Mar
08
    
Posted (admin) in Sitizone, Career on March-8-2008


Written by Siti Nurhaliza
Friday, 07 March 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat yang melayari laman ini. Doa Siti agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan hendaknya.

Alhamdulillah Siti dapat luangkan masa menulis sesuatu di sini, banyak yang Siti lalui dan gembira bertemu dengan ramai peminat di beberapa negeri dalam 2 minggu ini.

Siti berpeluang menjayakan Zoom In di RTM dan Alhamdulillah sokongan peminat masih padu dan ia menyuntik semangat Siti untuk mempersembahkan sesuatu yang terbaru. Jadual harian Siti sudah tidak seperti dahulu lagi, komitmen makin bertambah dan tentunya tidak mudah memberikan sesuatu yang boleh memuaskan hati smeua pihak. Namun respons yang diterima selepas Juara Lagu dan Zoom In begitu membuatkan Siti terharu dan yakin bahawa dengan kepercayaan yang diberikan peminat, Siti akan terus bangkit memberikan sesuatu yang terbaik.

Siti juga telah memperkenalkan kumpulan Coda kepada penonton menerusi Zoom In, mereka adalah artis pertama naungan syarikat Siti. Sekarang ini mereka dalam proses menyiapkan rakaman album, doa Siti agar kehadiran mereka juga diterima peminat. Jangan lupa memberi sokongan kepada mereka ya.

Selain itu, Siti sudahpun mengumpulkan material untuk album tradisional. Jika semua kerja telah selesai, Siti akan ke studio kembali untuk rakaman album tersebut. InsyaAllah Siti akan memenuhi kehendak anda yang rindukan Siti menyanyikan lagu2 berbentuk begini.

Hujung bulan ini Anugerah Bintang Popular akan diadakan, Siti ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha gigih anda sekarang ini. Siti membaca mesej-mesej anda dan tentunya sokongan tersebut menggembirakan Siti.

Tentang pengumuman kepada peminat di Singapura, tentu ramai yang telah tahu iaitu Siti akan mengadakan persembahan bernama “Diari Hati” di Esplanade, Singapura pada 21 Mac nanti. Siti ingin mengubat kerinduan warga Singapura dan hendaknya peminat-peminat di sana akan datang menonton Siti nanti. Bertemu di sana ya.

Sekian sahaja mesej Siti kali ini. Moga semuanya gembira selalu.
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: