Nov
09
    
Posted (admin) in calmille.free.fr, Career on November-9-2007

Paris, 9 November 2007 - Penyanyi nombor satu negara, Datin Sri Siti Nurhaliza kembali beraksi di pentas Muzik-Muzik. Selepas empat tahun menyepi, beliau kembali menyemarakkan lagi arena industri muzik. Beliau yang baru selesai membintangi P.Ramlee The Musical itu dicalonkan bagi dua buah kategori, balada dan pop rock. Uniknya, pencalonan bagi kedua-dua kategori itu merupakan lagu-lagu yang dicipta oleh pasangan suami isteri, Audrey Suwito dan Lin Li Zen. Aubrey dicalonkan untuk lagu Bisakah dan Lin Li Zen dicalonkan untuk lagu Destinasi Cinta.

Kali terakhir Siti beraksi di Anugerah Juara Lagu adalah pada tahun 2003 dengan lagu Ku Milikmu. Mengimbas kembali detik berkenaan, Siti mengambil keputusan untuk berehat seketika dari menyertai Muzik-Muzik kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya untuk persediaan Konsert Royal Albert Hall. Empat tahun kemudian(2007), Siti kembali semula bagi meneruskan usaha beliau untuk memartabatkan kualiti lagu tempatan.

Dua lagu beliau(Bisakah dan Destinasi Cinta) bakal bertanding dengan 9 buah lagu lain bagi setiap kategori di peringkat separuh akhir, dan hanya lima buah lagu akan terpilih dari setiap kategori untuk berentap di peringkat akhir. Siaran untuk peringkat separuh akhir bagi kategori balada akan berlangsung pada 18 November, jam 9 malam di TV3 dan 25 November bagi kategori pop rock.

Hussein,31, menyatakan kegembiraan beliau apabila lagu nyanyian Datin Sri Siti Nurhaliza, Bisakah berjaya ke peringkat separuh akhir. Beliau juga berkata bahawa ini merupakan peluang Siti untuk menebus kembali kegagalan Bisakah di Hitz1 dimana bukan Siti yang membawa lagu itu. Hussein juga memberitahu calmille.free.fr bahawa Bisakah mampu memberi impak besar atas suasana industri muzik ketika ini. Diminta menerangkan isu itu, Hussein mengatakan bahawa aluran muzik semasa adalah cenderung ke arah muzik rap dan alunan balada semakin disisihkan. “Bisakah mampu mengubah segalanya“, ujar beliau kepada wakil calmille.free.fr disini.

Melihat kembali sejarah Anugerah Juara Lagu, Siti pernah membawa pulang gelaran “Juara Lagu” sebanyak tiga kali bagi lagu Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis.

signé calmille.free.fr

Siaran Muzik-Muzik Separuh Akhir

Kategori Balada : 18 November, 9.00 Malam, TV3

Kategori Pop Rock : 25 November, 9.00 Malam, TV3

Klik link dibawah untuk mengetahui pesaing Siti!

10 lagu separuh akhir balada:

1)Lagu: Bisakah
Artis: Datin Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis lirik: Tessh R.S

2)Lagu: Izinku Pergi
Artis: Sahri
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis lirik: SuluSarawak

3)Lagu: Harapan
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Hazami

4)Lagu: Andainya
Artis:Nieyl
Komposer: Hadi Hassan
Penulis lirik: J. Looi

5)Lagu: Mahakarya Cinta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Mohd Shariza Shamsiri

6)Lagu: Kasih Tercipta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Shuhaimi Baba

7)Lagu: Hilang
Artis: Diddy
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Bash

8)Lagu: Paluan Rindu Mu
Artis: Idayu
Komposer: M. Nasir
Penulis lirik: Keon

9)Lagu: Sejuta Nafas Cinta
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Loloq

10)Lagu: Ceritera Cinta
Artis: Jac dan Rio Febrian
Komposer: Ross Ariffin
Penulis lirik: Habsah Hassan

10 lagu separuh akhir pop rock:

1)Lagu: Aku Pencintamu
Artis: Felix
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Ajai

2)Lagu: Angan Dan Sedar
Artis: Mawi
Komposer: M. Nasir
Penulis lirik: Loloq

3)Lagu: Janjiku
Artis: Sofaz
Komposer: Taja
Penulis lirik: Tass

4)Lagu: Percayalah Sayang
Artis: Vince
Komposer: Vince
Penulis lirik: M. Zulkifili

5)Lagu: Farhana (Putri Bumi Kenyalang)
Artis: Jinbara
Komposer: Denai
Penulis lirik: Andy Rahman

6)Lagu: Destinasi Cinta
Artis: Datin Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Lin Li Zen
Penulis lirik: PSSN

7)Lagu: 3 Malam Tanpa Bintang
Artis: Fiq
Komposer: Master G
Penulis lirik: Azmeer

8)Lagu: Sembunyi
Artis: Misha dan Andy
Komposer: Aidit Alfian
Penulis lirik: Loloq

9)Lagu: Itu Kamu
Artis: Estranged
Komposer: Estranged
Penulis lirik: Rachael Lawrence

10)Lagu: Satu Harapan
Artis: Jac
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Nurfatimah


Comments:
Siti Nurhaliza & Calmille » The Queen is back! on November 9th, 2007 at 11:04 pm #

[…] Siaran Muzik-Muzik Separuh Akhir […]

sayng_mulut on November 10th, 2007 at 10:14 pm #

yakin sangat berite ni dari paris…hahaha

Naslie on November 15th, 2007 at 11:43 am #

Proud she be back !!
Miss her show so much !!
kept it up & a very good luck!!

Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: