Apr
28
    
Posted (admin) in Sitizone, Personal Siti, Career on April-28-2008

 

 

Written by Siti Nurhaliza,

Monday, 28 April 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga hari-hari yang dilalui tetap ceria dan membahagiakan. Biarlah apa saja dugaan mendatang, kita tempuh dengan tabah hati kerana semua yang tersurat itu adalah ujian. InsyaAllah akan ada hari-hari indah yang menanti.

Pertama sekali, terima kasih atas segala mesej yang disampaikan di laman ini. Tidak kira nasihat, teguran, salam, ucapan tahniah atau apa saja, Siti terima dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa, banyak yang telah Siti lalui dan insyaAllah apa yang baik itu akan Siti kejar dalam jalan Siti sendiri, dengan cara Siti sendiri, semoga segalanya akan bertambah baik dari semasa ke semasa.Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi Siti sewaktu Anugerah Planet Muzik baru-baru ini dan membolehkan anugerah Penyanyi Wanita Popular Siti kongsi bersama anda. Sokongan dan kesetiaan anda begitu membuatkan Siti terharu dan terima kasih sekali lagi.Alhamdulillah, dalam cabaran dan rintangan, 2008 juga mencatatkan yang manis-manis juga buat Siti dan peminat. InsyaAllah apa yang terlakar ini akan menjadi kekuatan untuk Siti terus berusaha.

Tidak lama lagi AIM akan menjelang dan ini merupakan majlis anugerah yang ditunggu oelh seluruh karyawan seni tanahair. Bukan Siti mempertaruhkan diri Siti seorang tetapi semua yang bekerja di belakang tabir Hadiah Daripada Hati juga turut menerima penghargaan. Menjadi 5 calon terbaik dalam beberapa kategori menerusi Hadiah Daripada Hati (HDH) membuktikan bahawa album itu Siti hasilkan dengan berhati-hati dan mementingkan kualiti. Mungkin masih ada perbandingan dengan Transkripsi tapi HDH mempunyai kekuatan tersendiri.

Semoga catatan kali ini berjaya mengubat rindu para peminat semua.
Salam sayang daripada Siti.Moga bertemu lagi.
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: