Jun
13
    
Posted (admin) in Career on June-13-2007

Seperti Yang Dijangka
June 10th, 2007
                                                                       

Setelahmerangkul banyak piala Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun-tahunyang lalu, akhirnya, untuk kali pertama Datuk Siti Nurhaliza bolehmengucapkan terima kasih dengan satu pembaharuan.
Ketika menyampaikan ucapan penghargaannya yang pertama pada acaraitu kelmarin, Siti dengan tersipu-sipu menambah: Kepada..rakan cetakdan media elektronik dan..suami saya..- rangkaian kata-kata yangdisambut dengan sorakan dan gelak ketawa oleh para penonton. Sayalihat, suami beliau, Datuk K, yang menemaninya sepanjang majlis, hanyatersenyum simpul.
Ucapan Siti seterusnya, semasa menerima dua lagi piala APM,bagaimanapun tidak mampu mendapat reaksi yang sama daripada penonton.Seperti ucapan terima kasihnya, ketiga-tiga kemenangan Siti dalamkategori Artis Wanita Paling Popular, Lagu Terbaik, dan Artis WanitaTerbaik memang dijangkakan.
Begitu juga kemenangkan Mawi -yang kelihatan segak dengan jaket danseluar serba putih. Beliau merangkul piala APM dalam kategori ArtisLelaki Paling Popular dan Lagu Paling Popular.
Dari segi nilai hiburan, apa yang ditawarkan APM tahun ketujuh iniadalah memboasankan dah ‘kalah’ jika dibandingkan dengan APM yang lalu,menurut beberapa penonton yang ditemui.
“Tak syok sangatlah. Artis pun tak nyanyi lagu penuh. Hanyaseparuh-separuh,” kata Cik Khairunnisa Abdul Rahman yang baru kalipertama menghadiri APM.
Percubaan keempat-empat hos iaitu Suhaimi Yusof, Fiza O, AznilNawawi dan Fika untuk meriahkan suasana juga seperti tidak menjadi.
Gimik menukar stail rambut dan memakai rambut palsu yang dicubaSuhaimi membosankan (tidak lucu lagi setelah kali pertama ia dicuba)dan kesungguhan Aznil untuk ‘menjual’ negaranya sempena Tahun MelawatMalaysia 2007 seperti tidak sesuai dengan acara.
Kekurangan elemen jenaka dan lucu ini menbuat saya berdoa agarmajlis yang berlangsung selama tiga jam lebih ini untuk cepat-cepattamat.
Hanya dua persembahan yang menonjol -persembahan Jaclyn Victor yangseperti biasa hebat dan terkawal serta nyanyian penerima Anugerah CintaPlanet Muzik, Zainal Abidin.
Memecahkan trend kemenangan artis Malaysia dan Indonesia dalamkategori serantau, Imran Ajmain, mengharumkan nama negara apabilabeliau meraih anugerah Artis Baru Terbaik.
Imran, yang telah menerima tujuh pencalonon, turut memenangi anugerah Artis Terbaik (Singapura).
“Dua daripapda tujuh. Bolehlah. Saya tak nak komplen,” kata Imran ketika ditemui selepas majlis.
Peminat dua pemenang Singapore Idol pula membuktikan bahawamembuktikan bahawa mereka belum lagi melupakan Taufik Batisah dan HadyMirza.
Kedua-duanya diundi peminat masing-masing untuk memenangi anugerahArtis Singapura Paling Popluar dan Lagu Paling Popular (Singapura)untuk lagu Merpati (Hady) dan Usah Lepaskan (Taufik).
Taufik turut memenangi anugerah Lagu Terbaik (Singapura) untuk lagu Usah Lepaskan yang diciptanya bersama Imran Ajmain.
Artis Singapura tidak diberi peluang ‘menyerantau’
Persembahan duo hip hop tanah air, Sleeq, penuh gah. Pemenanganugerah Artis Terbaik, Imran Ajmain, pula menumjukkan kebolehannyamenarik suara setinggi awangan-awangan Stadium Tertutup Singapura.Walaupun mutu suaranya tidak 100 peratus sempurna, usaha dankesungguhan bintang baru Singapura itu semasa berada lima minit dipentas tidak boleh dipertikaikan.
Namun sayang, persembahan Imran dan Sleeq di majlis Anugerah PlanetMuzik (APM) kelmarin hanya dapat ditonton oleh mereka yang hadir diStadium Tertutup pada mala itu.
Persembahan mereka berlangsung dalam 30 minit pertama acara itu.Kesemua lima anugerah untuk artis tempatan juga disampaikan dalamtempoh yang sama.
Berbeza daripada tahun lalu, Suria tidak menayangkan acara APM secara langsung kali ini.
Siaran langsung di saluran Astro di Malaysia dan Indonesia pulahanya bermula setengah jam selepas acara bermula. Ini bermakna peminatmuzik serantau terlepas menyaksikan aski Imran dan Sleeq sertapenyampaian anugerah kepada artis-artis Singapura.
Menurut penerbit eksekutif APM, Cik Zakariah Halim, pihak penganjurmengambil keputusan untuk tidak menayangkan APM secara langsung ditelevisyen kali untuk kali ini untuk ‘memberi keutamaan’ kepada merekayang menyokong APM dengan membeli tiket, walaupun penganjur sedarbahawa keputusan itu tidak akan menyenangkan kesemua pihak.
“Jika kita menayangkan (APM) secara langsung, orang yang telahmembeli tiket akan bersungut. Jika kita tidak menayangkannya pula,pasti ada sungutan daripada pihak yang lain,” ujar Cik Zakariah apabiladihubungi menerusi telefon.
Sesunguhnya, beberapa penonton yang ditemui Berita Minggu mengakuterkilan memikirkan nasib artis-artis tempatan yang tidak dapatmenonjolkan bakat kepada penonton seranta pada malam terbesar arenahiburan Melayu Singapura.
“Macam anak tiri, Sepatutnya, artis Singapura diutamakan keran acaraini dianjurkan kita sendiri,” kata Cik Saadiah Mahat, 25 tahun.
“Jika kita tak sokong artis kita, macam mana mutu persembahan artis kita boleh meningkat dan mencapai taraf artis serantau.
Disebaliknya, seorang penonton pula berpendapat bahawa kita haruscuba memahami situasi yang dihadapi pengajur, walaupun bliau turutmengaku berasa hampa.
“Mungkin pihak penganjur ada sebab-sebab tertentu,” kata Cik Salwiyah Awang, dari Jurong East.
Namun, seorang penonton sempat melepaskan perasaan geramnya:
“Buat konsert di IMM sahajalah kalau macam gini,” ujar seorang penonton yang hanya dikenali sebagai Cik Suharti.
sumber: Berita Minggu


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: