SITI dan suami tersayang di sarang cinta mereka, sebuah penthouse di tengah-tengah Kuala Lumpur.
“RUMAH Siti sekarang sudah cukup besar,” itu yang dijelaskan olehpenyanyi Datuk Siti Nurhaliza menafikan cakap-cakap yang mengatakan diabakal berpindah dari rumah yang diduduki sekarang ke mahligai yanglebih besar dan tersergam indah.
Meskipun Siti dan suami Datuk Khalid Jiwa (Datuk K) ketika inimenduduki kediaman jenis penthouse, penyanyi ini merasakan rumahberkenaan sudah cukup besar untuk dirinya dan suami serta anak-anaktirinya.
“Siti bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Dalam hati Siti, rumahyang Siti diami sekarang sudah cukup besar dan tidak bercadang untukberpindah ke mana-mana. Siti bahagia di sini,” katanya lagi.
Akhir-akhir ini, kencang sekali khabar menyampaikan pasanganromantis yang cukup popular ini bakal berpindah ke rumah besar yangpernah didiami oleh Datuk K dan bekas isterinya yang terletak di BukitAntarabangsa.
Rumah mewah bagaikan mahligai bernilai lebih RM6 juta itu diserahkankepada empat anak Datuk K, selepas bercerai dengan Tengku Zawyah TengkuIzham.
Bagaimanapun baru-baru ini, tercetus khabar kononnya Siti bakalmenduduki mahligai berkenaan bersama suami dan anak-anak tirinya.
Menurut Siti, dia sendiri tidak faham kenapa berita mengenai hasratuntuk berpindah ini boleh timbul sedangkan dia tidak pernah mempunyaisebarang hasrat berbuat demikian.
![]() |
SITI dan suami tersayang di sarang cinta mereka, sebuah penthouse di tengah-tengah Kuala Lumpur. |
Juga tidak ada sebarang perbincangan dibuat mengenai perpindahan berkenaan.
“Siti tidak tahu apa-apa. Tetapi diri Siti juga yang kena. Takapalah, mungkin ada yang suka bercakap dan mereka berhak untuk kata apasaja.
“Soal suami dan kehidupan yang terdahulu, Siti tidak mahu campur.Sejak dulu lagi Siti cakap yang Siti hanya boleh campur dalam urusankeluarga Siti sahaja, bukan kisah masa lampau suami,” katanya mohondimengertikan.
Malah biarpun rumah berkenaan tidak ’segah’ mahligai di Bukit Antarabangsa itu, Siti tidak pernah menganggap ia kecil.
“Siti tak rasa rumah yang Siti duduk sekarang ni kecil. Malah rumahni sudah cukup besar untuk Siti. Kalau anak-anak balik, adalah bilikseorang satu, cukuplah bagi Siti,” katanya.
Kata Siti, dia sendiri tidak pernah meminta lebih daripada suaminya.Cukup sekadar tempat yang selesa untuk berteduh dia dan keluarganya,itu saja.
“Apapun Siti sudah cukup sangat selesa dengan pemberian Tuhan. Siti bersyukur sangat,” katanya lagi.
Diterjah dengan soalan bagaimana sekiranya di masa depan adakeperluan untuk dia berpindah ke tempat lain, Siti menyerahkan urusanberkenaan kepada suaminya.
![]() |
SITI menyerahkan segala perancangan kehidupan rumah tangga kepada suami. |
Sebagai isteri dia hanya perlu berada di sisi suami dan mengikut apasaja yang difikirkan molek dan terbaik untuk rumah tangga mereka.
“Urusan itu di luar bidang kuasa Siti. Sebagai isteri, Siti ikutsaja apa yang suami sudah aturkan. Tetapi kalau suami hendak balik kerumah lama, Siti berat hati juga sebab tak mahu orang bercakapmacam-macam.
“Siti serahkan semua komen atau apa saja pada suami. Dia yang lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.
Apa yang penting kata Siti dia mahu memberi tumpuan kepada perjalanan kehidupannya bersama keluarga dengan sebaik mungkin.
Selain memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian yang masih memuncak,Siti akan memastikan dia mampu membahagikan masa antara kehidupanperibadinya dan kerjaya yang dijulang.