Mar
04
    
Posted (admin) in harian metro online, Career on March-4-2008


Rap
ALBUM: Hadiah Daripada Hati
ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza

TRANSKRIPSI yang dihasilkan lebih dua tahun lalu dianggap album paling bagus pernah dihasilkan Datuk Siti Nurhaliza oleh kebanyakan peminat mahupun pengkritik .

Maka tidak hairanlah mengapa Transkripsi dipilih memenangi anugerah Album Terbaik di majlis Anugerah Industri Muzik awal tahun lalu.

Tahun ini Siti kembali dengan album baru. Lebih menarik apabila penyanyi popular itu menggunakan judul, Hadiah Daripada Hati (HDH).

Ramai yang menunggu album ini. Bagaimanapun sebaik ia dipasarkan reaksi diberikan peminat dan pemerhati industri muzik tempatan kurang memberangsangkan. Kata mereka HDH tidak cukup mantap dan lebih ‘mengharukan’ apabila ia dibandingkan dengan Transkripsi.

Perbandingan antara karya terbaik dan buah tangan baru daripada Siti Nurhaliza tidak boleh dielak kerana pada pendengar, Transkripsi menjadi penanda aras apatah lagi Siti sendiri bertindak selaku penerbit bersama Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin dan Sharon Paul.

Seperti judulnya, album ini dirasakan sesuatu yang dihasilkan dengan kehendak dan cita rasa Siti sendiri lalu dihadiahkan kepada peminat.

Mengekalkan majoriti lagu berentak balada, kebanyakan susunan muzik dihasilkan kedengaran agak ringan. Begitu juga dengan cara penyampaian. Siti tidak terlalu berusaha menampilkan kemampuan vokalnya sebaliknya penyampaian lebih bersahaja.

Mungkin album ini seperti memberitahu Siti semakin berubah dari sudut cita rasa muzik dan sesuai dengan usia kematangannya.

Begitupun album HDH bermula dengan baik apabila menampilkan lagu rancak Ku Mahu berentak Salsa ciptaan Audi Mok.
Lagu menarik dalam album ini datang daripada pencipta seberang, Pongky Barata iaitu Melawan Kesepian dan Kerana Dirimu ciptaan Cynthia Lamusu.

 

Memuatkan 11 lagu baru, Siti turut merakamkan semula lagu yang dinyanyikannya dalam teater muzikal, P Ramlee… The Life, The Loves & The Inspiration yang menyaksikan kemunculan pertamanya di pentas lakonan. Tidak dilupakan lagu Hati yang menjadi lagu tema kepada filem patriotik, 1957: Hati Malaya.

sumber: harian metro


 
Mar
04
    
Posted (admin) in Datuk K, utusan malaysia online, Personal Siti, Career on March-4-2008

Selain memberi perhatian pada aspek persembahan sempena program Zoom In, Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan memastikan personalitinya dipelihara dengan mengenakan fesyen yang cantik pada pandangan masyarakat.



SENIWATI muda berjiwa besar ini tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya setiap kali muncul mengadakan persembahan. Sudah hampir 12 tahun dia menyanyi dan kualiti persembahannya tidak pernah sama sekali menghampakan.

Berilah apa saja lagu padanya, semuanya akan menjadi di tangan Datuk Siti Nurhaliza.

Justeru, apabila penghibur yang juga anak jati Pahang ini bersetuju untuk mengadakan persembahan sempena Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza terbitan RTM malam kelmarin, ramai yang memilih untuk menontonnya.

Sesetengah peminat setia Siti di Lembah Kelang memilih untuk menontonnya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Dan sudah lebih sejuta penonton atau mungkin lebih akan setia melekat di depan televisyen menonton program yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 itu.

Kalau sudah namanya artis senior dengan beratus trofi pengiktirafan sudah berada dalam genggamannya, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai persembahan Siti.

Sememangnya Siti memang cukup bertuah dan beruntung kerana mempunyai kelompok peminat yang cukup menyayangi dan sentiasa menyokongnya meskipun dia sudah berumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Dari zaman anak dara sehinggalah menjadi seorang isteri, setiap kali Siti mengadakan persembahan di pentas keramat yang menjulang namanya pada tahun 1995 itu, sambutan yang diberikan sememangnya cukup luar biasa dan di luar dugaan.

Itulah pesona dan aura Siti yang masih belum pudar meskipun ada yang mendakwa popularitinya semakin hilang sejak bergelar isteri dan juga selepas pulang dari menunaikan haji Disember lalu.

Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza terbitan Mohd. Yusni Mohamed Ali merupakan persembahan pertama Siti sejak mendirikan rumah tangga dan pastinya, persembahannya itu dinantikan oleh peminat setianya yang sudah lama dahagakan suara lunaknya itu.

“Akhirnya saya dapat juga membuat persembahan di RTM selepas dua tahun menyepi dari sebarang persembahan seperti ini. Kali terakhir saya muncul ialah sebelum berkahwin dulu juga untuk rancangan Zoom In dan Konsert Fenomena.

“Terima kasih kepada RTM atas undangan ini dan untuk semua peminat saya yang sanggup hadir pada malam ini,” jelasnya yang semakin jelita.

Memulakan persembahan dengan lagu Destinasi Cinta yang diangkat dari album terbaiknya, Transkripsi, Siti bersama penari latarnya mempamerkan persembahan yang cukup menarik.

Memori

Tiada apa yang perlu dipertikaikan mengenai vokal anak kelahiran Temerloh, Pahang ini kerana dia bisa memukau hadirin dengan keunggulan vokalnya waima dalam apa jua rentak sekali pun.

Tampil dengan busana berona hitam dan putih serta imej bertopi, Siti jelas memperlihatkan kematangannya dalam pemilihan pemakaiannya.

Meskipun sudah bergelar hajah, itu bukan penghalang bagi Siti untuk menampilkan imej yang sesuai dengan dirinya.

Mahu terus peminat dan hadirin terus dibuai dengan lagu cinta, pemenang Vokal Wanita Terbaik AIM selama lapan tahun berturut-turut ini meneruskan persembahannya dengan lagu Mulanya Cinta yang dimuatkan dalam album terbarunya, Hadiah Daripada Hati (HDH).

“Bila menyanyikan lagu ini, saya teringat kembali memori dan kenangan manis sewaktu saya berlakon dalam teater muzikal P. Ramlee terutama sekali sewaktu babak bersama Ramlee,” katanya mengimbau kenangan manis yang dilakar di pentas Istana Budaya.

Sebelum menyampaikan lagu Biarlah Rahsia, Siti seolah-olah membuka rahsia percintaannya apabila dia memberitahu: “Ada sebab-sebab mengapa kadang kala kita perlu berahsia. Bukan apa, takut antara jadi atau tidak sahaja.”

Apabila ada peminat yang mengusiknya sambil mengaitkan dengan kisah cintanya, Siti berseloroh dengan mengatakan: “Alamak, saya pula yang terkena balik.”

Bertukar pula kepada busana merah hati yang menyerlahkan lagi keanggunannya, Siti menyampaikan lagu klasik tahun 1979 dendangan kumpulan Bee Gees, Love You Inside Out.

Mungkin lagu ini ada kaitannya dengan Siti bersama suami tercinta dan ia bagaikan lagu wajib yang disampaikan Siti dalam setiap persembahannya.

Siti seterusnya menyampaikan lagu medley Tunggu Sekejap dan Sejakku Bertemu Padamu bersama empat peminat bertuahnya dan sudah pasti peminatnya itu menjadikan malam tersebut sebagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

Mengimbau nostalgia, Siti menyampaikan lagu popular dari seberang, Es Lilin yang pernah dimuatkan dalam album tradisional pertamanya, Cindai pada tahun 1997.

“Salah sebuah lagu yang memang cukup saya suka kerana keunikan melodi dan liriknya. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan saya terkenang sewaktu masuk studio merakamkan lagu ini dahulu,” kata Siti memberikan persembahan menarik menerusi lagu tersebut yang digubah oleh pengarah muzik pada malam itu, Helen Yap.

Bukan itu sahaja, Siti turut sempat memperkenalkan artis pertama di bawah syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. yang terdiri daripada lima orang anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Coda dan menyampaikan dua buah lagu iaitu Menanti Sebuah Jawaban dan Buai.

Masih lagi mempromosikan lagu dari album HDH, Siti seterusnya menyampaikan lagu Cintamu ciptaan Sharon Paul manakala liriknya pula oleh Ahmad Fedtri Yahya sebelum pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi naik ke pentas bersama Siti.

“Inilah pertama kali orang menjemput saya menyanyi dan saya sememangnya mempunyai ramai idola sepanjang saya menjadi anak seni,” kata Aznil.

Lalu, Aznil pun menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta sebagaimana gaya Ella menyampaikan lagu tersebut. Dan, gaya Aznil itu telah mengundang hilai tawa di dalam dewan dengan diiringi tepukan gemuruh penonton.

“Ada lagi seorang yang menjadi idola kita berdua,” kata Aznil.

Lalu Siti dengan wajah selamba menamakan seorang personaliti tanah air yang mengundang derai ketawa dan pekikan penonton yang benar-benar terhibur dengan gandingan Siti dan Aznil tempoh hari.

Cocok

Dalam waktu yang sangat singkat, Aznil berjaya memperlihatkan betapa dia masih berpengaruh dan tidak mustahil untuk pengacara nombor satu itu mengekalkan trofi Pengacara Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Menyampaikan lagu Hore Hore yang pernah dipopularkan oleh idola mereka berdua, Sudirman Haji Arshad, gandingan Siti dan Aznil dilihat begitu cocok sekali dalam menyampaikan lagu-lagu bercorak sedemikian.

Aznil yang sememangnya terkenal dengan aksi spontan dan lucunya turut meniru gaya artis-artis yang pernah menyertai pertandingan nyanyian RTM seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Sarah Raisuddin dan Azharina Azhar sewaktu menyampaikan petikan lagu Aku Cinta Padamu sebelum meneruskan persembahannya dengan lagu Profesor Klon.

Menyampaikan lagu Melawan Kesepian ciptaan sepenuhnya komposer dari seberang, Pongky Barata, vokal Siti cukup mempesonakan dan menusuk kalbu. Sememangnya vokal emas Siti masih lagi ampuh dan berada di kelasnya yang tersendiri.

Mengakhiri persembahan dengan lagu Ku Mahu, Siti membuktikan bahawa dia masih lagi diperlukan oleh industri hiburan kerana dia sudah menjadi salah seorang legenda seni suara yang tiada tandingan.

Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza tempoh hari sudah tentu mengubat rindu peminat-peminat setia Siti yang sudah lama menanti kemunculannya di stesen televisyen paling keramat di negara ini.

sumber: utusan malaysia online


 
Mar
03
    
Posted (admin) in calmille.free.fr on March-3-2008


 
Mar
02
    
Posted (admin) in calmille.free.fr on March-2-2008

Zoom In Bersama Siti Nurhaliza

Part 1 - http://www.megaupload.com/?d=PR7YY8N6

Part 2 - http://download.yousendit.com/F5AABC2232620F78

Part 3 - http://www.sendspace.com/file/hp0tpt 

Part 4 - http://www.sendspace.com/file/26qjle

Part 5 - http://www.sendspace.com/file/yeqos4

Part 6 - http://www.sendspace.com/file/3gdy9w

Repertoire:

Part 1

Destinasi Cinta
Mulanya Cinta

Part 2

Biarlah Rahsia

Part 3

Love You Inside and Out
Tunggu Sekejap
Sejakku Bertemu Padamu
Es Lilin

Part 4

Coda

Part 5

Cintamu
Bersama Aznil
Dua Insan Bercinta, Joget Siapa Dia, Hujan
Horey Horey
Aku Cinta Padamu
Professor Klon

Part 6

Melawan Kesepian
Ku Mahu


 
Mar
01
    
Posted (admin) in covergirl on March-1-2008

Siti Nurhaliza graced Keluarga Harmoni.

thanks to our friend, applegirl

Read the rest of this entry »


 
Mar
01
    
Posted (admin) in Datuk K, Bernama, Career on March-1-2008


GEMAS, March 1 (Bernama) — Singer Datuk Siti Nurhaliza Tarudin has urged voters to think what is best for them and future generations comes polling day on March 8.

She also said: “Make the best decision based on what the government has given so that we can live comfortably and peacefully.”

She said this when persuaded by Taman Gemas Indah residents to make a speech when she came to watch Barisan Nasional (BN) candidate for the Gemas state seat Zainab Nasir conduct her campaign here today.

She and her businessman husband Datuk Khalid Mohd Jiwa were invited to the campaign by their personal friend Deputy Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor who is defending the Tampin parliamentary seat.

Her presence drew thousands of people including women and children of all ages and races to a small stall in Taman Gemas Indah.

The crowd jostled to shake hands with the artiste but Umno Youth members managed to maintain order by acting as security guards.

Siti Nurhaliza told reporters that it was a new experience for her.

She said that previously, such a big crowd happened only during concerts and she had never seen a similar situation in a political campaign.

She admitted that she got fired up seeing people gathering in political speeches but stressed that she did not intend to venture into politics.

source: BERNAMA


 
Mar
01
    
Posted (admin) in Datuk K, Bernama, Career on March-1-2008

REMBAU: “Pilih dengan bijak,” demikian nasihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kepada 10.9 juta pengundi yang akan mengundi di seluruh negara Sabtu depan.

Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang lebih dikenali dengan panggilan “Datuk K” berkata mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat dalam menentukan masa depan negara, maju ke hadapan atau sebaliknya.

“Pada 8 Mac ini, mari kita keluar beramai-ramai mengundi. Undian kita amat bermakna kepada negara, pilih (calon) yang terbaik demi masa depan kita dan masa depan generasi akan datang,” katanya kepada Bernama di Karnival Keluarga Bahagia anjuran Yayasan Budi Penyayang (Penyayang) di Dataran Rembau di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah, yang juga isteri Naib Ketua Pemuda Umno dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak, Siti yang tampak ringkas mengenakan tudung biru, blouse putih dan seluar jeans berkata pengundi perlu menilai calon dengan teliti dan memilih pemimpin yang terbaik.

Siti membuat penampilan khas pada karnival yang bertujuan memupuk hubungan erat antara anggota keluarga melalui penyertaan pelbagai aktiviti pada 12 tengah hari sebelum mengadakan sesi menandatangani autograf buat peminatnya, selama lebih 40 minit, di sebelah kanan pentas utama di Dataran Rembau.

Dalam sesi itu, Siti menurunkan autografnya di atas penanda buku “Keluarga Bahagia: Nadi Kesejahteraan Negara” yang juga memaparkan gambar Khairy dan Nori serta anak lelaki pasangan itu, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, 5 bulan.

Semalam, penyanyi nombor satu negara itu turut menemani suaminya yang memberikan sokongan kepada calon BN bagi kerusi Parlimen Tampin Datuk Shaziman Abu Mansor di Taman Gemas Indah, Gemas.

Khalid berkata beliau dan isterinya akan turun ke beberapa negeri, termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Perak bagi memberikan sokongan moral kepada beberapa kenalan mereka yang menjadi calon termasuk Khairy.

“Saya percaya Shaziman dan Khairy akan mendapat sokongan pengundi.Saya seru pengundi membuat pilihan dengan bijak dan hati-hati… Jangan perjudi masa depan negara,” katanya yang akan mengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kerusi Parlimen Rembau yang mempunyai 62,896 pengundi, menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Khairy, 32, dengan anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin, 30.

sumber: Bernama