Jun
04
    
Posted (admin) in Event, calmille.free.fr, Career on June-4-2008

Our darling Siti Nurhaliza has been nominated in two categories at the annual EH! awards. She’s nominated for Selebriti Pencapaian Terbaik and Selebriti Pilihan Kulit Majalah.

Please vote before 31 July 2008.

to vote, click here


 
May
30
    
Posted (admin) in berita harian online, Career on May-30-2008

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Pengalaman sebagai Azizah memberi kenangan manis kepada penyanyi nombor satu negara

KEJAYAAN pementasan muzikal, P Ramlee The Musical… The Life, The Loves & The Inspiration (PRTM) menyeberang Singapura, selain kembali dipentaskan untuk musim kedua di Istana Budaya memberi impak membanggakan kepada penggiat teater tempatan.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pernah berkongsi detik bersejarah itu apabila turut membintangi pementasan pertama arahan Adlin Aman Ramlie ketika dipentaskan di Istana Budaya, Oktober tahun lalu.

Malangnya, apabila teater yang dijayakan nama popular serta meraih enam trofi pada malam Anugerah Boh Cameronian 2007, pada 11 Mei lalu kembali dipentaskan, Siti yang memainkan peranan Azizah tidak dapat bersama.

Ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, baru-baru ini, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu berkata, ada beberapa sebab menyebabkan dia tidak dapat serta pada pementasan musim kedua yang akan bermula 28 Mei.

“Satu daripadanya adalah komitmen waktu. Masa terlalu suntuk menyebabkan Siti mengambil keputusan untuk tidak bersama pada pementasan kedua. Pada masa sama Siti sendiri sedang dalam persiapan untuk menyiapkan rakaman album tradisional. Itu saja sudah menuntut masa yang banyak selain memerlukan fokus yang lebih.

“Cukuplah sekali dulu mencuba kerana pada masa ini, Siti juga ingin memberikan tumpuan kepada rumah tangga,” katanya.

Isteri kepada usahawan terkemuka, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini berkata, langsung tidak terlintas perasaan terkilan apabila watak yang pernah dijayakannya itu diserahkan kepada orang lain.

Bagi Siti, tidak salah watak itu dibawakan pelakon lain kerana kemunculan penggantinya itu akan turut memberi kepelbagaian kepada pementasan PRTM. Tidak menafikan seronok kerana berpeluang terbabit dalam produksi hebat itu, namun kata Siti, dia perlu akur dengan kemampuan diri.

“Fokus Siti ketika ini terlalu banyak, jadi apabila difikirkan semula adalah lebih baik Siti menarik diri. Apa yang penting hasrat Siti untuk mencuba dunia lakonan sudah tercapai. Biarpun tidak berlakon kembali, Siti tetap akan memberikan sokongan. Siti mahu pergi menonton PRTM musim kedua,” katanya.

Pohon Siti, jangan membandingkan Azizah yang dilakonkannya dengan persembahan Emelda Rosmila yang dipilih menggantikannya untuk peranan itu.

Baginya, setiap mereka mempunyai kemampuan berbeza dan Siti percaya dengan pengalaman besar Emelda sebagai pelakon drama, dia mampu memberikan kejutan dalam pementasan itu.

“Siti percaya walaupun Emelda nama baru dalam dunia lakonan pentas tetapi dia juga mempunyai kelebihannya tersendiri. Jangan bandingkan dia dengan Siti kerana antara kami berdua tiada persamaan. Cuma kebetulan Siti dan Emelda memainkan peranan yang sama sebagai Azizah, wanita yang menjadi inspirasi dalam hidup Allahyarham Tan Sri P Ramlee,” katanya.

Di luar bidang kuasa

KEMUNCULAN album kompilasi 2 Diva yang menyatukan Siti dengan penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti turut menarik perhatian peminat seni, khususnya media.

Malangnya seakan terselit sedikit kekecewaan apabila album yang diterbitkan bersama Warner Music dan SRC itu tidak menyelitkan lagu baru paduan suara mereka berdua sebagai bonus kepada pendengar.

Ditanya mengenainya, penyanyi Biarlah Rahsia ini berkata, apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasanya.

Malah kata Siti, dia tidak tahu apa-apa mengenai penerbitan kompilasi itu dan hanya menyedari apabila membacanya di akhbar.

“Mungkin disebabkan sudah terlalu banyak album kompilasi nyanyian Siti diterbitkan membuatkan peminat mahukan sesuatu yang baru dan berbeza. Tetapi, maaf kerana Siti tidak terbabit langsung dalam penerbitan ini. Ia adalah hasil persefahaman antara syarikat rakaman.

“Siti sendiri mempunyai banyak lagi popular terutama dalam album Transkripsi tetapi tidak dimuatkan dalam kompilasi itu,” katanya.

Meskipun tertanam niat di hati untuk merakamkan sebuah lagu kenangan bersama diva Indonesia itu, namun kata Siti, impian suci itu belum terlaksana lantaran kesibukan mereka bersama.

sumber: berita harian online


 
May
28
    
Posted (admin) in Event, Sitizone on May-28-2008

Date: Saturday, May 31, 2008 At 08:30 PM

Duration: 2 Hours

Siti will be at the opening ceremony of SUKMA at Stadium Utama, Kuala Terengganu, Terengganu.

source: sitizone.com


 
May
26
    
Posted (admin) in calmille.free.fr, Youtube on May-26-2008

sumber: calmille.free.fr


 
May
25
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K, Gossip, Personal Siti on May-25-2008

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
(Emel: ent_editor@kosmo.com.my)

INILAH rumah banglo mewah milik Datuk K yang sebelum ini didiami Tengku Zawyah.

ORANG luar boleh berkata apa saja, tetapi realitinya hanya empunya diri yang tahu segala kebenarannya.

Justeru apabila kecoh kisah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dikatakansudah berpindah ke banglo mewah yang pernah didiami suaminya Datuk SeriKhalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bersama dengan bekas isteri, banyak kisahyang sebenarnya orang luar kurang arif tetapi masih sibuk berkatamacam-macam.
Lebih mendukacitakan lagi, penyanyi ini sendiri diterjah denganpelbagai kata-kata kurang elok, selepas dia dikatakan berpindah kerumah bernilai lebih RM6 juta itu baru-baru ini.
Banglo berkenaan sebelum ini didiami oleh bekas isteri Datuk K,Tengku Zawyah Tengku Izham dan anak-anak selepas perceraian pada tahun2005.
Bagaimanapun Pancaindera difahamkan Tengku Zawyah membuat keputusanuntuk berpindah beberapa bulan lalu ke satu lokasi lain sementaramenanti kediaman barunya di Kemensah, Selangor disiapkan penghujungtahun ini.
“Perpindahan Tengku Zawyah tidak ada kaitan dengan Siti dan saya.Tengku sendiri yang mahu berpindah. Insya Allah hujung tahun ini rumahbaru dia akan siap di Kemensah dan dia akan tinggal bersama anak-anak,”kata Datuk K kepada Pancaindera menjelaskan sebab musabab bekasisterinya itu berpindah ke banglo berkenaan.
Oleh kerana banglo itu tidak berpenghuni, Datuk K mengajak kedua ibubapanya, Siti Zainah Hanafi dan Muhammad Jiwa Abdullah berpindah kesitu beberapa bulan kemudian.
Dan atas permintaan Datuk K, semenjak awal Mei lalu Siti menyatakankesudiannya untuk berulang alik ke banglo itu sekali gus bersama-samamenjaga Muhammad Jiwa yang menghidap strok.
“Memang benar Siti selalu ke banglo itu. Tetapi Siti belum pindahsepenuhnya. Banyak lagi barang Siti di kondominium kami,” kata Sitikepada Pancaindera.
Menurut Siti dia perlu akur dengan apa juga kata- kata orang luaryang mungkin membuat pelbagai tanggapan kepada dirinya selepas ini.Bagaimanapun sebagai manusia biasa dia tidak mampu untuk memuaskan hatisemua pihak apatah lagi melarang mereka dari berkata buruk tentangdirinya.
“Tak perlulah orang luar pula yang buat spekulasi tentang diri Siti.Orang selalu dengar benda yang buruk saja, tak baik macam itu, taksihat untuk mereka sendiri.
“Siti tahu apa yang Siti buat. Dan sebagai isteri, Siti akur denganapa juga keputusan yang suami Siti buat untuk kami sekeluarga,”katanya.
* Kekok di rumah baru
Menceritakan tentang pengalamannya menjejaki rumah mewah itu, kata Siti pada awalnya dia merasa agak kekok serta kurang selesa.

Ini kerana semenjak berkahwin dengan suaminya itu, mereka cukupselesa di ruang kondominium penthouse sambil sesekali dilawatianak-anak tirinya.
“Mula-mula dulu Siti pun rasa kurang selesa. Sampai sekarang Sitimasih dalam peringkat menyesuaikan diri, sebab tak rasa macam rumahsendiri.
“Tetapi tak apalah, sebagai isteri Siti kena akur, perlu adapersefahaman dengan suami dan ikut mana yang dia fikirkan baik,”katanya.
Pancaindera difahamkan sebelum ini Datuk K berhasrat untuk membina sebuah banglo lain untuk Siti.
Banglo yang dikatakan berharga hampir RM10 juta itu sedang dalamperingkat perbincangan awal dengan pihak arkitek. Dan bagaimana puladengan perancangan berkenaan? Apakah banglo khas untuk Siti Nurhalizaitu bakal terbina atau sebaliknya?
“Belum tahu lagi. Buat masa sekarang keutamaan saya ialah kepadaayah yang sedang sakit. Semasa saya membina rumah ini (banglo di BukitAntarabangsa) saya berhasrat untuk membawa ibu bapa saya tinggalbersama.
“Dan Alhamdulillah sekarang hajat saya tercapai untuk membawa ibubapa saya ke rumah saya ini. Hal yang lain tu biarlah kami fikirkankemudian” kata Datuk K lagi.

sumber: kosmo!


 
May
24
    
Posted (admin) in Sitizone, Gossip, Personal Siti on May-24-2008

Written by Siti Nurhaliza
Friday, 23 May 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam buat warga pekerja, warga belia, warga ibu, warga guru dan sesiapa yang menyambut hari Wesak baru-baru ini, nampaknya bulan Mei banyak hari-hari yang diraikan.

Seperti biasa Siti mendoakan agar semua yang dijalani akan dapat dilalui dengan baik. Siti juga berdoa agar hari-hari yang bererti buat setiap seorang daripada kita akan menjadi detik yang bermakna dalam hidup.

Hidup hanya sekali, itu yang memang kita tahu. Menghargainya setiap detik akan memberikan kita kelegaan kerana kita akan dapat mensyukuri apa yang telah kita miliki. Tidak kira siapa kita, apa status kita, di manakah asal kita, keturunan, bangsa , agama mahupun negara, kita harus tahu erti saling menghormati dan menghargai.

Siti kira terlalu banyak yang telah Siti lalui dan depani, ambil saja yang manis untuk jadikan kenangan terindah dan yang pahit jadikan pedoman untuk ditongkah. Tidak mudah menjadi seorang seperti Siti tetapi Siti bertanggungjawab atas apa yang telah Siti jalani sebagai insan malah Siti tidak mahu mengeluh dan melatah jika ada kata-kata tidak benar dilempar, ada umpatan dan kejian, ada rasa tidak puas hati pelbagai pihak, ada rasa kurang senang mahupun sesuatu yang sampai ke telinga pihak lain adalah sebaliknya daripada cerita atau kisah sebenarnya.

Siti tahu tanggungjawab Siti besar kerana Siti telah melalui hari Siti sebagai orang yang dikenali, pasti apa jua akan diperkatakan. Tapi dalam Siti cuba dan mencuba malah telah lama menerimanya dengan dada terbuka tapi Siti harus akui bahawa Siti juga manusia biasa. Sebagaimana orang lain punya hati dan rasa, punya pertimbangan, akhirnya harus diakui bahawa kita semua adalah sama. Bagaimana ada yang sanggup menyakiti sesama kita, menuding jari ke arah sini dan sana malah melontarkan kata-kata yang mungkin membuatkan ada yang terluka. Apakah di laman ini sudah hilang kepercayaan dan keharmonian? Sudah timbul andaian yang seolah2 menggambarkan diri Siti ini adalah sebaliknya daripada apa yang pernah dikenali?

Beradalah sekejap di tempat Siti, pasti anda tidak sanggup duduk lama. Tapi inilah yang Siti pegang selama ini, bertahan semampu mungkin. Cukuplah… jangan ada andaian lagi. Semua yang berlaku baik-baik belaka. Siti masih ada rasa dan harga. Masih ada maruah dan juga masih punya hati yang seperti dulu. Tidak berubah, tidak ada kesanggupan untuk melukai sesiapa malah tidak pula menonong mengikut telunjuk sesiapa.

Maaf catatan ini merangkumi semuanya. Cukuplah jika selama ini Siti harus berkias dan masih menghormati perasaan orang lain dan kini Siti masih berkias kerana itulah cara Siti.

Semoga masih ada kedamaian dan keceriaan.Doa Siti yang berpanjangan.

Salam mesra buat semua.
Siti Nurhaliza

sumber:sitizone.com


 
May
24
    
Posted (admin) in Datuk K, utusan malaysia online, Gossip, Personal Siti on May-24-2008

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

INILAH banglo mewah di Bukit Antarabangsa yang didiami oleh Khalid Mohammad Jiwa bersama isterinya, Siti Nurhaliza yang menjadi perbualan ramai.

BIARLAH orang buat spekulasi. Siti tidak berupaya untuk menghalang orang bercakap apa saja mengenai diri Siti.”Itu merupakan luahan yang entah berapa kali disuarakan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merujuk kepada cakap-cakap orang mengenai dirinya.

Menyedari kedudukannya sebagai artis ternama tanah air, Siti hanya mampu untuk membiarkan dirinya menjadi topik perbualan ramai.

Terbaru, isteri kepada usahawan Datuk Khalid Mohammad Jiwa itu diheret sekali lagi dalam isu kehadirannya sebagai penghuni baru banglo mewah bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur yang pernah didiami Khalid dan bekas isteri pertamanya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa Siti sanggup menghuni kediaman itu sehingga menghukumnya sebagai seorang wanita yang zalim.

Hakikatnya, tiada siapa yang cuba memahami kedudukannya sebagai seorang isteri kepada usahawan yang membina rumah itu.

Pada satu pertemuan eksklusif dengan pasangan suami isteri itu di banglo RM6 juta berkenaan kelmarin, Siti dan Khalid sugul memikirkan kenapa isu itu terus ditiupkan oleh pihak-pihak yang seperti mencemburui kebahagiaan mereka berdua.

Bagi Khalid, beliau masih boleh bersabar kerana isu itu agak remeh kerana sebagai seorang usahawan sudah banyak sepak tendang dalam bidang perniagaan yang dilaluinya.

Namun melihat kerisauan isteri tercinta, Khalid memohon pengertian semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap mereka berdua.

Kata Khalid, beliau tidak pernah menafikan hakikat banglo itu menyimpan banyak kenangan antaranya dengan Tengku Zawyah.

Pada masa yang sama, Khalid berkata, beliau sangat realistik bahawa pengalaman hidup dengan Tengku Zawyah sudah berlalu.

Sementelah Khalid pula kini sudah mempunyai kehidupannya sendiri, begitu juga dengan bekas isterinya.

Dan beberapa bulan lalu, Tengku Zawyah juga ujar Khalid, memilih untuk berpindah dari mendiami kediaman itu ke rumah lain.

“Oleh kerana dua orang anak kami tidak tinggal di banglo itu kerana belajar di luar negara dan seorang lagi di asrama, maka Tengku Zawyah merasakan dia kurang selesa untuk tinggal di rumah sebesar itu.

“Jadi, dia membuat keputusan untuk berpindah dan saya harus menghormati keputusan yang dibuatnya,” terang Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau punca bekas isterinya itu membawa diri keluar dari banglo yang merupakan harta sepencarian mereka sebelum bercerai pada 2005.

Khalid juga memberitahu, segala urusan perpindahan Tengku Zawyah dilakukan secara baik antara kedua-dua pihak.

“Daripada membiarkan rumah itu kosong, saya bawa Siti tinggal bersama saya. Kebetulan juga, ayah dan ibu saya menetap di situ.

“Di banglo ini juga, ayah saya yang sedang uzur ditempatkan. Saya mahu sentiasa bersama ayah saya, menjaga dia dan memastikan dia mendapat rawatan yang baik.

“Begitu juga dengan ibu. Saya tidak mahu berjauhan daripada mereka terutamanya pada saat-saat ini,” jelas Khalid lagi.
Ayahnya, Mohamad Jiwa Abdullah, 78, yang uzur kini dijaga oleh beliau selepas sekian lama menghidap penyakit strok.

Pada masa yang sama, Khalid juga berjanji akan menyerahkan banglo berkenaan kepada salah seorang anaknya apabila sampai masanya kelak.

Lalu, soal Khalid lagi, apakah menjadi kesalahan baginya membawa isterinya menetap di banglo itu.

“Saya sangat hairan kenapa masih ada orang mahu kecoh mengenai isu ini. Saya mohon pengertian semua orang agar memberi ruang kepada saya dan Siti untuk menguruskan kehidupan kami,” pinta Khalid berkali-kali.

Menurut Khalid, beliau sangat menghargai kesudian Siti untuk menetap di banglo itu biarpun ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap mereka.

Sementara itu, Siti pula dalam reaksinya memberitahu, sebagai seorang isteri, dia akan mengikut apa sahaja kehendak suami khususnya terhadap perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada rumah tangga mereka.

“Siti juga ada perasaan, ada rasa tanggungjawab. Ini keputusan yang suami buat, mahu atau tidak, Siti harus ikut. Janganlah buat dakwaan sesuka hati,” kata penyanyi itu lagi.

Bagaimanapun, Siti secara peribadi mengakui, dia lebih senang untuk tinggal di kondominium mewah di Jalan Ampang yang selama ini didiaminya, namun Siti harus akur dengan keputusan suaminya itu.

“Tetapi sesekali kami balik juga ke kondominium yang kami tinggal sebelum ini,” sambung penyanyi yang kini semakin popular dengan lagu Melawan Kesepian ini lagi.

Paling utama kata Siti, selain daripada undangan daripada suami, hatinya juga terbuka untuk menetap di banglo berkenaan kerana menghormati ibu dan ayah mertuanya yang juga menetap di sana.

“Siti sangat gembira dan begitu selesa kerana ibu dan ayah mertua juga sama-sama menetap di sana.

“Sekurang-kurangnya, Siti juga berpeluang untuk menjaga kebajikan mereka berdua,” katanya lagi.

Khalid dan Siti mengharapkan penjelasan ini akan menoktahkan segala pandangan kurang enak sebilangan masyarakat yang barangkali kurang mengerti kedudukan mereka.

sumber: utusan malaysia online


 
May
23
    
Posted (admin) in Kosmo, Datuk K on May-23-2008

INILAH dia rumah Datuk K yang kini dihuni Siti Nurhaliza yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Gambar kecil, Datuk K dan Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR - Setelah beberapa bulan sepi, banglo mewah bernilai lebih RM6 juta di Bukit Antarabangsa yang pernah diduduki Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa dan bekas isterinya, kini menerima kehadiran penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sebagai penghuni baru.
Banglo berkenaan yang sebelum itu diduduki bekas isteri Khalid (Datuk K), Tengku Zawyah Tengku Izham bersama anak-anaknya selepas perceraian mereka, dikatakan mula diduduki Siti sejak awal bulan ini.

“Memang benar Siti selalu berada di banglo ini semenjak bekas isteri saya pindah beberapa bulan lalu,” jelas Khalid kepada Kosmo!.

sumber: Kosmo!


 
May
14
    
Posted (admin) in Datuk K, The New Straits Times, Personal Siti on May-14-2008

* THE hilly residential area in Ampang, Selangor, is about to receive our local darlingof the entertainment industry, Datuk Siti Nurhaliza.

Rumours are rife that the multiple award-winning singer is moving in to her new home with her husband-businessman Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sources have confirmed that a posh bungalow is undergoing renovation.

Siti was recently named Best Female Vocalist for Performance in an Album at the recent Anugerah Industri Muzik 15, her ninth win of the award to date.

source: the new straits times