Apr
24
    
Posted (admin) in harian metro online, Career on April-24-2008

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap
DATUK Siti Nurhaliza sudah dianggap bagai adik sendiri oleh penghibur terkenal dari seberang, Kris Dayanti, 33. Justeru, masakan dia sengaja atau tergamak menyindir Siti ketika kejayaannya menewaskan biduanita negara itu menerusi kategori Artis Wanita Terbaik yang dipertandingkan di Anugerah Planet Muzik (APM), 20 April lalu.

Namun, keikhlasan kata-kata Kris Dayanti atau KD (sebutan Ka-De) disalahertikan sesetengah pihak yang sebenarnya kurang faham dengan ucapannya ‘semoga Siti berbagi kemenangan’.

Justeru, ketika pertemuan dengan KD sempena Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality di Matrade Exhibition & Convention Centre (MECC), Selasa lalu, dia diminta menjelaskan isu ini.

“Semoga Siti ikhlas (atau maksudnya sudi) berbagi kemenangan sebagaimana diperkatakan dalam ucapan saya tempoh hari, bukan satu sindiran kepada Siti sebaliknya menganggap ia satu keizinan kerana selama inikan anugerah itu kepunyaan Siti.

“Lebih membanggakan, penghormatan itu diberikan kepada saya ketika majlis pengiktirafan dilangsungkan di negaranya (Malaysia) Siti.

“Kemenangan ini tambah bermakna kerana di majlis Anugerah Muzik Indonesia yang lalu nama saya langsung tidak dinobatkan,” katanya.

Bukan sekadar ucapan yang menjadi perhatian malah penampilan KD dengan gaya fesyen ala-ala ‘ihram’ itu turut dikritik peminat. Bukan saja sebagai pakaian terburuk di APM tetapi juga dalam sejarah penampilannya pada majlis penganugerahan.

Masakan tidak, selama ini KD seorang yang bijak bergaya dan menjadi perintis fesyen dunia hiburan sehingga peminat dan pengkritik fesyen menggelarnya sebagai pencetus fesyen.

“Sebetulnya, hanya satu saja baju yang ada ketika itu kerana sepanjang di sini saya juga terbabit dengan pelbagai persembahan jadi semua pakaian dalam simpanan yang dibawa sudah diputuskan untuk kegunaan majlis yang bakal dihadiri.

sumber: harian metro online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: