Mar
31
    
Posted (admin) in Sitizone, Personal Siti on March-31-2008


Written by Siti Nurhaliza
Tuesday, 01 April 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pejam celik pejam celik, esok, 1 April merupakan ulangtahun ke 13 Siti bergiat dalam bidang seni. Banyak pengalaman dan pengajaran yang telah Siti timba, melalui bermacam-macam situasi, berdepan dengan pelbagai cabaran, mengharungi saat suka dan duka, semuanya ini tak terbayangkan oleh Siti selama 13 tahun ini.

Siti melewati hari-hari Siti sebagai insan biasa tetapi melangkah menjadi anak seni dan berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba, cabarannya amat besar, bukan sedikit pengorbanan yang harus dibuat dan begitu jugalah harga yang harus dibayar oleh Siti tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, Siti ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana memberikan ketabahan dan kudrat kepada Siti untuk mengharungi kehidupan Siti selama ini.

Rasanya tidak lengkap jika ulangtahun ke 13 ini Siti tidak melahirkan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada semua peminat Siti di mana saja anda berada kerana tanpa sokongan anda tentulah perjuangan Siti sudah lama berakhir. Siti akui tidak mudah untuk bertahan selama ini apatah lagi dengan ramai bakat baru yang hebat, dan banyak program yang melahirkan artis-artis berbakat tetapi anda masih setia bersama Siti. Terima kasih seikhlasnya daripada Siti buat anda semua.

Siti juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah bertungkus lumus mengundi Siti untuk ABPBH 2007 baru-baru ini. Alhamdulillah anugerah Penyanyi Wanita Popular itu Siti juga mahu berkongsi dengan anda yang telah setia mempertahankannya selama 11 tahun. Tiada apa yang mampu Siti ungkap, hanya ucapan terima kasih. Semoga anda juga gembira dengan kejayaan ini.

Salam mesra selalu…
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: