Apr
03
    
Posted (admin) in mStar online, Career on April-3-2008

03-04-2008 12:28:30 PM
oleh WAHIDA ASRANISABAN tahun, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) memang tidak terlepas dengan sebarang kritikan sama ada dari aspek penghakiman dan juga kategori pencalonan.

Mengambil kira pandangan ramai serta inisiatif untuk memperbaiki kualiti penganjuran AIM yang bakal memasuki tahun ke-15 kali ini, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) bukan saja telah membuat sedikit perubahan terhadap beberapa kategori pencalonan, tetapi juga dari segi kriteria penghakiman.

Jika sebelum ini, kaedah penjurian dibuat secara undi pos oleh kira-kira 800 ahli Akademi, kali ini, proses penghakiman dijalankan dalam dua pusingan yang mana ia melibatkan lebih kurang 200 juri yang terdiri daripada karyawan industri muzik serta wartawan hiburan.

Peringkat pertama proses tersebut yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keputusan akhir telah berlangsung pada 2 Mac lepas dan pemilihan peringkat kedua pula telah dijalankan pada 21 Mac lalu.


Barisan finalis AIM15

Keputusan oleh juri bagi dua pusingan tersebut telah ditadbirkan oleh pihak Akademi di bawah pantauan Juruaudit Rasmi AIM dari Audit Ernst & Young.

Manakala komposer terkenal Ramli MS dilantik sebagai Ketua Juri yang menyelia segala keputusan penjurian yang dibuat dari proses pertama hingga ke penentuan pemenang bagi setiap kategori.

Mengulas mengenai ‘perubahan’ yang dilakukan oleh AIM15 kali ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM15, Freddie Fernandez, langkah tersebut diambil untuk memastikan penghakiman dijalankan dengan lebih telus.

“Proses penjurian adalah yang paling penting. Disebabkan itu bermula tahun ini kita juga melantik Ketua Juri yang mana sebarang persoalan mengenai kriteria finalis atau pemenang kelak boleh diajukan terus kepada beliau.

“Kita juga akan terus membuat perubahan di mana-mana aspek lain pada masa akan datang jika dirasakan perlu,” ujar Freddie yang ditemui pada majlis sidang media AIM15, semalam.

Sebelum ini di dalam sidang media terdahulu, AIM15 turut mengumumkan perubahan untuk beberapa kategori. Antaranya ialah memperkenalkan dua kategori baru iaitu Album Cina Terbaik dan Album India Terbaik di mana album dalam kedua-dua kategori tersebut tercalon berdasarkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu.

Kategori Susunan Muzik Terbaik juga dibuka kepada dua kategori iaitu Melayu dan bukan Melayu. Begitu juga dengan kategori Album Pop Rock Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik yang digabungkan menjadi satu kategori iaitu Album Rock Terbaik.

Bagi kategori Album Indonesia Terbaik pula, ia ditukar kepada Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara.

“Tujuan kita ubah kategori Album Indonesia Terbaik itu adalah sebagai salah satu langkah untuk kurangkan pengaruh ’Indonesia’ di dalam AIM kerana kita peka terhadap aduan ramai tentang isu ini.

Siti dan Faizal ’mengungguli’ pencalonan AIM15 kali ini
“Tetapi untuk menghapuskan terus kategori ini memang saya tidak bersetuju. Industri kita memerlukan saingan yang sihat dan pemuzik kita perlu tahu di mana tahap mereka,” kata Freddie lagi.

Siti, Faizal ungguli AIM15

Debaran AIM15 yang bakal berlangsung pada 3 Mei depan mula dirasai apabila senarai finalis anugerah berpestij itu telah diumumkan semalam.

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza menguasai AIM15 kali ini dengan lapan pencalonan antaranya di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Lagu Terbaik dan Album Pop Terbaik menerusi album terbarunya, Hadiah Daripada Hati.

Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi awal tahun lalu, Faizal Tahir juga berjaya menerima enam pencalonan daripada 21 kategori yang dipertandingkan (tidak termasuk Album Terbaik) menerusi album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu.

Antara kategori tersebut ialah Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Lagu Terbaik, Album Rock Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

Kaer Azami dan Dayang Nurfaizah juga mendapat empat pencalonan menerusi album masing-masing iaitu Menjelma dan Dayang 2007.

Berikut adalah senarai finalis untuk beberapa kategori AIM15:

Artis Harapan:
1. Candy
2. Dafi
3. Fiq
4. Heliza
5. Suki

Artis Baru Terbaik:
1. Atilia
2. Estranged
3. Faizal Tahir
4. Kaer Azami
5. Karen Kong

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki):
1. Aliff Aziz (Aliff)
2. Faizal Tahir (Aku.Muzik.Kamu)
3. Hazami (Nyata)
4. Kaer Azami (Menjelma)
5. Sohaimi Mior Hassan (Suatu Hari Nanti)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita):
1. Atilia (Sangkar)
2. Datuk Siti Nurhaliza (Hadiah Daripada Hati)
3. Dayang Nurfaizah (Dayang 2007)
4. Elyana (Jadi Diriku)
5. Karen Kong (Mulakan)

Kulit Album Terbaik:
1. Ajin (Hey - Singletrackmind)
2. Anthony Ho - (Dayang 2007 - Dayang Nurfaizah)
3. Anuar Sujud - (Hadiah Daripada Hati - Datuk Siti Nurhaliza)
4. Emir Ezwa - (Chameleon - Ash Nair)
5. Jenny Sun - (After 8 - Liang)

Album Pop Etnik Terbaik:
1. Jatuh Cinta Pandang Pertama (Azfar)
2. Melodi Ahlan (Waheeda)

Album Nasyid Terbaik:
1. Al’ Asr…A Moment (Mu’adz)
2. Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun)
3. Maulana (Rabbani)

Album Rock Terbaik:
1. Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
2. Bintang 12 (Spider)
3. Mpire (Mpire)
4. Nada (Niskala)
5. Patah Pusing (Jinbara)

Album Pop Terbaik:
1. Dayang 2007 (Dayang Nurfaizah)
2. Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)
3. Imagin (Liza Hanim)
4. Menjelma (Kaer Azami)
5. Semuanya Ada Di Sini (Farawahida)

Album Inggeris Tempatan Terbaik:
1. After 8 (Liang)
2. Eclecticism (Melissa Indot)
3. Freakshow Vol1: Tales Of The Travelling Tunes (Pop Shuvit)
4. Hey (Singletrackmind)
5. Silentscream (Silentscream)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara:
1. 11 Januari (Gigi)
2. Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
3. I’m Sorry Goodbye (Kris Dayanti)
4. Terlalu Cinta (Rossa)
5. Kekasih Gelapku (Ungu)

Lagu Terbaik:
1. Menanti Pasti (Datuk Siti Nurhaliza)
2. Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
3. Sekian Lama (Datuk Siti Nurhaliza)
4. Izinku Pergi (Kaer Azami)
5. Itu Kamu (Estranged)

source: mStar online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: