
|
|
|
|