Jul
12
    
Posted (admin) in berita harian online, Personal Siti, Career on July-12-2007

Video Menanti Pasti jalani penggambaran di Jakarta


HEDY mengawasi sudut penggambaran video klip lakonan Siti.


GELARAN isteri bukan satu escapism untuk Datuk Siti Nurhaliza duduk bersenang lenang.

Terbaru, penyanyi itu sekali lagi menggunakan khidmat pengarah Indonesia bagi menyempurnakan pembikinan klip video terbarunya.

Lagu Menanti Pasti ciptaan Ajai bersama Abie, adalah salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album Kayangan The Soundtrack terbitan Wake The Baby Records dan Raden Pictures Sdn Bhd, edaran Maestro Records. Ia memuatkan sejumlah lagu untuk filem Kayangan lakonan Nurfazura dan Teuku Zacky yang bakal menemui penonton di pawagam tempatan Ogos ini.

AJAI bersama Tunku Mimi,
Aneke dan Miler.

Selain Siti, penyanyi lain yang turut terbabit dalam album berkenaan ialah Ajai, Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Wahman, Ning Baizura, Siti Sarah, Zahif AF, Farah AF, Shazzy, Sad Angry Babies dan Syed Azmir.

Memilih sebuah villa, Morocan House beralamat di Jalan Indera 5, Menteng, Jakarta, sebagai lokasinya, klip video berkenaan menyaksikan Siti sekali bagai berada di alam fantasi. Ia hasil kerja pengarah, Hedy Suriawan. Inilah kali pertama penyanyi Bukan Cinta Biasa itu bekerjasama dengan Hedy.

Sebelum ini, Siti pernah menggunakan khidmat Rizal Manthovani dan Lasja Fauzia menghasilkan klip videonya seperti Bicara Manis Menghiris Kalbu, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Nirmala dan Seindah Biasa.

Diakui antara formula beliau terus mempertahankan namanya di tangga teratas ialah sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminatnya, Siti tidak menolak permintaan penerbit album Kayangan The Soundtrack yang mahu menggunakan khidmat Hedy Suriawan.

“Bekerjasama dengan produksi Malaysia atau Indonesia tidak jauh berbeza cuma mereka bekerja agak pantas. Industri pembikinan klip video di republik ini terlalu luas,” kata Siti kepada Bintang Popular.

“Untuk menghasilkan yang terbaik, pelbagai idea kreatif dilahirkan kerana hanya yang berkualiti akan terus menjadi pilihan. Saya juga mahukan yang terbaik, jus-teru, tidak salah jika menggunakan khidmat mereka.

Bukan niat saya membelakangkan kreativiti penerbit Malaysia, cuma saya inginkan kelainan,” katanya ketika ditemui Bintang Popular di lokasi penggambaran klip video berkenaan di Menteng, Jakarta, petang Selasa lalu.

Selain Ajai, selaku komposer dan produser album Kayangan The Soundtrack, Siti turut ditemani pemilik Raden Pictures Sdn Bhd, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar serta isterinya (Tunku Datuk Seri Mimi Wahida) di lokasi penggambaran. Tidak ketinggalan, suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa yang hanya menjengah seketika kerana terpaksa bergegas menghadiri mesyuarat.

Siti berkata, dia selesa bekerja dengan Hedy biarpun pertama kali menggunakan khidmat pengarah muda itu.

“Ternyata Hedy berbakat besar dan saya mengagumi hasil kerjanya.

Hedy tampil dengan jalan cerita yang cukup menarik bagi lagu itu. Andai dalam klip video terdahulu, penggambarannya se-ring kali dibuat di studio, tetapi kali ini, dengan persetujuan bersama kami inginkan pembaharuan.

“Hedy memilih untuk menjayakan penggambaran di Morocan House yang sebelum ini jadi tempat pertemuan dan mesyuarat kerabat raja dan VVIP. Villa berkenaan sering kali dipilih sebagai lokasi penggambaran klip video, sinetron dan filem Indonesia.

“Saya amat tertarik dengan villa ini, nampak klasik dan eksklusif,” katanya.

Dalam klip video berkenaan, Siti seperti biasa menggunakan khidmat jurusolek Indonesia kesukaannya, Mia yang pernah mendandan ketika majlis pernikahan dan persandingannya.

Manakala untuk menyempurnakan dandanan rambut, Siti mendapatkan sentuhan Tommy.

Selain Siti, klip video berkenaan menampilkan kemunculan istimewa model dan pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miler serta Aneke.

Sementara itu, Tunku Datuk Seri Mimi Wahida selaku produser Kayangan, berkata klip video berkenaan akan menjadi salah satu single yang akan dipertaruhkan di Indonesia sebelum filem Kayangan menyusul tayangan di republik itu.

“Selepas berbincang, kami bersetuju menghasilkan klip video Siti di Jakarta memandangkan lagu-nya bakal menjadi single pertama album Kayangan The Soundtrack di Indonesia.

Jadi adalah lebih baik jika klip videonya mendapat sentuhan pengarah tersohor dari sini.

“Bukan lagu Siti saja, penyanyi lain yang terbabit dalam album Kayangan The Soundtrack pun akan diperkenalkan di Indonesia selepas tarikh tayangan filem Kayangan ditetapkan. Seperti di Malaysia, filem dan album bergerak seiring, kami juga berharap ia berlaku di Indonesia.

Bagaimanapun, sehingga kini, kami melakukan perbincangan dengan pawagam Indonesia.

“Kami percaya populariti Siti dan artis terbabit akan menjadi pendorong bagi kejayaan album ini. Kami yakin apabila muzik dan filem bergabung akan berlaku impak yang positif dalam industri seni tanah air,” katanya.

 

sumber: berita harian online


 
Jun
13
    
Posted (admin) in berita harian online, Career on June-13-2007

Siti raih 3 anugerah APM 2007

SINGAPURA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melakarsejarah apabila menang besar dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2007, diStadium Tertutup Singapura, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Siti mengungguli tiga anugerah, iaitu Artis WanitaTerbaik, Lagu Terbaik menerusi lagu berjudul Biarlah Rahsia dan ArtisWanita Paling Popular.
Siti mempertahankan gelaran Artis Wanita Paling Popular untuk tahunketujuh berturut-turut apabila menewaskan saingannya termasuk artispopular Indonesia, Krisdayanti, Acha Septriasa, Rossa, Melly Goeslawdan Audy.
Kategori itu juga disertai oleh artis tempatan iaitu Misha Omar, Ning Baizura, Ella, Jaclyn Victor dan Adibah Noor.
Turut mengiringi kecemerlangan Siti pada malam APM 2007 ini ialahpenyanyi dan komposer, M Nasir yang memenangi trofi Artis LelakiTerbaik dan penyanyi Noryn Aziz sebagai Artis Wanita Baru Terbaik.
Turut mengharumkan nama negara ialah Mawi yang memenangi duakategori iaitu Artis Lelaki Popular dan Lagu Popular menerusi lagu Kian.
Kumpulan Sofaz juga membuat kejutan apabila muncul sebagai KumpulanPaling Popular, sekali gus menewaskan nama besar lain seperti Dewa 19,Search dan Peterpan.
APM 2007 yang diadakan sejak 2000, adalah acara terbesar industrimuzik Melayu serantau yang bertujuan memberi penghargaan kepadapenggiat seni Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Ia juga melambangkan penyatuan penggiat seni tiga negara dalam menyumbang ke arah pembangunan muzik Melayu.
APM 2007 turut memberi pengiktirafan kepada Krisdayanti dariIndonesia sebagai penerima Anugerah Khas manakala penyanyi ZainalAbidin, menerima Anugerah Cinta Planet Muzik.
sumber: berita harian