Aug
28
    
Posted (admin) in Sitizone on August-28-2007

Penjelasan Pihak SitiZone

Written by SitiZone Admin
Tuesday, 28 August 2007
Pertama sekali pihak SitiZone ingin memohon ribuan maaf jika ada di antara pemenang peraduan di SitiZone yang tidak mendapat emel pemberitahuan tentang kejayaan mereka terpilih ke majlis ulangtahun perkahwinan Dato’ Khalid dan Dato’ Siti Nurhaliza. Justeru kami mohon maaf di atas perkara ini kerana setelah diteliti ianya harus kami terangkan di sini supaya isu ini dapat diperjelaskan dan tidak ada salah faham di mana-mana pihak.

Pihak SitiZone telahpun memilih 5 orang pemenang bertuah untuk peraduan ucapan terbaik dan setiap seorang pemenang dibenarkan membawa seorang teman. Ini bermakna 10 orang terpilih untuk menghadiri majlis tersebut. (Ia tidak termasuk 10 orang pemenang peraduan ulangtahun SitiZone ke 2, mereka yang terpilih 10 orang dan jumlahnya menjadi 20 orang bersama teman. Hanya seorang sahaja yang tidak dapat hadir ke majlis ini kerana berada di luar negara dan seorang lagi memberitahu ketidakhadirannya pada keesokan harinya atas sebab-sebab tertentu. Kesemua pemenang ini berjaya dihubungi melalui emel yang dihantar pada 22 Ogos, sekitar jam 2 petang).

Bagi kelima-lima pemenang peraduan ucapan pula, emel mereka juga telah dihantar pada 22 Ogos, sekitar waktu yang sama. Tidak timbul soal kami menghantar emel lewat kepada mereka. Memandangkan kelima-lima pemenang ini masih tidak membalas emel kepada SitiZone, pihak kami akhirnya mengambil keputusan untuk menyiarkan emel mereka di SitiZone. Justeru pihak kami tidak tahu mengapa semua pemenang tidak menghubungi kami sedangkan emel telah dihantar pada 22 Ogos. Selain itu di peti ’sent item’ emel kami juga telah menerima mesej bahawa kesemua pemenang telah mendapat emel daripada kami.

Jika ini satu kesilapan, mungkin dari segi teknikal, tetapi pihak SitiZone memang telah menghantar emel kepada kelima-lima pemenang pada 22 Ogos dan kami mengambil keputusan menyiarkan emel mereka di SitiZone kerana pihak SitiZone masih tidak menerima balasan emel dari pemenang.

Dalam soal ini, kami mohon maaf tetapi kami telah berusaha yang terbaik dan tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku. Kepada semua pemenang peraduan ucapan, kami mohon agar anda berpuas hati dengan penjelasan ini. InsyaAllah jika ada majlis lain nanti, kami akan cuba hubungi anda lagi. Terima kasih.

Team SitiZone


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: