Mar
04
    
Posted (admin) in mStar online, Career on March-4-2008

03-03-2008 01:37:15 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZSELEPAS mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, penyanyi nombor satu Malaysia Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali meneruskan kegemilangannya bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila diundang membuat persembahan Zoom In @ RTM di Angkasapuri, semalam.

Siti nampak serabut dengan busana yang meleret tetapi Siti tetap menyanyi dengan baik

Persembahan Siti sememangnya dinanti-nantikan oleh peminatnya apabila kira-kira 1000 orang penonton membanjiri auditorium sehingga ada yang mengeluh hampa apabila tidak dapat menyaksikan Siti beraksi secara langsung di depan mata.Walaupun bertudung, Siti tetap beraksi di pentas sekaligus mengabulkan impian peminatnya yang sanggup datang dari Johor.

Siti memulakan persembahan dengan lagu Destinasi Cinta yang berjaya ke peringkat akhir di Anugerah Juara Lagu ke-22 lalu.

Dengan menyarungkan sut hitam putih, Siti mengenakan selendang hitam beserta topi putih bagi menyesuaikan pakaian dengan kerancakan lagu tersebut namun Siti dilihat kurang banyak bergerak dan tariannya kurang menyerlah.

Siti menyalin pakaian kedua dengan memakai busana muslimah moden bersama selendang berwarna maroon dan terakhir sekali mengenakan blaus dan seluar serta scarf berwarna biru laut.

Setiap kali Siti beraksi, pasti ada ’suara-suara’ yang tidak berpuas hati dengan pakaiannya termasuk konsert kali ini.


Aznil lebih menguasai pentas berbanding Siti

Pendapat tersebut dilontarkan oleh salah seorang penonton, Roha, 24 yang tidak menggemari cara pakaian Siti kerana nampak ‘tidak cantik’ dan beliau turut perasankan perlakuan Siti selalu memegang perutnya ketika menyanyi.

Peminat Siti itu turut membuat telahan, “Adakah Siti mengandung?”.

Selain lagu Destinasi Cinta yang dimuatkan dalam album Transkripsi, Siti lebih banyak menyanyikan lagu dari album baru beliau “Hadiah Daripada Hati” seperti “Mulanya Cinta”, “Cintamu”, “Melawan Kesepian” dan “Ku Mahu” yang dipopularkan menerusi drama bersiri TV3 Spa Q.

Lima buah lagu lain yang disampaikan oleh anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini adalah “Biarlah Rahsia”, “Love You Inside And Out”, “Tunggu Sekejap”, Sejakku Bertemu Padamu” dan “Es Lilin”.


Lagu Destinasi Cinta menjadi lagu permulaan konsert Siti

Dalam konsert tersebut, Siti turut mengundang kumpulan Coda, artis pertama kelahiran Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan pengacara nombor satu Malaysia Aznil Nawawi.

Kumpulan Coda telah mendendangkan dua buah lagu iaitu Menanti Sebuah Jawapan nyanyian band Indonesia Padi dan lagu ciptaan mereka “Buai”.

Aznil menarik perhatian penonton dengan menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta dengan meniru gaya penyanyi asalnya, Ratu Rock Ella.

Siti menyambung rentetan artis yang suka meneran sewaktu menyanyi iaitu Wann dengan lagu “Joget Siapa Dia”.


“Adakah Siti sedang mengandung?”

Selepas itu, Aznil kembali menggamit memori penonton dengan mengalunkan lagu “Hujan” di mana suara Aznil kedengaran seakan-akan suara Allahyarham Sudirman Arshad.

Kemudian, Siti dan Aznil mendendangkan lagu “Horey-Horey”. Ketika mereka melakukan persembahan, tampak seperti pentas itu kepunyaan Aznil bilamana beliau kelihatan lebih teruja berbanding Siti.

Sebelum Aznil menyanyikan lagunya “Professor Klon” iaitu lagu tema filem “Cicakman”, beliau terlebih dahulu menyampaikan lagu Siti “Aku Cinta Padamu”.

Sekali lagi, Aznil bergerak aktif dan lincah di pentas ketika menyampaikan lagu “Professor Klon” dan apabila diamati gaya persembahannya saling tak tumpah seperti diva Anita Sarawak.

Ditengah-tengah konsert, penonton turut dihiburkan dengan celoteh pelakon Louisa Chong dan Shamsul Ghau Ghau.

Muzik Zoom In @ RTM yang disiarkan oleh RTM1 pada malam semalam telah diketuai oleh komposer terkenal Helen Yap bersama tujuh orang pemuzik yang lain, penyanyi latar oleh kumpulan Suara dan penari latar dibawakan oleh penari EE yang pernah muncul sebagai guru tari pelajar Akademi Fantasia.

Secara keseluruhannya, vokal Siti tetap mantap dan masih berupaya untuk meneruskan perjuangannya dalam industri ini memandangkan peminat tetap utuh menyokong Siti.

sumber: mStar online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: