|
|
|
|
|
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL (shazryn.faizal@utusan.com.my)
 |
Selain memberi perhatian pada aspek persembahan sempena program Zoom In, Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan memastikan personalitinya dipelihara dengan mengenakan fesyen yang cantik pada pandangan masyarakat.
|
SENIWATI muda berjiwa besar ini tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya setiap kali muncul mengadakan persembahan. Sudah hampir 12 tahun dia menyanyi dan kualiti persembahannya tidak pernah sama sekali menghampakan.
Berilah apa saja lagu padanya, semuanya akan menjadi di tangan Datuk Siti Nurhaliza.
Justeru, apabila penghibur yang juga anak jati Pahang ini bersetuju untuk mengadakan persembahan sempena Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza terbitan RTM malam kelmarin, ramai yang memilih untuk menontonnya.
Sesetengah peminat setia Siti di Lembah Kelang memilih untuk menontonnya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Dan sudah lebih sejuta penonton atau mungkin lebih akan setia melekat di depan televisyen menonton program yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 itu.
Kalau sudah namanya artis senior dengan beratus trofi pengiktirafan sudah berada dalam genggamannya, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai persembahan Siti.
Sememangnya Siti memang cukup bertuah dan beruntung kerana mempunyai kelompok peminat yang cukup menyayangi dan sentiasa menyokongnya meskipun dia sudah berumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K pada 21 Ogos 2006.
Dari zaman anak dara sehinggalah menjadi seorang isteri, setiap kali Siti mengadakan persembahan di pentas keramat yang menjulang namanya pada tahun 1995 itu, sambutan yang diberikan sememangnya cukup luar biasa dan di luar dugaan.
Itulah pesona dan aura Siti yang masih belum pudar meskipun ada yang mendakwa popularitinya semakin hilang sejak bergelar isteri dan juga selepas pulang dari menunaikan haji Disember lalu.
Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza terbitan Mohd. Yusni Mohamed Ali merupakan persembahan pertama Siti sejak mendirikan rumah tangga dan pastinya, persembahannya itu dinantikan oleh peminat setianya yang sudah lama dahagakan suara lunaknya itu.
“Akhirnya saya dapat juga membuat persembahan di RTM selepas dua tahun menyepi dari sebarang persembahan seperti ini. Kali terakhir saya muncul ialah sebelum berkahwin dulu juga untuk rancangan Zoom In dan Konsert Fenomena.
“Terima kasih kepada RTM atas undangan ini dan untuk semua peminat saya yang sanggup hadir pada malam ini,” jelasnya yang semakin jelita.
Memulakan persembahan dengan lagu Destinasi Cinta yang diangkat dari album terbaiknya, Transkripsi, Siti bersama penari latarnya mempamerkan persembahan yang cukup menarik.
Memori
Tiada apa yang perlu dipertikaikan mengenai vokal anak kelahiran Temerloh, Pahang ini kerana dia bisa memukau hadirin dengan keunggulan vokalnya waima dalam apa jua rentak sekali pun.
Tampil dengan busana berona hitam dan putih serta imej bertopi, Siti jelas memperlihatkan kematangannya dalam pemilihan pemakaiannya.
Meskipun sudah bergelar hajah, itu bukan penghalang bagi Siti untuk menampilkan imej yang sesuai dengan dirinya.
Mahu terus peminat dan hadirin terus dibuai dengan lagu cinta, pemenang Vokal Wanita Terbaik AIM selama lapan tahun berturut-turut ini meneruskan persembahannya dengan lagu Mulanya Cinta yang dimuatkan dalam album terbarunya, Hadiah Daripada Hati (HDH).
“Bila menyanyikan lagu ini, saya teringat kembali memori dan kenangan manis sewaktu saya berlakon dalam teater muzikal P. Ramlee terutama sekali sewaktu babak bersama Ramlee,” katanya mengimbau kenangan manis yang dilakar di pentas Istana Budaya.
Sebelum menyampaikan lagu Biarlah Rahsia, Siti seolah-olah membuka rahsia percintaannya apabila dia memberitahu: “Ada sebab-sebab mengapa kadang kala kita perlu berahsia. Bukan apa, takut antara jadi atau tidak sahaja.”
Apabila ada peminat yang mengusiknya sambil mengaitkan dengan kisah cintanya, Siti berseloroh dengan mengatakan: “Alamak, saya pula yang terkena balik.”
Bertukar pula kepada busana merah hati yang menyerlahkan lagi keanggunannya, Siti menyampaikan lagu klasik tahun 1979 dendangan kumpulan Bee Gees, Love You Inside Out.
Mungkin lagu ini ada kaitannya dengan Siti bersama suami tercinta dan ia bagaikan lagu wajib yang disampaikan Siti dalam setiap persembahannya.
Siti seterusnya menyampaikan lagu medley Tunggu Sekejap dan Sejakku Bertemu Padamu bersama empat peminat bertuahnya dan sudah pasti peminatnya itu menjadikan malam tersebut sebagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan.
Mengimbau nostalgia, Siti menyampaikan lagu popular dari seberang, Es Lilin yang pernah dimuatkan dalam album tradisional pertamanya, Cindai pada tahun 1997.
“Salah sebuah lagu yang memang cukup saya suka kerana keunikan melodi dan liriknya. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan saya terkenang sewaktu masuk studio merakamkan lagu ini dahulu,” kata Siti memberikan persembahan menarik menerusi lagu tersebut yang digubah oleh pengarah muzik pada malam itu, Helen Yap.
Bukan itu sahaja, Siti turut sempat memperkenalkan artis pertama di bawah syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. yang terdiri daripada lima orang anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Coda dan menyampaikan dua buah lagu iaitu Menanti Sebuah Jawaban dan Buai.
Masih lagi mempromosikan lagu dari album HDH, Siti seterusnya menyampaikan lagu Cintamu ciptaan Sharon Paul manakala liriknya pula oleh Ahmad Fedtri Yahya sebelum pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi naik ke pentas bersama Siti.
“Inilah pertama kali orang menjemput saya menyanyi dan saya sememangnya mempunyai ramai idola sepanjang saya menjadi anak seni,” kata Aznil.
Lalu, Aznil pun menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta sebagaimana gaya Ella menyampaikan lagu tersebut. Dan, gaya Aznil itu telah mengundang hilai tawa di dalam dewan dengan diiringi tepukan gemuruh penonton.
“Ada lagi seorang yang menjadi idola kita berdua,” kata Aznil.
Lalu Siti dengan wajah selamba menamakan seorang personaliti tanah air yang mengundang derai ketawa dan pekikan penonton yang benar-benar terhibur dengan gandingan Siti dan Aznil tempoh hari.
Cocok
Dalam waktu yang sangat singkat, Aznil berjaya memperlihatkan betapa dia masih berpengaruh dan tidak mustahil untuk pengacara nombor satu itu mengekalkan trofi Pengacara Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung hujung bulan ini.
Menyampaikan lagu Hore Hore yang pernah dipopularkan oleh idola mereka berdua, Sudirman Haji Arshad, gandingan Siti dan Aznil dilihat begitu cocok sekali dalam menyampaikan lagu-lagu bercorak sedemikian.
Aznil yang sememangnya terkenal dengan aksi spontan dan lucunya turut meniru gaya artis-artis yang pernah menyertai pertandingan nyanyian RTM seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Azharina Azhar sewaktu menyampaikan petikan lagu Aku Cinta Padamu sebelum meneruskan persembahannya dengan lagu Profesor Klon.
Menyampaikan lagu Melawan Kesepian ciptaan sepenuhnya komposer dari seberang, Pongky Barata, vokal Siti cukup mempesonakan dan menusuk kalbu. Sememangnya vokal emas Siti masih lagi ampuh dan berada di kelasnya yang tersendiri.
Mengakhiri persembahan dengan lagu Ku Mahu, Siti membuktikan bahawa dia masih lagi diperlukan oleh industri hiburan kerana dia sudah menjadi salah seorang legenda seni suara yang tiada tandingan.
Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza tempoh hari sudah tentu mengubat rindu peminat-peminat setia Siti yang sudah lama menanti kemunculannya di stesen televisyen paling keramat di negara ini.
sumber: utusan malaysia online
|
|
|
|
|
|
|
|
WAH! Seronoknya Datuk kita yang seorang ini. Sejak mendirikan rumah tangga, selalu sahaja ke luar negara. Selepas mengerjakan ibadat haji tidak lama dulu, dia menyertai Anugerah Juara Lagu. Kemudian sempat pula bagi komitmen untuk rakaman Aksi Murai (terbitan Astro Ria) untuk episod ke-12.
Kemudian terbang dan kali ini ke Melbourne, Australia. Buat apa di sana Datuk? Bulan madu lagi ke? Atau ada perancangan mengadakan konsert di sana?
Hah! Dua-dua tekaan itu salah. Sebenarnya Siti Nurhaliza mengunjungi Melbourne kerana menemani suaminya, Datuk Khalid Jiwa dan anaknya, Mohd. Adib ke sana.
Untuk apa? Untuk menghantar dan menemani anaknya itu mendaftarkan diri di salah sebuah kolej di sana. Mohd. Adib yang comel itu akan melanjutkan pengajiannya di Melbourne.
Dah ke sana, Joyah pasti mereka mengambil peluang makan angin. Hisy! Bestnya ya… Bila pula Joyah dapat ke sana agaknya ye?
sumber: utusan malaysia online
|
|
|
|
|
|
|
|
Written by Siti Nurhaliza |
Wednesday, 06 February 2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga sentiasa ceria dan diberkati Allah perjalanan hidup sehari-hari kita.
Siti juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada peminat Siti yang berbangsa Cina dan hendaknya anda semua gembira bersama keluarga tersayang.
Siti ingin melahirkan rasa gembira dan terharu dengan komen-komen anda mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini dan ia melambangkan kesungguhan kita semua kerana tidak mudah mahu melakukan yang terbaik serta memuaskan hati semua pihak. Justeru Siti sejak awal berjanji untuk memberikan yang terbaik semampu Siti dan Alhamdulillah Siti menerima maklumbalas yang baik daripada media dan juga peminat. Bagi Siti bukan anugerah yang dikejar tapi bagaimana kita mahu mempersembahkan tanggungjawab yang diberi sebaik mungkin. Mungkin bukan rezeki Siti tahun ini tetapi Siti yakin setiap seorang daripada anda juga dapat menerima keputusan AJL dengan hati yang terbuka.
Sekarang ini Siti baca mesej anda semua sedang berusaha keras untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) dan Siti tahu tanggungjawab anda sebagai peminat dan Siti hanya doakan yang terbaik sahaja. Siti terharu dengan sokongan anda dan usaha yang anda buat ini pasti mengkagumkan Siti walaupun akhirnya nanti kita akur bahawa rezeki itu adalah ketentuanNya. Tidak salah berusaha kerana kita akan berasa puas jika kita telah memberikan sebaik mungkin dan sedaya upaya kita. Gelaran popular dan sebagainya mungkin pernah Siti raih selama ini tetapi apa yang penting Siti mahu terus memberi bakti yang terbaik dalam industri walaupun status Siti sekarang sudah berubaha. Perjalanan seni Siti harus diatur dengan baik dan InsyaAllah Siti akan tetap berusaha ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Pertengahan bulan ini Siti akan ke Jakarta, Indonesia untuk promosi album Hadiah Daripada Hati. Tentunya jadual 3 hari Siti di sana akan padat dengan pelbagai acara yang diatur oleh pihak Universal Indonesia. Siti gembira kerana album Siti sudah menemui peminat di Indonesia, harapan Siti agar peminat di sana dapat menerima album ini.
Siti juga ada berita gembira buat peminat Siti di Singapura Mac ini tapi belum mahu mengumumkannya kerana masih dalam perbincangan. Bila sudah jadi kenyataan nanti Siti akan khabarkan kepada anda. InsyaAllah.
Sekian dahulu coretan kali ini, terima kasih atas sokongan selama ini. Jumpa lagi.
Siti Nurhaliza
source: sitizone.com |
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorowar Hossain
We Bangladeshi are not that bad as compared to other nations in context of talent. In abroad, Bangladeshis are known to be hard working and sincere about their jobs. Although we are having these two important qualities, we are losing our reputation in many foreign countries and losing big manpower market in Malaysia, Middle East, South Korea, Singapore whereas other nations like Philippine, Cambodia, Vietnam are grabbing up those positions. What are the critical factors behind this?
Embassy is the representative of a country. The efficiency of Embassy people drives the country forward. How about our Embassy? Eventually our Embassies are good for nothing. Every Bangladeshi should feel any foreign Embassy as home. Do we feel home? Answer is NO. For instance, whenever we enter Singapore Embassy, we feel we are in typical Bangladesh although you can see well developed Singapore through the Window. Forms used for passport renewal, visa applications are bearing the legacy of 1980s. The old haphazard forms are kept Xeroxing for decades. I emailed to the Embassy about this issue and offered them new computer generated forms without anything in return. Irony, there was even no reply. I have information that the email reached to the respective people. Why are we so indifferent? Is it our habit? I don’t think so. Our personal life style will tell you different story. We really understand our personal gains.
Malaysia is a big manpower market for us. It is because of Muslim Identity and hard working nature of our Bangladeshi people. Malaysia has the nice and well structured Muslim culture and they have very soft feeling towards other Muslims. Even it is obvious from the TV programs. Malaysian top singer Siti Nurhaliza, named as Asia’s Celine Dion, feel very proud to declare his Muslim identity in the media! Unlike in our country, there is no such caricature or teasing towards religious belief in guise of progressive mind or outfit. In early 2000, there was a wave of bad feeling towards Bangladeshi workers in Malaysia which was based on some sporadic and petty incidences (love affair, marriage between Bangladeshi workers and Malay girls). Those small issues were ignited by Malaysian Indians who were used to control the newspaper as they saw Bangladeshis were their competitor. Recently, an obvious rift has emerged between Malay and Indian in Malaysia. As an eye shore, world media is igniting this local issue in order to tarnish a well developed Muslim country. As a consequence, Malaysia has unofficially decided not to take foreign workers from India. This should bring harbinger for Bangladesh. But the truth is that we are losing our market due to the tremendous inefficiency of our impotent Embassy. Most of the embassy people are arrogant in nature and don’t think much about the well being for own country. Bangladesh is investing substantial amount of hard-earned foreign currency to run foreign Embassies to represent Bangladesh. They are paid NOT to renew only passport or issue Visa. It is their patriotic responsibilities to generate new ideas or try for different kind of channels in order to penetrate the existing country and its culture which will bolster the relation between two countries.
Let me tell you an inspiring story about real patriotic attitudes of an Embassy people and their power of communication and talent. I am doing my Ph.d under a Hungarian origin supervisor at National University of Singapore. There are only about 50 Hungarians (including Embassy people) in Singapore (approx 50,000 Bangladeshi). 5% of this number belongs to my supervisor’s family. The Hungarian Ambassador in Singapore came to our lab just before Christmas. He was so delighted to visit our lab. He was so inspired that the Ambassador took an initiative to make contact with Singapore Government in order to open up a relation between Singapore and Hungary in the field of science and technology. As a result, within less than a month, a group of high officials (including ministers, director of science and technology) from Hungarian Government is being invited to visit Singapore. They are visiting our lab and meeting my Hungarian supervisor while I am writing this story. They have already discussed about the scholarships, exchange student programs etc. As a long term consequence of this initiative, the relation between Singapore and Hungary will be stronger than ever before which will ultimately affect the economy. For your info, Hungary is one of the poorest countries in Europe.
You will feel the patriotic attitudes of Philippine Embassy people towards their fellow country people. During last Eidul Fitre, I invited my Indonesian friend to my house but he refused my invitation that day because they had invitation from Indonesian Embassy at Singapore. Every year Indonesian Embassy even organizes Eid prayer as well! There are more Indonesians as compared to Bangladeshis staying in Singapore. It is worth to mention how impotent Bangladeshi Embassies in foreign countries. Some of my friends from various countries wanted to travel Indonesia. Everything was ready but I could not make it due to Visa difficulty. Indonesia allows on Arrival visa for people from 70 to 80 countries in order to promote tourism. Irony is that Bangladesh is NOT included among those countries although most of the Poor and rich Asian countries are being included on the list. This failure goes to Bangladesh Government, more specifically inept Bangladesh Embassy in Indonesia. Their main responsibility is to bolster the relationship between two countries.
How about our foreign Ambassadors? Please justify yourselves. It is very hard to find any genuine true patriotic Ambassador who will think about the well being of our country. They are getting salary in terms of existing foreign country standard which is much higher and does not match with his colleagues from the same BCS cadre who are staying at home. Although most of the foreign Ambassadors are highly talented, we don’t see the justification of their merits. They are accountable to every people in the country.
source: the new nation (Bangladesh)
|
|
|
|
|
|
|
|
MALAM tadi berlangsungnya kemuncak Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22) di Stadium Putra, Bukit Jalil tanpa kehadiran Faizal Tahir untuk membawakan lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta.
Rabu lalu, program One In A Million musim kedua (OIAM2) menjalani rakaman untuk disiarkan di 8TV pada Jumaat dan bukan secara langsung sebagaimana biasa.
Dua perkara ini disebabkan tindakan Faizal yang disifatkan pendek akal kerana membuka baju dan tali pinggang ketika menjayakan konsert anjuran 8TV pada 13 Januari lalu, hingga mencetuskan kontroversi.
Sebagai pengajaran kepada Fazial dan tanda 8TV peka dengan isu ini, stesen yang bertanggungjawab melahirkan Faizal melalui OIAM tahun lalu, menghukum Faizal menjalankan kerja sosial selama enam bulan. Tidak cukup dengan itu, pengurusan Faizal, 8 Unit menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas Faizal.
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) pula menggantungnya daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan selama tiga bulan, berkuat kuasa 15 Januari. 8TV pula tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua program hiburan selama tiga bulan.
Sebenarnya ramai menanti kemunculan Faizal di AJL22 kerana lagu Mahakarya Cinta dikatakan punya peluang cerah untuk menang. Malah ramai yang menanti apa agaknya yang akan dilakukan Faizal kalau lagu itu diumumkan juara kategori balada atau juara keseluruhan.
Sebelum ini apabila dua lagunya diumumkan berjaya ke AJL22, Faizal menunjukkan tanda gembiranya dengan aksi meluncur dan isyarat tangan yang disifatkan ramai orang sebagai keterlaluan. Ternyata menjelang kemuncak AJL22, Faizal sudah melakukan aksi yang lebih berani.
Pelbagai pro dan kontra diperkatakan orang mengenai hukuman diterima Faizal. Ada mengatakan ia keterlaluan kerana ada artis lain yang melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah tetapi tidak dihukum.
Hujah mereka lagi, membuka baju bukan satu kesalahan besar dan tidak menyalahi hukum agama pun berbanding ada artis wanita yang bangga mendedah aurat yang sah-sah salah dari segi hukum agama malah ada yang sanggup berbogel.
Ketika isu ini hangat diperkatakan pada Sabtu dan Ahad lalu, saya berada di Bandung, Indonesia mengikuti rombongan ntv7. Berita mengenainya sampai juga ke Bandung apabila ada yang mengirimkan SMS. Heboh juga perkara itu diperkatakan apabila berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Datuk Amrin Awaluddin.
Selain isu Faizal, AJL22 juga dinanti-nantikan untuk melihat kemunculan pertama Datin Seri Siti Nurhaliza di pentas, selepas pulang mengerjakan haji di Makkah.
Sebelum ini penampilan Siti dengan imej bertudung sudah ditatap peminat melalui akhbar bermula dengan penampilan Siti menghadiri majlis ulang tahun Chef Wan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, kemudian gambar eksklusif Siti khusus untuk muka depan Rap pada 10 Januari sempena Awal Muharam.
Tidak ketinggalan gaya Siti ketika hari jadinya yang ke-29 pada 10 Januari tapi Harian Metro tidak diundang, tiadalah cerita dan gambarnya dipaparkan dalam akhbar ini. Kemudian Siti dan suami hadir di majlis Cipta Ekspres anjuran MACP Port Dickson, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.
Apa jadi bualan orang ialah gaya tudung Siti yang direka pereka terkenal, Datuk Bernard Chandran dan juga Radzuan Radzwill. Ramai memuji Siti nampak manis bertudung.
Terbaru, saya menerima kiriman e-mel daripada pembaca mengenai satu lagi fesyen tudung Siti ketika menghadiri pembukaan rasmi Restoran & Kedai Roti The Loaf di Pavilion, Selasa lalu.
Tapi semua itu penampilan Siti ketika menghadiri majlis bersama suami tetapi AJL22 menjadi medan pertama untuk Siti muncul di pentas.
Siti kembali ke pentas Juara Lagu mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta selepas dua tahun berehat. Kali terakhir Siti berentap di AJL pada AJL19 menerusi lagu Kau Milikku yang menjadi juara kategori Pop Rock.
Seorang lagi artis kita yang baru pulang dari Makkah, Sheila Rusly juga turut mendapat perhatian pembaca apabila mula bertugas mengacara Apa-apa Aje di TV3, Khamis lalu. Ramai memuji Sheila nampak manis dan anggun bertudung.
Dalam pada itu, ada pembaca membuat perbandingan mengenai penampilan tiga artis wanita kita yang bergelar hajah, Deja Moss, Siti dan Sheila.
Tapi, itulah harga yang perlu diambil artis kerana segala kelakuan dan penampilan mereka menjadi tumpuan.
sumber: harian metro online
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysian pop diva Datuk Siti Nurhaliza Tarudin celebrated her 29th birthday with her husband at the Le Meridien poolside – wearing a headscarf.
She had promised to wear a headscarf after marrying businessman Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 49, on Aug 21, 2006.
“For the time being, I am comfortable with my latest look. It would be all right if I change gradually, and not too drastically,” she said.
 |
As lovely as ever: Siti Nurhaliza with husband Khalid at the birthday party.
|
“I hope this will not create a big issue. I always knew that one day I would be wearing the scarf. I am doing this sincerely without forcing myself. What I need is time.”
“I wish I could reach higher levels of achievement in my career and fulfil my plans for the year,” she said, adding that she hopes to have a baby to complete the family.
Siti Nurhaliza would be competing at the Anugerah Juara Lagu Ke-22 organised by TV3 on Jan 27.
source: the star online
|
|
|
|
|
|
|
|
2008-01-11 12:25:24.0
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SEPERTI tahunlepas, dengan meriah dan dalam suasana yang ekslusif, majlis kelahiranpenyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza yang ke 29 tetap disambut sertadiraikan oleh keluarga dan rakan taulan yang dianjurkan oleh suaminya,Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa sebagai tanda pengikat kasih kepadapenyanyi bersuara lunak merdu ini.
Di majlis yang berlangsungpada malam semalam bertempat di ruang legar kolam renang Hotel LeMeridien, Siti tampil bergaya manis dalam busana blaus dan seluarkembang berwarna hitam dan kelabu dipadankan dengan tudung hitam rekaanRadzuan Radzwill.
‘Penghijrahan’ Siti selepas pulang dari Mekah..(Foto mStar oleh Siti Azira Abd Aziz)
|
MenurutSiti, rekaan tudung yang tampak lain daripada lain ini juga diilhamkanoleh beliau dan suaminya setelah mereka menyaksikan pertunjukan FesyenIslam Antarabangsa pada tahun lalu.
“Selepas kami menontonpertunjukan fesyen tu, terus lahir idea untuk mereka tudung yang Sitipakai ni sebab ia sangat ringkas dan memenuhi stail sekarang.
“Setelahberbincang dengan Radzuan, dia bersetuju dan turut memberi pendapatuntuk membuatkan ia lebih menarik dan selesa dipakai.
“Pada mulanya memang Siti rasa kekok tapi lama-lama dah selalu pakai, rasa ok lagipun tudung ni berat dan ia takkan jatuh.
“Memangnampak lain sebab Siti hanya perlu sarung sahaja ibarat menyarung kainbatik di atas kepala macam orang dulu-dulu pakai,” kata Siti sambiltersenyum disamping suaminya yang turut memakai kemeja dan seluarberwarna sedondon dengannya.
Apabila ditanya kepada suaminya yanglebih popular dengan panggilan Datuk K itu tentang penampilan bertudungSiti, dia memang menyokong kehendak Siti untuk memakai tudung asalkanhati ikhlas dan mempunyai iman yang kuat.
“Saya tak suruh jugatidak melarang dia untuk memakai tudung sekarang. Saya bersetujuapabila dia mengatakan hendak membuat perubahan pada penampilannyasecara perlahan-lahan.
“Dia lebih manis bertudung tetapi apabila dirumah, saya juga lebih selesa melihat keayuannya tanpa bertudung.
“Setakatini ramai kawan-kawan saya yang memberi respon dan pendapat berbezakepada penampilan barunya di mana ada yang menyokong dan ada yang tidak.
“Tidak kurang juga yang mengatakan beliau terlalu muda untuk berbuat demikian,” ujar Datuk K.

|
Siti dan Datuk K harap segera dikurniakan cahaya mata
|
ibuDatuk K, Zainab Hanapi, kakak ipar Siti, Rozie, kakak Datuk K, ZaitonMohd. Jiwa, dua orang anak Datuk K, Mohd. Adib, 18 dan Mohd. Aziem,10 serta keluarga Siti dan Datuk K termasuk rakan artis.
Merekaadalah bekas pengacara TV3 Datin Norjuma Habib dan suami, pelakonSharifah Haslinda, Sharifah Shahira dan Ijoy, Sharifah Amani, QueHaidar, juara pencarian bintang Pantene Fida, penyampai Hot FM SharifahAleya, Shafinaz Selamat, Sean Ghazi, penyanyi Indonesia Rossa dan 30orang pelakon drama rantaian Spa Q iaitu Zed Zaidi, Betty Banafe,Faradhiya serta ramai lagi.
Menurut Zaiton, majlis yang dihoskanoleh Aznil Hj. Nawawi itu turut meraikan pelakon Spa Q berikutan merekatelah selesai menjalani pengambaran drama 60 episod itu.
Dalammajlis yang tidak ditetapkan tema itu, Siti dan tetamu yang hadirdirancakkan dengan persembahan nyanyian daripada Faradhiya, Aznil,Rossa, Sean Ghazi, adik Siti, Siti Saerah, Syed Sobri dan isteri selakupengurus muzik majlis tersebut, Azie termasuk kedua ibu bapanya.
Selainitu, majlis memotong kek turut dilakukan dan yang menariknya Shafinazyang bakal menyambut hari lahirnya pada hari ini juga dijemput meraikanhari lahir sehari awal bersama Siti setelah Aznil mengumumkan kejutanbuat Shafinaz dan semua tetamu itu.
Tenyata ramai yang hadirmendoakan Siti cepat dikurniakan cahaya mata dan berada dalam keadaansihat sejahtera serta dimurahkan rezeki.
Datuk Seri Khalid- “Semoga beliau mendapat kesihatan yang baik, kasih sayang yangberpanjangan, dimurahkan rezeki dan mendapat zuriat yang baik.”
Mohd. Adib dan Mohd. Aziem - “Selamat hari jadi, Mak Iti!”
Zaiton Mohd. Jiwa- “Kami sekeluarga mendoakan kebahagiaan Siti dan Khalid serta semogamereka berdua cepat-cepat dikurniakan anak seperti yang Siti inginkan.”
Siti Salmah Bachik - “Selamat hari jadi. Moga bertambah rezeki, dikurnia anak dan berbahagia hingga ke akhir hayat.”
Siti Saerah - “Selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Mudah-mudahan cepat dapat anak.”
sumber: mStar online
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

KHALID Mohamad Jiwa menyuap kek kepada isterinya, Siti Nurhaliza pada majlis sambutan ulang tahun hari lahir Siti di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar SYEFRY MONIZ .
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menyambut hari lahirnya yang ke-29 hari ini berharap dapat mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Saya juga berharap karier saya akan terus cemerlang selain dapat melihat beberapa perancangan yang telah diatur menjadi kenyataan. Sudah pasti saya juga mengharapkan dikurniakan cahaya mata agar menjadi pelengkap kepada keluarga saya dan suami,” kata penyanyi jelita itu.
Siti Nurhaliza yang kini bergaya dengan imej bertudung berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan dalam suasana meriah di sebuah hotel terkemuka di ibu kota di sini malam tadi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu juga mengharapkan agar orang ramai tidak mendesak dan memberi tekanan kepadanya hanya kerana dia tampil dengan imej yang bukan seperti dijanjikannya sewaktu selepas berkahwin dahulu.
“Buat masa ini, saya selesa dengan penampilan sekarang. Perubahan yang saya lakukan ini adalah lebih elok jika dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.
“Saya tidak mahu isu bertudung menjadi isu besar. Satu hari nanti saya akan bertudung juga. Biarlah ia datang dari hati yang ikhlas dan bukan secara paksaan. Berilah saya masa,” jelasnya.
Siti Nurhaliza pernah berjanji akan mengenakan tudung sebaik sahaja menjadi isteri kepada Khalid, 49, pada 21 Ogos 2006.
Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbarunya, Hadiah Daripada Hati, itu turut memberitahu, penghijrahan dirinya dari segi penampilan bukan satu penghalang untuk dia terus menjadi anak seni.
“Alhamdulillah, rezeki saya untuk persembahan semakin murah dan saya percaya setiap rezeki itu datang daripada Allah,” katanya yang semakin berseri dan jelita selepas pulang daripada mengerjakan haji pada 27 Disember lalu.
Sambutan majlis hari lahir Siti Nurhaliza itu turut dihadiri sahabat-handai, ahli keluarga serta artis dan selebriti tempatan, antaranya Syafinaz Selamat, Chef Wan, Sharifah Amani, Que Haidar, Fazli Zainal, Sean Ghazi, Habsah Hassan serta penyanyi Indonesia, Rossa.
Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza memberitahu, dia akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu Ke-22 anjuran TV3 pada 27 Januari ini. Lagunya, Destinasi Cinta, terpilih sebagai lagu yang akan bersaing dalam kategori pop rock pertandingan itu.
sumber: utusan malaysia online
|
|
|
|
|
|
|
|
Written by Siti Nurhaliza |
Friday, 11 January 2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Salam Maal Hijarh, moga tahun baru ini akan memberikan kita semua kebaikan dan kebahagiaan yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tekadkan diri dan hati agar kita diberkatiNya, diberikan keteguhan iman, dikuatkan semangat, dimurahkan rezeki, diterima segala yang dihajatkan dan beroleh kejayaan sepanjang tahun ini. InsyaAllah.
Hari ini Siti luangkan masa menulis buat anda semua kerana hari ini adalah hari istimewa dalam hidup Siti. Siti ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan anda semua sempena ulangtahun kelahiran Siti. Siti amat menghargai ingatan anda kepada Siti dan tentunya Siti amat berbahagia memiliki peminat-peminat yang sentiasa prihatin dan menyokong Siti dalam susah dan senang. Siti akui sebagai manusia biasa, Siti juga tidak sempurna, adakala tidak mampu memberikan yang terbaik seperti yang anda hajatkan, ada kehendak atau permintaan anda yang tak dapat Siti tunaikan, ada kemahuan anda yang tak terlaksana, ada pandangan dan kritikan anda yang mungkin anda anggap Siti tidak ambil peduli, segalanya Siti fahami dan akui bahawa Siti hanya insan biasa sahaja.
Terlalu banyak ucapan terima kasih yang mahu Siti rakamkan di sini, terutama atas doa-doa anda semua sempena pemergian Siti mengerjakan haji Disember lalu. Alhamdulillah, Siti berasa gembira kerana telah selamat pergi dan pulang dan telah melaksanakan ibadah yang menjadi kewajipan umat Islam.Kegembiraan dan ketenangan telah Siti perolehi dan hendaknya penampilan Siti sekarang ini juga direstui. Siti akui melakukan perubahan diri perlahan-perlahan sesuai dengan diri Siti dan insyaAllah akan menjadi lebih baik dan sempurna nanti.Bagi Siti perubahan pada diri setiap orang itu yang harus kita sokong, bagaimana cara dia berubah perlu kita dukung, dan jangan pula kita biarkan orang itu rebah hanya kerana kita mahu dia memperlihatkan kesempurnaan yang di luar kemampuan dirinya mungkin.
Selain itu, terima kasih atas sokongan kepada album baru Siti, harap semakin hari semakin anda menyukainya. Transkripsi dulu juga mendapat kritikan juga pada awalnya dan akhirnya semua boleh menerima. Siti harap album baru ini juga akan menyenangkan anda semua. Tentang Anugerah Juara Lagu juga, Siti tahu besar harapan anda dan anda tidak putus-putus memberi sokongan. InsyaAllah Siti akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya dan doakanlah yang terbaik buat Siti nanti.
Salam mesra selalu…
Siti Nurhaliza
sumber: sitizone.com |
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
Rap |
 |
Insaf, rasa kerdil di Tanah Suci
KEPUTUSAN dibuat Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 29, tampil mengenakan selendang di kepala selepas pulang dari menunaikan ibadat haji pada 27 Disember lalu, menerima reaksi pelbagai daripada peminat. |
Ada yang menyambut baik keputusan dibuat dan memuji Siti kelihatan manis bergaya begitu. Apatah lagi ia sesuai dengan statusnya yang kini bergelar hajjah dan isteri.
Tidak kurang ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kononnya Siti tidak memenuhi janji dibuat sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 13 Disember lalu mahu bertudung litup selepas kembali ke tanah air.
Siti tampil buat pertama kali di hadapan umum dengan imej barunya ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi ke-50 pengacara masakan terkenal, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Isnin lalu.
Sempena Maal Hijrah yang disambut hari ini, secara tidak langsung perubahan dilakukan penyanyi yang muncul dengan album terbaru, Hadiah Daripada Hati itu ialah untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Esok pula (11 Januari) Siti akan meraikan ulangtahunnya yang ke-29.
Siti menegaskan, dia bersedia menerima apa saja maklum balas diberikan umum membabitkan penampilannya sekarang sama ada positif dan juga negatif.
“Saya tahu ada pihak berasa kurang senang dengan memberikan pelbagai komen dan pandangan peribadi mereka membabitkan perubahan imej ditampilkan ini.
“Begitupun, saya senang tampil secara sederhana. Saya tidak mahu melakukan perubahan drastik. Biarlah perubahan dibuat dilakukan secara perlahan-lahan,” katanya.
Siti yang tetap ceria dan sedia berkongsi pengalaman menunaikan ibadat haji buat kali pertama berkata, dia bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar.
“Saya amat bersyukur kerana ibadat dapat dilakukan dengan sempurna dan teratur. Tiada perkara tidak diingini berlaku. Inilah pengalaman paling manis dalam hidup yang pernah saya lalui.
“Bayangkan melihat jutaan manusia bersama-sama berada di Tanah Suci membuatkan saya berasa insaf dan kerdil. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,” katanya.
Sepanjang bercerita, jelas kelihatan mata Siti berkaca dan senyuman gembiranya sentiasa tergambar di bibir. Katanya, impiannya untuk menunaikan ibadat haji dengan membawa ibunya, Siti Salmah Bachik akhirnya terlaksana.
“Selain itu saya juga gambira apabila suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa dan abang, Saiful Bahri turut bersama. Di sana saya menetap di Hotel Intercon.
“Banyak juga pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Contohnya saya terkejut apabila bangun awal pagi untuk melakukan ibadat di Masjidil Haram, saya tengok ramai orang tidur di kaki lima hotel.
“Melihat akan peristiwa itu membuatkan saya insaf. Apabila kita berada di Tanah Suci, semua manusia tarafnya sama di sisi Allah. Tiada beza darjat dan keturunan,” katanya.
Apapun kata Siti, dia tidak berkesempatan bertemu dengan mana-mana artis tempatan yang sama-sama mengerjakan haji kali ini. Begitu juga dengan rombongan yang bertolak bersama-sama dengannya tiada pegawai kerajaan yang dia nampak kecuali kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan.
“Saya terus ke Makkah dan hanya tinggal di Madinah selama dua malam. Begitupun ada satu peristiwa menarik berlaku. Saya terserempak dengan penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista. Waktu itu saya mahu pulang ke hotel sementara Inul pula baru keluar dari hotel yang sama.
“Saya tidak menyedarinya pada awal tetapi melihat wajahnya dari dekat baru saya perasan itu Inul. Kami terus saling bertegur sapa kerana gembira dapat bertemu. Inul pula sempat merakamkan gambar kami bersama,” katanya.
Selain berubah dari sudut penampilan, Siti juga kelihatan sedikit susut. Kata Siti, dia tidak menghadapi masalah kesihatan di sana.
“Cuma apabila berada di Tanah Suci, tidak banyak perkara yang difikirkan kecuali untuk beribadat sepenuhnya. Makan pun hanya sekadar untuk mengisi perut,” katanya.
Penyanyi berasal dari Temerloh, Pahang itu juga tidak banyak membeli barang kecuali tiga helai jubah untuk kegunaan peribadi.
Siti juga menegaskan, penampilannya itu akan dikekalkan termasuklah apabila mengadakan persembahan untuk Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Selepas itu penyanyi yang kini popular dengan lagu Ku Mahu, akan memberikan tumpuan penuh pada kerja promosi album Hadiah Daripada Hati.
Selepas 12 tahun dalam bidang seni pencapaiannya cukup hebat. Sehingga kini Siti menerima lebih 140 anugerah. Antaranya Anugerah Industri Muzik (22 anugerah), Juara Lagu (17), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (13), Anugerah Era (11) dan Anugerah Planet Muzik (11).
Siti juga mendapat pengiktirafan di luar negara seperti Anugerah Muzik Indonesia, Festival Muzik Shanghai, MTV Asia dan juga Voice of Asia 2002 merangkul Juara Grand Prix.
Profile
Nama Penuh: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin
Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
Bintang: Capricorn
Keluarga: Anak kelima daripada lapan beradik
Tempat Lahir: Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
Status: Berkahwin
Suami: Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa
Hobi: Menonton VCD dan membaca majalah
Warna Kegemaran: Hijau dan pastel
Makanan Kegemaran: Masakan kampung, Thai dan masakan ibu
Minuman Kegemaran: Minuman panas
Muzik Kegemaran: Pop, Alternatif, R&B, Tradisional
Artis Pujaan: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman & P Ramlee
Anugerah: Johan Setia Mahkota (JSM), Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP yang membawa gelaran Datuk)
sumber: harian metro online
|
|
|
|
|