Aug
07
    
Posted (admin) in mStar online, Career on August-7-2008

07-08-2008 10:35:14 AMKEDATANGAN bulan puasa sememangnya amat dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia. Walaupun kedatangan Syawal bakal disambut tidak sampai sebulan lagi, namun bagi sesetengah daripada kita, persiapan untuk meraikannya telah pun mula diatur.

Begitu juga dengan TV3 yang kini sedang rancak membuat persiapan menyediakan program-program yang terbaik sempena sambutan Aidilfitri 2008 khusus untuk santapan penonton setianya.

Siti masih aktif menyanyi. (Foto The Star oleh Azlina Abdullah)

Sebagai pembuka tirai, TV3 mengajak tetamu ke lokasi rakaman program khas Raya ‘Teratak Siti Nurhaliza’, antara sajian istimewa buat para penonton di Hari Raya kali ini.’Teratak Siti Nurhaliza’ merupakan satu program muzikal yang pastinya dinantikan oleh peminat-peminat penyanyi tersohor tanahair yang dikendalikan olehnya sendiri.

Program 60 minit ini menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu tradisional dan juga terkini yang popular, menjadi kegilaan ribuan peminatnya dengan diiringi oleh pemuzik-pemuzik profesional yang dipimpin oleh Faizal Uzir.

Menurut penerbit program ini, Mohd. Ismadi Ismail, “Program muzikal ini berkonsepkan fusion tradisional dan moden di mana kedua elemen ini digabung untuk mendapatkan konsep irama tersendiri sekaligus menjadikan program ini unik dan berbeza dari persembahan Siti sebelum ini.

“Bukan itu sahaja, turut memeriahkan rancangan ini adalah kakak dan adiknya sendiri iaitu Siti Nursaida dan Siti Nursaerah untuk bersama-sama membuat persembahan pada julung-julung kalinya di kaca televisyen.”


Masih sempat meluangkan masa untuk media merakamkan gambar kenangan.

Rakaman ‘Teratak Siti Nurhaliza’ ini dimulakan dengan ‘Gambit Pembukaan’ oleh penari Swatari dan nyanyian Swara dengan konsep irama Melayu tradisional.


Siti turut berduet dengan kakaknya, Saida dan adiknya, Saerah.

Nantikan kemunculan Siti yang mempersembahkan lagu etnik ‘Bunga Hutan’ sebagai pembuka tirai rancangan ini.

Selain itu, dia juga turut mendendangkan lagu-lagu medley joget yang pernah

Aksi Siti ketika menjayakan program rakaman Raya Teratak Siti Nurhaliza.

didendangkannya di konsert bersejarah Albert Hall, London seperti ‘Joget Pahang’, ‘Joget Berhibur’ dan ‘Joget Kasih Tak Sudah’.Siti juga membawakan medley klasik seperti ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Sejak Ku Bertemu’ yang mana diberi nafas baru di dalam versi unplugged.

Medley irama Malaysia dengan lagu ‘Mahligai Permata’, ‘Ya Maulai’ dan ‘Nirmala’ kemudiannya menyusul diikuti ‘Es Lilin’ yang terkenal dengan liriknya yang penuh dengan ungkapan ‘aduh’.

Para peminat sudah tentunya tidak akan kecewa kerana lagu yang menyusul selepas itu merupakan lagu yang cukup diminati ramai iaitu ‘Ku Mahu’.

Selepas itu, dia berduet dengan kakaknya, Saida dengan membawakan lagu ‘Empat Dara’ yang pastinya melengkapkan persembahan program ini.

Lagu ‘Suara Takbir’ dinyanyikan oleh Siti, diikuti dengan duet bersama Saerah yang mendendangkan lagu Lenggang Lenggok.

Datuk Siti kemudiannya bersama-sama Saerah dan Saidah akan mempersembahkan medley ‘Anugerah Aidilfitri’ dan ‘Nazam Lebaran’, diikuti dengan lagu penutup oleh Datuk Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu berhantu ‘Cindai’ yang telah memasyurkan nama penyanyi ini di persada seni tanahair.


Siti lebih banyak mendendangkan lagu medley irama Malaysia dan klasik berbanding lagu Raya.

Program ini diterajui oleh Khalijah Mohamed selaku penerbit eksekutif, Mohamad Ismadi Ismail selaku penerbit dan pengarah serta dibantu oleh Benjamin Sevang dan Nur Anis.

Jadi, kepada mereka yang merindui suara Datuk Siti Nurhaliza, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Teratak Siti Nurhaliza’ pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, 1 Oktober, 10 pagi hingga 11 pagi, hanya di TV3.

sumber: mStar online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: