Aug
04
    
Posted (admin) in Datuk K, mStar online, Career on August-4-2008

04-08-2008 10:33:08 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ 

SELEPAS Konsert Royal Albert Hall di London pada tiga tahun lalu, peminat Datuk Siti Nurhaliza mula merindui dan tertanya-tanya bila lagi isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini akan melakukan konsert besar-besaran lagi.

Baru-baru ini penyanyi yang mesra dengan panggilan Siti ini pernah menyatakan keinginannya untuk melakukan sebuah konsert pada tahun ini.

“Saya memang rancang nak buat konsert pada tahun ini. Tetapi ia masih lagi dalam perbincangan kerana ekonomi sekarang masih belum pulih lagi.

“Tengoklah, mungkin lepas raya atau macamana. Lagipun, saya tengah tunggu ‘lampu

Siti bakal adakan konsert tahun ini. (Foto The Star oleh Azlina Abdullah)

hijau’ daripada pihak penaja,” ujar Siti ketika rakaman program khas Raya ‘Teratak Siti Nurhaliza’.Program ini akan disiarkan pada Hari Raya pertama, 1 Oktober, jam 10 hingga 11 pagi di TV3.

Kata Siti, dia menerima tawaran untuk melakukan rakaman ini kerana mendapat masa yang sesuai.

Dalam program tersebut, Siti turut bergandingan dengan dua beradiknya yang lain iaitu Siti Nursaida dan Siti Nursaerah.

Siti banyak menyanyikan lagu bercorak tradisional berbanding lagu Raya.

Antaranya adalah lagu Bunga Hutan, medley joget seperti Joget Pahang, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah, medley Irama Malaysia seperti Nirmala, Mahligai Permata, Ya Maulai, Es Lilin dan banyak lagi.

Pada 21 Ogos ini, genaplah usia dua tahun perkahwinan Siti dan Datuk K. Jika tahun sudah, Siti telah mengadakan sambutan secara besar-besaran dan tahun ini Siti pasti akan menyambutnya.


Siti ketika menjayakan rakaman program khas Raya ‘Teratak Siti Nurhaliza’.

“Kami belum tetapkan lagi tentang bagaimana sambutan itu akan berlangsung. Tetapi, Insya Allah, kami akan sambut juga. Kalau tak besar-besaran, mungkin kita buat kecil-kecilan sahaja.

“Belum duduk berbincang dengan keluarga lagi. Apa-apa pun, saya nak buat umrah dahulu dan balik nanti baru kita fikir nak sambut di mana dan semua perkara tersebut,” beritahu Siti yang bakal mengerjakan umrah selama lebih seminggu mulai awal bulan puasa ini bersama suami dan ibu mertuanya.

Ditanya tentang apakah doa Siti untuk ulangtahun kedua perkahwinannya ini, Siti berkata dia mendoakan suami dan dirinya diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, terus sabar menghadapi bermacam-macam dugaan, cabaran dan bahagia ke akhir hayat.

Dalam perkembangan lain, Siti juga sedang merangka untuk merakam album terbarunya. Kata Siti, dia sedang berbincang dengan pemuzik tentang bila dia akan memulakan rakaman.


Siti juga dalam proses menyiapkan album Melayu Kontemporari
pada akhir tahun ini.

“Saya tengah berbincang dengan pemuzik tentang waktu untuk masuk studio. Insya Allah, saya akan buat rakaman juga nanti. Lambat bukan apa, sebab sesetengah composer seperti M. Nasir perlu membuat muzik berkonsepkan ‘live’,” jelas Siti yang akan menerbitkan albumnya di bawah Siti Nurhaliza Productions (SNP).

Siti bakal tampil dengan album Melayu Kontemporari pada akhir tahun ini. Album tersebut merupakan projek khas Siti dengan komposer pilihan yang diinspirasikan melalui Kem Cipta Ekspress anjuran MACP pada Januari lalu.

Selain M. Nasir, antara komposer yang bekerjasama untuk album ini adalah Zubir Ali, Adnan Abu Hassan, S. Atan, Pak Ngah dan ramai lagi.

Selain itu, SNP sedang menerbit single kakaknya, Saida berjudul Sedalamnya Cinta ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh PSNN atau kakak iparnya, Rozi.

“Lagu single tersebut bakal dimainkan di radio pada minggu ini. Selain Saida, SNP juga menerbitkan single adiknya, Saerah. Kami juga merancang untuk berduet tetapi tengok lagu yang sesuai dahulu,” akhiri Siti.

sumber: mStar online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: