Apr
01
    
Posted (admin) in mStar online, Career on April-1-2008

01-04-2008 10:44:48 AMTIGA program menarik dengan format baru dan genre kandungan tempatan yang variasi akan mula menghiasi dua saluran Astro iaitu Astro Ria dan Astro Prima bermula April ini.

Citra Manusia dan Expose Mistik (musim 2) yang akan disiarkan di Astro Prima, masing-masing bermula 24 April dan 6 April serta Cerita Artis Malaysia (CAM) yang akan memulakan siarannya di Astro Ria bermula 7 April ini menampilkan kelainan tersendiri, hasil idea kreatif produksi Firdaus Maju Sdn Bhd (FMSB).

Dalam pada itu, program ketiga terbitan FMSB yang berbentuk hiburan, Cerita Artis Malaysia (CAM) pula akan memaparkan kisah sebenar di sebalik dunia glamor industri hiburan tempatan dengan menerokai kehidupan seseorang artis agar peminat dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.

CAM akan mendedahkan kisah bagaimana bermulanya perjalanan hidup seseorang artis, jatuh bangunnya, fakta yang tidak diketahui mengenai dirinya dan apa yang dilalui oleh mereka sepanjang bergelar anak seni.

Antara artis yang terlibat adalah Noor Kumalasari, Datuk Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Nawawi.

Mengulas mengenai program 13 episod ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagull berkata, CAM cukup berbeza dengan program hiburan lain dari segi cara penyampaiannya.

“Bukan semua artis sanggup kisah kehidupan mereka dipaparkan. Kami perlu dapatkan kebenaran daripada mereka sejauh mana kami boleh dedahkan tentang diri mereka. Ada juga kisah mereka yang kita paparkan tidak pernah diketahui umum sebelum ini.

“Tetapi, apa yang menariknya dengan CAM ini, kita juga turut dapatkan pandangan daripada orang lain seperti ahli keluarga, rakan-rakan artis serta pihak media mengenai artis tersebut,” ujar Khairul.

Citra Manusia dan Mistik 2 akan mula disiarkan di Astro Prima pada 24 April dan 6 April ini manakala Cerita Artis Malaysia akan ditayangkan di Astro Ria bermula 7 April

sumber: mStar online


Post a comment
Name: 
Email: 
URL: 
Comments: