Datuk K suka Siti bertudung
Sejuk hati Joyah bila dengar penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza bakal bertudung tak lama lagi. Kata Siti, dia akan memakai tudung sebaik bergelar hajah tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, Siti dan suami akan mengerjakan ibadah haji penghujung tahun ini.
Hasrat untuk menunaikan ibadah haji sudah sekian lama terpendam, cuma pada tahun ini saja ia bakal menjadi kenyataan. Kata orang, seru sudah sampai.
Hasrat Siti untuk mengenakan tudung itu disambut dengan begitu baik oleh suaminya. Tak lama dulu Siti pernah membisikkan ke telinga kawan Joyah bahawa Datuk K memang suka kalau isterinya itu bertudung.
Malah Datuk K memberi restu kalau Siti mahu memakai tudung sebaik saja menjadi isterinya tahun lalu.
“Datuk memang suka sangat kalau Siti bertudung. Tetapi masa itu Siti terikat dengan banyak benda lagi, tak bolehlah. Pada Siti, biarlah niat bertudung tu datang dari hati Siti sendiri, barulah lebih afdal,” katanya kepada teman Joyah.
Semoga apa yang dicitakan Siti dan suami menjadi kenyataan. Memang tak ada yang pelik, tak ada yang ganjilnya cerita Siti Nurhaliza bertudung ini.
Malah Joyah percaya kecantikan dan keanggunan Siti juga tidak akan terjejas gara-gara tudung. Malah Joyah percaya saham Siti juga akan semakin menjulang dan disayangi peminat dengan imej sedemikian.
sumber: utusan malaysia online