Jul
18
    
Posted (admin) in mStar online, Gossip, Personal Siti on July-18-2007

Kakak Tua: Cerita tukang fitnah yang kurang waras!
18-07-2007 02:19:33 PM


Siti tidak dipukul oleh suaminya
(Fail Foto The Star)

BENARLAH firasat Kakak Tua yang berita Siti Nurhaliza dipukul itu adalah satu fitnah.

Hari ini Kakak Tua terbaca di akhbar yang suami penyanyi tersohor negara itu, Datuk K mahu saman pihak akhbar kerana sebar fitnah pukul Siti Nurhaliza.

Hati Kakak Tua jadi berbelah bagi. Bukan apa tapi rasa kenyataan itu seperti terpaksa dilakukan. Jangan sampai marahkan pijat, kelambu yang dibakar? dan Lain bengkak, lain pula yang bernanah.

Semoleknya, tindakan undang-undang yang diambil hendaklah ke atas mereka yang benar-benar bersalah. Dalam konteks ini, si tukang fitnah atau kuncu-kucunya kerana bersubahat.

Ini tidak bermaksud yang pihak media bebas dari kesalahan dan akauntabiliti kerana mereka juga ada tanggung jawab yang harus dilakukan, tambahan pula damage sudah dilakukan ke atas satu nama besar yang mana reputasi serta maruah seorang penyanyi terkenal dan suaminya tidak dapat dikembalikan lagi dalam konteks ini.

Kesan negatif apabila berita sensasi yang Siti ‘dipukul’ suami hingga pengsan dan masuk hospital pasti akan mengundang kontroversi dan fitnah yang berpanjangan.


Siti sendiri mengaku dia sudah lali dengan semua fitnah
(Fail Foto The Star)

Si Tukang fitnah sewajarnya didakwa kerana kesalahan mencemar reputasi Siti dan suami.

Kakak Tua tidak fikir Datuk K membuat kenyataan ini atas dasar untuk test water saja dan biarkan saja si tukang fitnah terlepas setelah melihat ramai pihak melatah, termasuk pihak media, dengan onar yang telah dilakukan.

Walaupun secara jujur, Siti sendiri mengaku dia sudah lali dengan semua fitnah termasuklah dari zaman anak dara lagi.

Fikirkanlah apa yang tidak pernah dilemparkan kepada Siti? Namun doa orang tua tetap mengiringi perjalanan seni Siti yang sehingga kini, bagaikan tiada surutnya.

Ingatkan lepas berkahwin, hidup Siti tidak akan diganggu gugat oleh fitnah lagi. Rupanya harapan itu meleset, malah lebih hebat cabaran fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Siti dan suami.

Dalam banyak kenyataan yang keluar dari mulut Datuk K, yang membuat Kakak Tua tersenyum sinis adalah ayat ini… “Mungkin ini kerja mereka yang tidak cukup akal. Kalau orang itu waras, dia tidak akan buat kerja macam tu…”

Dan saya akan melihat dan menyiasat dulu latar belakangnya sama ada dia kurang waras atau terencat akal….

Namun dalam nada yang sama, Datuk K tetap mahu mengambil tindakan kepada si dajal yang menyebar fitnah itu agar ianya tidak akan berulang.

Semua kekecohan ini berpunca dari SMS yang tersebar pada malam 13 Julai. Dengan kecanggihan teknologi yang ada, tentu saja sipengirim SMS itu dapat dikesan. Masalah tidak siuman atau kurang waras tidak boleh diterima pakai kerana ini soal maruah.

Lagipun, pengajaran dan tindakan yang drastik perlu diambil agar impaknya akan memberi kesan kepada si tukang fitnah. Yang Kakak Tua musykil ialah siapakah sebenarnya dalang yang telah berusaha sehingga berita ini dimainkan ditajuk akhbar utama?

Implikasi dari tersebarnya fitnah ini akan dirasa oleh Siti dan keluarga sampai bila-bila. Disebabkan implikasi ini jugalah, Islam tidak memandang remeh isu fitnah ini.

Kakak Tua sendiri ingin menyumbang khidmat sebagai pembantu penyiasat dalam kes ini kerana sebagai peminat Siti, Kakak Tua ingin sekali menjalankan siasatan tentang asal usul si tukang fitnah, samada dia beroperasi secara berseorangan atau ada kelompok tertentu.

Siasatan ini harus dimulakan dengan kelompok penyokong dan anti Siti-Datuk K. Maklum sajalah setelah berkahwin, Siti-Datuk K mengundang kelompok yang ‘berbeza’ sebagai penyokong mereka.


Lebih hebat cabaran fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Siti dan suami
(Fail Foto The Star)

Berapa kerat yang mahu menerima jodoh Siti dan Datuk K sudah ditakdirkan. Begitu juga dengan kesenangan yang mereka kecapi. Kita sepatutnya mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan dan tidak perlulah dipersoalkan lagi kedua aspek ini.

Tapi bagi mereka yang kurang waras dan jelek pemikiran, mereka tidak dapat membeza dan menerima ketentuan ini secara rasional.

Bila ini gagal dilakukan maka timbullah bisikan syaitan yang mengajak dan menarik mereka-mereka ini melakukan perkara yang terkutuk seperti membuat fitnah.

Justru, sebagai pemerhati Kakak Tua hanya dapat melahirkan rasa simpati kepada si tukang fitnah kerana terjerat dengan Akta Hasutan Syaitan. Yang mana kesannya akan dapat dirasakan setiap kali si tukang fitnah menghela nafas.

Paling tidakpun, si tukang fitnah akan terkedu dengan ketentuanNya sehingga terdorong membuat perkara-perkara pelik yang memakan diri atau terperangkap dengan kebodohan rancangan yang tidak menjadi.

Dan tentu sekali apabila pemikiran sudah tidak waras, tidak timbul rasa berdosa atau bersalah kerana yang dicari adalah kepuasan diri yang bathil dan bukan hakiki. Lebih haru apabila si tukang fitnah berkata …”Saya difitnah!”

KAKAK TUA:  Fitnah pernah jadi ‘pakaian harian’ satu waktu dulu.

sumber: mStar online


Comments:

[…] info: Kakak Tua , Farihad Shalla Mahmud, Nor Akmar Samudin […]

Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: