Jul
18
    
Posted (admin) in mStar online, Gossip, Personal Siti on July-18-2007

Kakak Tua: Cerita tukang fitnah yang kurang waras!
18-07-2007 02:19:33 PM


Siti tidak dipukul oleh suaminya
(Fail Foto The Star)

BENARLAH firasat Kakak Tua yang berita Siti Nurhaliza dipukul itu adalah satu fitnah.

Hari ini Kakak Tua terbaca di akhbar yang suami penyanyi tersohor negara itu, Datuk K mahu saman pihak akhbar kerana sebar fitnah pukul Siti Nurhaliza.

Hati Kakak Tua jadi berbelah bagi. Bukan apa tapi rasa kenyataan itu seperti terpaksa dilakukan. Jangan sampai marahkan pijat, kelambu yang dibakar? dan Lain bengkak, lain pula yang bernanah.

Semoleknya, tindakan undang-undang yang diambil hendaklah ke atas mereka yang benar-benar bersalah. Dalam konteks ini, si tukang fitnah atau kuncu-kucunya kerana bersubahat.

Ini tidak bermaksud yang pihak media bebas dari kesalahan dan akauntabiliti kerana mereka juga ada tanggung jawab yang harus dilakukan, tambahan pula damage sudah dilakukan ke atas satu nama besar yang mana reputasi serta maruah seorang penyanyi terkenal dan suaminya tidak dapat dikembalikan lagi dalam konteks ini.

Kesan negatif apabila berita sensasi yang Siti ‘dipukul’ suami hingga pengsan dan masuk hospital pasti akan mengundang kontroversi dan fitnah yang berpanjangan.


Siti sendiri mengaku dia sudah lali dengan semua fitnah
(Fail Foto The Star)

Si Tukang fitnah sewajarnya didakwa kerana kesalahan mencemar reputasi Siti dan suami.

Kakak Tua tidak fikir Datuk K membuat kenyataan ini atas dasar untuk test water saja dan biarkan saja si tukang fitnah terlepas setelah melihat ramai pihak melatah, termasuk pihak media, dengan onar yang telah dilakukan.

Walaupun secara jujur, Siti sendiri mengaku dia sudah lali dengan semua fitnah termasuklah dari zaman anak dara lagi.

Fikirkanlah apa yang tidak pernah dilemparkan kepada Siti? Namun doa orang tua tetap mengiringi perjalanan seni Siti yang sehingga kini, bagaikan tiada surutnya.

Ingatkan lepas berkahwin, hidup Siti tidak akan diganggu gugat oleh fitnah lagi. Rupanya harapan itu meleset, malah lebih hebat cabaran fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Siti dan suami.

Dalam banyak kenyataan yang keluar dari mulut Datuk K, yang membuat Kakak Tua tersenyum sinis adalah ayat ini… “Mungkin ini kerja mereka yang tidak cukup akal. Kalau orang itu waras, dia tidak akan buat kerja macam tu…”

Dan saya akan melihat dan menyiasat dulu latar belakangnya sama ada dia kurang waras atau terencat akal….

Namun dalam nada yang sama, Datuk K tetap mahu mengambil tindakan kepada si dajal yang menyebar fitnah itu agar ianya tidak akan berulang.

Semua kekecohan ini berpunca dari SMS yang tersebar pada malam 13 Julai. Dengan kecanggihan teknologi yang ada, tentu saja sipengirim SMS itu dapat dikesan. Masalah tidak siuman atau kurang waras tidak boleh diterima pakai kerana ini soal maruah.

Lagipun, pengajaran dan tindakan yang drastik perlu diambil agar impaknya akan memberi kesan kepada si tukang fitnah. Yang Kakak Tua musykil ialah siapakah sebenarnya dalang yang telah berusaha sehingga berita ini dimainkan ditajuk akhbar utama?

Implikasi dari tersebarnya fitnah ini akan dirasa oleh Siti dan keluarga sampai bila-bila. Disebabkan implikasi ini jugalah, Islam tidak memandang remeh isu fitnah ini.

Kakak Tua sendiri ingin menyumbang khidmat sebagai pembantu penyiasat dalam kes ini kerana sebagai peminat Siti, Kakak Tua ingin sekali menjalankan siasatan tentang asal usul si tukang fitnah, samada dia beroperasi secara berseorangan atau ada kelompok tertentu.

Siasatan ini harus dimulakan dengan kelompok penyokong dan anti Siti-Datuk K. Maklum sajalah setelah berkahwin, Siti-Datuk K mengundang kelompok yang ‘berbeza’ sebagai penyokong mereka.


Lebih hebat cabaran fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Siti dan suami
(Fail Foto The Star)

Berapa kerat yang mahu menerima jodoh Siti dan Datuk K sudah ditakdirkan. Begitu juga dengan kesenangan yang mereka kecapi. Kita sepatutnya mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan dan tidak perlulah dipersoalkan lagi kedua aspek ini.

Tapi bagi mereka yang kurang waras dan jelek pemikiran, mereka tidak dapat membeza dan menerima ketentuan ini secara rasional.

Bila ini gagal dilakukan maka timbullah bisikan syaitan yang mengajak dan menarik mereka-mereka ini melakukan perkara yang terkutuk seperti membuat fitnah.

Justru, sebagai pemerhati Kakak Tua hanya dapat melahirkan rasa simpati kepada si tukang fitnah kerana terjerat dengan Akta Hasutan Syaitan. Yang mana kesannya akan dapat dirasakan setiap kali si tukang fitnah menghela nafas.

Paling tidakpun, si tukang fitnah akan terkedu dengan ketentuanNya sehingga terdorong membuat perkara-perkara pelik yang memakan diri atau terperangkap dengan kebodohan rancangan yang tidak menjadi.

Dan tentu sekali apabila pemikiran sudah tidak waras, tidak timbul rasa berdosa atau bersalah kerana yang dicari adalah kepuasan diri yang bathil dan bukan hakiki. Lebih haru apabila si tukang fitnah berkata …”Saya difitnah!”

KAKAK TUA:  Fitnah pernah jadi ‘pakaian harian’ satu waktu dulu.

sumber: mStar online


 
Jul
16
    
Posted (admin) in mStar online, Gossip, Personal Siti on July-16-2007

16-07-2007 12:11:44 PM

Siti Nurhaliza difitnah lagi….begitulah firasat Kakak Tua bila terbaca laporan akhbar hari Sabtu lepas.

Kenapa, mengapa dan bagaimana fitnah itu bermula dan tersebar, Kakak Tua sudah boleh agak.

Yang menguatkan gerak hati ini untuk menganggap gosip murahan itu sebagai sebuah fitnah adalah kerana modus operandinya hampir sama jadi senang untuk menjangka apa motif sebenar kenapa tersebarnya fitnah yang memalukan Siti, Datuk K dan keluarga mereka ini berlaku.

Kakak Tua cukup yakin ianya fitnah yang dibuat-buat kerana sebelum ini penyanyi tersohor rantau ini sering difitnah. Dari memakai susuk, botox dan bermacam lagi tuduhan liar dilemparkan pada Siti.

Kini fitnah terbaru pula melanda hidup Siti. Kononnya, Siti dipukul Datuk K hingga pengsan dan dimasukkan hospital. Tentu sekali berita ’sebesar’ ini akan mendapat media play yang cukup istimewa kerana subjeknya adalah orang tersohor dan terpalit pula dengan kontroversi berkahwin dengan bekas suami orang.

Spekulasi demi spekulasi yang timbul berkenaan pasangan Datuk K-Siti tidak pernah jemu dimainkan oleh pihak akhbar.

Ada saja angle baru yang hendak dimainkan. Yang penting ianya tentu sekali melariskan akhbar. Soal integriti dan kredibiliti di tolak tepi dulu kerana yang afdhalnya suratkhabar laku.

Sayang sekali, dalam keghairahan kita menjual cerita begini, tercalit satu lagi titik hitam di dalam episod kehidupan penyanyi bernama Siti Nurhaliza. Dan catatan begini tidak langsung membantu karier Siti.

Imej Siti yang lemah lembut serta sopan bagaikan tercalar dek cakap-cakap negatif macam ini. Kakak Tua percaya di dalam kepala setiap pembaca adalah kesahihan berita yang dipamerkan itu. Penafian yang dilakukan oleh Datuk K mahupun Siti hanya akan menguatkan lagi api semerak nafsu kesumat orang-orang yang menyebarkan fitnah tersebut.

Seeloknya seperti selalu, Siti tidak perlu melatah kerana itulah yang dimahukan oleh mereka yang ada agenda jahat.

Dan paparan yang dibuat oleh pihak media sebagai tajuk utama sedikit sebanyak tentu sudah ‘berjaya’ memalukan Siti dan keluarga. Walaupun sudah masak dengan sepak tendang orang wartawan, Siti dan Datuk K terpaksa tebal muka menghadapi fitnah ini dan tampilkan gaya yang kebahagian mereka tidak tergugat dengan cakap fitnah tersebut.

Sejak kebelakangan ini, media bagaikan berperang ‘menegakkan’ keadilan. Di harap sangat media tidak berperanan menjadi hakim menghukumi siapa salah, siapa benar maka yang menjadi keliru adalah pembaca dan peminat. Kakak Tua selalu diingatkan oleh senior-senior dulu untuk selalu mencari kebenaran fakta dan melaporkan cerita dua pihak.

Namun kadangkala laporan sebelah pihak perlu dilakukan kerana walaupun kelihatan berat sebelah, ianya terpaksa dilakukan untuk membersihkan nama mereka yang terkena tempias fitnah.

Begitu juga kesnya Erra Fazira-Hans- Engku Emran, tak sudah-sudah cerita tentang siapa bercakap benar sampai Kakak Tua sendiri bosan memikirkan. Tapi bila difikirkan kenapa timbul cerita-cerita pelik dan tuduhan palsu pada pihak yang teraniaya maka sekali lagi Kakak Tua terpanggil untuk ‘campur tangan.’

Bukan apa, sekadar memberi pandangan pada mereka yang sudah terpesong pandangan mereka dek kehebatan lakonan mereka yang terlibat.

Selain Siti, Mawi juga turut terpalit dengan ‘fitnah’ kononnya menghisap dadah di Australia. Artis-artis yang tersebut di atas tentu sekali bosan kerana menjadi modal pelaris akhbar. Tapi itulah yang harga sebuah kemasyuran. Sudah tiada nokhtah untuk mendapat privasi mutlak kerana menjadi milik masyarakat.

Setiap kali Kakak Tua mendapat perkhabaran baru tentang apa saja yang telah melanda artis, Kakak Tua akan membuat siasatan terlebih dahulu. Cukup senang untuk tahu samada seseroang itu difitnah atau sebaliknya kerana ada beberapa tip tertentu yang kita perlu tahu terlebih dahulu.

Kita dianugerahkan akal yang cukup tinggi martabatnya mustahil kita tidak dapat berfikir dengan rasional logik cerita, jalan cerita dan kesahihan cerita. Perkara-perkara yang tidak logik ini selalunya kita boleh rasa dengan cepat, jalan cerita perlu meyakinkan dan kesahihan cerita itu pasti sahih apabila ianya selari dan senada dengan fakta logik yang ditemui.

Memang sukar untuk kita mengaku yang kita bersalah tapi selagi kita tidak membuat pengakuan selagi itulah hidup kita akan diganggu dengan perasaan yang tidak tenang sehingga mengundang lebih banyak kontroversi dan cakap-cakap tidak masuk akal.

Tidak kisahlah jika selepas ini, Kakak Tua dianggap nyanyok atau sudah tua hanya kerana memberi teguran pada artis-artis yang selalu terpana dengan kilauan glamor ini sehingga terlupa berpijak pada bumi yang nyata.

KAKAK TUA: Selalu mencari hikmah di sebalik fitnah hebat yang melanda.

sumber: mstar online


 
Jul
04
    
Posted (admin) in mStar online, Career on July-4-2007

MyStarz, LG: 12 finalis mula tunjuk ‘taring’
02-07-2007 11:46:54 PM
Oleh WAHIDA ASRANIProgram realiti terbaru, MyStarz, LG membuka tirai dengan konsert pertama yang berlangsung semalam dengan menyaksikan 12 finalis menunjukkan kehebatan masing-masing beraksi buat pertama kalinya di depan penonton.

Disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam kesemua finalis mempamerkan kekehebtan vokal masing-masing sambil diiringi oleh pemuzik handalan diketuai oleh Aubrey Suwito dan barisan pemuzik-pemuzik seperti Andy Peterson, Nan Alias, Steve Hassan Thornton dan pemain drum John.

Emeer berjaya memukau penonton yang hadir (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Markah persembahan setiap peserta akan ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus manakala selebihnya daripada penilaian juri, di mana malam tadi tiga panel juri jemputan yang diundang khas ialah penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza, Patrick Teoh dan Sandy Monteiro.Konsert pada malam itu dimulakan dengan persembahan oleh peserta paling muda di dalam program tersebut iaitu Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri.

Membawakan lagu Tiada Lagi, Emeer berjaya memukau penonton yang hadir dengan kelantangan vokalnya walaupun baru berusia 12 tahun.

Walaupun sedikit terjejas di awal persembahannya ekoran gangguan pada sistem bunyi, namun Emeer berjaya meneruskan persembahan dengan baik. Bak kata Patrick, “you handle it like a real pro.”

Persembahan diteruskan oleh Ahmad Aliff Afif Tirmizie atau Afif yang mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah. Dari segi vokal, kemampuan Afif memang tidak boleh dinafikan.

Cuma mungkin Afif perlu menggilapkan lagi gaya persembahannya supaya nampak lebih berkeyakinan ketika di pentas!

Persembahan seorang lagi peserta, Russell Curtis juga tidak menghampakan. Walaupun dikritik oleh juri yang merasakan penggunaan gitar tidak sesuai dengan Russel, namun

Tasya persembahkan lagu ciptaannya sendiri (Foto The Star)

peserta ini tetap memberikan persembahan yang baik menerusi lagu What’s Up.Begitu juga dengan persembahan Hamiza Tasyha Bashir yang turut dikritik oleh juri yang merasakan Tasya tidak sesuai tampil dengan bermain gitar. Walaubagaimana pun, Tasya juga memberikan satu persembahan yang tidak mengecewakan menerusi lagi ciptaannya sendiri, Stranger.

Badri Ibrahim dan Rachel Wesley yang membuat persembahan seterusnya juga berjaya memberikan satu persembahan yang cukup baik.

Masing-masing membawakan lagu Manis dan Mencintaimu dengan gaya tersendiri, terutamanya Rachel, peserta berusia 14 tahun ini yang berjaya memukau hadirin dan juri dengan mutu vokalnya yang baik.

Khairul Hizam Kaha meneruskan persembahan dengan lagu Summer of 69, diikuti pula dengan Mimie Aishah yang mendendangkan lagu Cahaya. Dari aspek vokal, rasanya hampir kesemua finalis mempunyai mutu suara yang baik.

Namun, dari segi imej, masih banyak yang perlu diperbaiki oleh peserta. Apapun, untuk permulaan, setiap peserta berjaya menunjukkan usaha mereka memberikan persembahan yang memuaskan.

Tidak ketinggalan empat peserta lagi iaitu Awang Jasmin, Andy Adrian, Rubisa Tiasin dan Shaza Marina.


Tiga juri jemputan pada malam itu (dari kiri) Patrick, Siti dan Sandy (Foto The Star)

Sukar untuk melihat peserta mana yang lebih menyerlah memandangkan ini baru konsert pertama mereka. Tambahan pula kesemuanya berjaya mempamerkan satu persembahan yang tidak mengecewakan.

MyStarz, LG membariskan komposer Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Program ini mempunyai kelainan tersendiri. Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga akan diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.


12 finalis mempunyai kekuatan tersendiri (Foto The Star)

Selama 13 minggu juga, semua finalis akan mengikuti pembelajaran muzik di ‘LG House’ yang disampaikan sekumpulan pemuzik.

Mereka bagaimanapun tidak ‘terkurung’ di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.

Juara MyStarz, LG berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42″ (kedua-dua tajaan LG) dan rakaman album dengan label antarabangsa.

Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.

sumber: mStar online