Siti raih 3 anugerah APM 2007
SINGAPURA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melakarsejarah apabila menang besar dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2007, diStadium Tertutup Singapura, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Siti mengungguli tiga anugerah, iaitu Artis WanitaTerbaik, Lagu Terbaik menerusi lagu berjudul Biarlah Rahsia dan ArtisWanita Paling Popular.
Siti mempertahankan gelaran Artis Wanita Paling Popular untuk tahunketujuh berturut-turut apabila menewaskan saingannya termasuk artispopular Indonesia, Krisdayanti, Acha Septriasa, Rossa, Melly Goeslawdan Audy.
Kategori itu juga disertai oleh artis tempatan iaitu Misha Omar, Ning Baizura, Ella, Jaclyn Victor dan Adibah Noor.
Turut mengiringi kecemerlangan Siti pada malam APM 2007 ini ialahpenyanyi dan komposer, M Nasir yang memenangi trofi Artis LelakiTerbaik dan penyanyi Noryn Aziz sebagai Artis Wanita Baru Terbaik.
Turut mengharumkan nama negara ialah Mawi yang memenangi duakategori iaitu Artis Lelaki Popular dan Lagu Popular menerusi lagu Kian.
Kumpulan Sofaz juga membuat kejutan apabila muncul sebagai KumpulanPaling Popular, sekali gus menewaskan nama besar lain seperti Dewa 19,Search dan Peterpan.
APM 2007 yang diadakan sejak 2000, adalah acara terbesar industrimuzik Melayu serantau yang bertujuan memberi penghargaan kepadapenggiat seni Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Ia juga melambangkan penyatuan penggiat seni tiga negara dalam menyumbang ke arah pembangunan muzik Melayu.
APM 2007 turut memberi pengiktirafan kepada Krisdayanti dariIndonesia sebagai penerima Anugerah Khas manakala penyanyi ZainalAbidin, menerima Anugerah Cinta Planet Muzik.
sumber: berita harian