Siti to Calmille: Sabar! I’m busy right now!

If you remember calmille membebel, kini siti bersuara.

Perasaan Siti Untuk APM…

Written by Siti Nurhaliza
Wednesday, 27 June 2007
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hai… semua dah rindu ya, Siti lagilah rindu pada semua yang datang ke laman ini.

Memang aktiviti agak padat, termasuk urusan kerja dan peribadi tetapi Alhamdulillah dapat juga Siti menulis sesuatu di sini. Ramai yang mahu bertanyakan mengenai perasaan Siti sewaktu APM di Singapura tempohari. Alhamdulillah, kepada peminat yang menngundi bagi kategori popular, Siti ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sokongan anda yang tidak pernah berhenti membuatkan Siti rasa lebih bersemangat. Begitu juga dengan kategori terbaik, tentunya material yang dinilai itu menambat hati golongan yang membuat penilaian.Tidak mudah bersaing di pentas APM, walaupun ada lagi pihak yang mungkin memperkecilkan anugerah ini tetapi bagi Siti, melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi, apa salahnya kita menilai bakat sendiri dengan negara-negara jiran. Pengalaman berkarier di Indonesia dan Singapura selama 12 tahun juga banyak mematangkan Siti.

Tidak mudah menawan dan menembusi hati peminat negara jiran, ia perlu kerja keras dan bagaimana mahu memasarkan diri dan produk kita. Justeru Siti berterima kasih kepada APM kerana medan ini telah membawa satu lagi tahap kepada peningkatan industri muzik serantau.

Kepada peminat-peminat yang datang dari jauh, ada yang dengarnya datang ke Singapura dari Malaysia dan Indonesia, juga yang asal Singapura, Siti sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana hadir memberi sokongan kepada Siti di APM. InsyaAllah, pengiktirafan yang diterima tidak pernah mematahkan semangat Siti. Banyak lagi usaha yang harus dibuat untuk memajukan diri dan doakanlah agar Siti berjaya menghadapinya.

Sekarang ini jadual Siti kembali sibuk. Memang Siti akui bercuti seketika baru-baru ini tetapi kerja sudah menanti. Selain menjalani penggambaran beberapa iklan, Siti juga akan ke Indonesia untuk penggambaran video klip bagi lagu Runut Bunyi filem Kayangan. Selepas itu Siti sibuk sebagai salah seorang juri untuk rancangan terbitan TV3 terbaru, Mystarz. Kemudian baru tumpuan diberikan kepada album tradisional terbaru. Jika album konsert Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana BUdaya tidak dapat diterbitkan atas sebab-sebab tertentu, Siti mohon maaf. Sebagaimana yang Siti pernah katakan, tidak mudah melahirkan album yang bukan hakcipta sendiri. Jangan risau, Siti akan beritahu nanti bagaimana statusnya tetapi jangan bimbang kerana ada album lain yang akan menyusul.

Sekian sahaja catatan Siti kali ini. Semoga semuanya gembira selalu.

Salam manis…
Siti Nurhaliza

WordPress database error: [Table 'calmille.wp_comments' doesn't exist]
SELECT * FROM wp_comments WHERE comment_post_ID = '172' AND comment_approved = '1' ORDER BY comment_date

Leave a Reply